Sunday, April 8, 2012

Tahniah Untuk CDM Kartini dan CDM Kamarudin

Petang semalam, kami sempat ke Colombia Asia Hospital
di Bandar Puteri.
Nak gi ziarah CDM Kartini dan ahli baru keluarganya.T
Tapi kat 25 minit juga menunggu kat lobi
kerana CDM Kartini masih di dalam labour room.
Tak cukup wad.
Jam 5 petang baru dia keluar wad...bilik no 85.
Hospital swasta semakin menjadi pilihan masyarakat Malaysia.
Kalau tak ada duit, hospital serdang atau Putrajayalah jawabnya.
Alhamdulillah, dgn bsiness ni kita mampu memberikan yg terbaik
untuk keluarga dan diri dalam rawatan perubatan.
Maalum, sakit dan malang tidak berbau.

Di sini memang puas hati.
Rawatannya cepat dan terbaik.
Servicenya bagus dan berkualiti.
Memang puas hati.
Emmmm...seronok dapat baby baru.
Montelnya...beratnya 4.06kg. Mak oiii boleh tahan saiznya, dia suka makan.
Apa tsemangatnya.
Rezeki Allah itu dari pelbagai aspek.
Anak ke4 CDM Kartini.
Ada lagi selepas ni??
Mana tahu mungkin ke5 atau ke6...rezeki jangan ditolak.
Haaa...tengok tu. Macam baby yg umur 4 bulan gayanya.
Aku buka selimutnya, nampak badannya berketul2.
Kulitnya putih, rambutnya lebat dan hitam.
Nyenyak sekali tidurnya.
Ingatnya lepas menziarah CDM Kartini, terus nak balik.
Tapi biasalah, Aisyah merengek2 nak singgah cafe di hospital ni.
Emmm melayan anak2...habis gak dalam RM33.00.
mahalnya...tapi sedap la jugak, servicepun cepat.
Rezeki anak2..ikut jelah.

Untuk CDM Kartini dan CDM Kamarudin, tahniah atas
kelahiran cahayamata baru.
Semoga tambah bahagia dan melimpah ruah rezekinya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.