Sunday, March 27, 2011

Kenapa MLM

Kenapa aku memilih Hai O?
Kenapa tak memilih kedai kain?
Kenapa tak memilih restoran?
Kenapa tak memilih petrol pam?
Kenapa tak memilih perniagaan kedai runcit?

Kenapa aku memilih MLM sebagai kerjaya?
Kenapa aku berhenti kerja kerana MLM?K
Kenapa sanggup meninggalkan jawatan kerajaan yang selesa untuk berniaga MLM?

Aku memilih MLM untuk menjadi usahawan sepenuh masa kerana terdapat
banyak keistimewaan jika dibandingkan dengan perniagaan konvensional.
Tidak ada pengaruh politik dalam perniagaan ini.
Tidak ada istilah bodek membodek dalam perniagaan ini.
Ia sangat adil kerana tanpa mengira latar belakang dan kelulusan, peluang untuk
setiap orang untuk berjaya adalah sama rata.
Bermakna MLM memberi peluang bagi mereka yang selama ini duduk di bawah dalam bidang pekerjaan seperti buruh binaan, petani, pembantu tadbir, pembantu am rendah, tukang sapu dan seumpamanya.
Ia juga membuka peluang untuk mereka yang tidak berpeluang mendapatkan pekerjaan yang baik kerana halangan taraf pendidikan yang rendah.
MLM menyediakan peluang yang sangat luas untuk berjaya dan menikmati pendapatan enam angka sebulan setaraf CEO, memandu kereta mewah, mendiami rumah mewah, melancong percuma dan sebagainya.

saya juga menyenangi konsep MLM lalu memilihnya sebagai kerjaya kerana MLM menepati kehendak dan falsafah agama Islam iaitu menjayakan orang lain sebelum diri sendiri berjaya.Di sinilah murninya MLM yng sebenar.
Ia sedikit berbeza dengan konsep perniagaan konvensional diluar sana yang mana persaingan yang sengit menimbulkan suasana perniagaan yang tidak sihat di dalam perniagaan.

Dengan modal yang kecil, kita boleh menjana pendapatan tanpa had telah menjadi satu tarikan
luar biasa kenapa saya menceburi perniagaan ini seterusnya menjadikan MLM sebagai kerjaya
seumur hidup saya. Tambahan pula MLM menyediakan pelbagai jenis keuntungan
seperti pendapatan berasasakan kenaikan pangkat, bonus SMD,  tabung kereta
, elaun rumah dan juga penfdapatan pencen.Lumayan kan!
Ini berbeza dengan perniagaan tradisional yang hanya menawarkan satu jenis keuntungan sahaja.

Insentif percuma melancong ke seluruh dunia menjadi tarikan bagi yang suka berjalan.
Yalah, jika diberi percuma, siapa yang tak mahu?
Ini juga menjadi tarikan kenapa saya memilih MLM sebagai kerjaya pilihan hidup selepas meninggalkan dunia pendidikan yang telah diceburi selama 16 tahun.
Syukurlah, lebih 20 buah negara di dunia telah saya lawati percuma
bersama syarikat MLM ini.

Bagi anda semua, yakinlah bahawa MLM suatu perniagaan  yang sangat hebat.
Begitu ramai jutawan di dunia yang lahir di dalam industri MLM.
Selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.