Wednesday, April 11, 2012

Semua Tak Jadi

Salam.
Program hari ni semua tak menjadi sebagaimana yg dirancangkan.
Semua tak jadi.

Pagi tadi aku ke Aero Fitness.
Beraerobik selama sejam dan membakar 500 kalori.
Kemudian aku dan keluarga ke Masjid Kinrara, bukan ikut kelas mengaji atau kelas ilmu
tetapi kami ke Kenari Cafe di dalam kawasan masjid untuk  bersarapan.
Sedap laa gak...ada nasi dagang, ada nasi minyak, ada nasi beriani,
ada nasi lemak, ada mee goreng, ada roti canai dan ada pulut ikan masin.
Emmm...sukanya.
Menambahkan berat kalori selepas membakar rentungnya.
Apa susah?
Esok bakar lagi.


Sepatutnya tengah hari aku nak  jumpa dgn Asmi di Nilai.
Dia sms, minta tangguh. Nak gi jalan dgn anak2 katanya.
Semalam kata ok, hari ni dah tak ok.

Petang lak aku nak jumpa Nora di Sungai Buloh.
Alahai...tak jadi jugak.
Katanya mak mertua datang  dr Tanjung Karang.
Emmm...ya ya aku faham, maklum cuti.

Apa buat ya? Semua appointment cancel?
Balik rumah, layan Aisyah buat homework.
Aku juga baca buku Pesona Anggun oleh Ikram Wazir.

Lepas solat Zohor, aku mengaji Quran.
Ini rutin yg mesti aku buat setiap hari.
Sibuk bagaimana sekalipun, aku cuba gak cari masa untuk mengaji.
Jangan bagi alasan.
Masa ada 24 jam sorang, pandai2lah menguruskannya.

Lepas solat Asar, bawa Aisyah dan Irah gi IOI Mall..apa lagi Kedai Buku Popular lah tu.
Cari buku, beli buku, kelek buku, peluk buku.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.