Wednesday, December 15, 2010

Bersama Pejuang2 Utara

                                              
                            Slot Pengukuhan
         Lembaga Pertubuhan Peladang Bertam
                          13 Disember 2010
                             Jam 9 Malam
DSM Pak Lang, menjadi MC malam itu. Boleh tahan juga hebatnya.
Sinarnya akan semakin terang jika dia terus berusaha menggilap bintangnya. Lepas ni boleh cuba di Safira Club pula.
Tahniah Pak Lang!
Ramai juga yang hadir...dalam 60 orang.
DDM Kak Pah pun ada bersama dari Alor Star datang sebuah kereta.
Ini geng kilang...masih muda2 belia semuanya. Ada yang umur 20 tahun, 22 tahun, 24 tahun...adoi buatla betul2 bisnes ni dik. Boleh mengubah sejarah keluarga. Komitedlah untuk mengubah nasib diri dan keluarga. semuanya di tangan kita.
Semuanya bersemangat menyanyikan lagu Fikirkan Boleh!
Go Go Go Hong Kong!
Aku demam, suara tak keluar, tekak sakit dan batuk2...
alahai mikrofon pula tak ada.
Tetapi kerana semangat, bercakap juga untuk dua jam.
"Jika sudah mempunyai impian, betul2 nekadlah untuk merealisasikan impian anda."
Bagi cukup2 biar semuanya dapat ke Hong Kong.
Insyaallah, aku berjanji akan datang lagi. Bila masanya tidak pula dapat aku berjanji, tetapi akan aku maklumkan jika nak datang.
Mereka memang mengharapkan aku lebih kerap datang untuk memberikan ilmu.
CDM Mariam turut menyampaikan sepatah dua kata. Syukurlah, dia kembali bangkit setelah datangnya pelbagai ujian.
Tetapi CDM Mariam kuat dan tabah menghadapi ujian.
Harap bisnesnya kembali akan lancar selepas ini.
DDM Rizal, DSM Aziz dam SSM Ismail.

Tahniah DDM Rizal, yang banyak menggerakkan groupnya di utara.
Usahanya semakin lancar, networknya semakin berkembang, semakin ramai pula rakan kongsinya yang berjaya mengubah kehidupan.
Tahniah Rizal. Juga kepada ramai leader di dalam networknya.
Rizal antara calon menyerlah dari utara yang akan muncul sebagai CDM tahun 2011.
Ramai juga wanita yang hadir.
Turut kelihatan DSM Farah dan DSM Baizura.
Tahniah panglima2 wanita Alor Star.
Kembali bangkit. Selepas ini akan terus meredah onak dan duri untuk mengembangkan perniagaannya.
Telah bersiap sedia untuk kembali ke medan juang.Rela menghadapi apa jua cabaran dan dugaan demi mencipta suatu kejayaan.
Rehat seketika tidak bermakna berhenti atau mengalah mengundur diri.
Hanya mencari nafas baru bagi mengumpulkan tenaga untuk terus berjuang.
Tahniah CDM Mariam, DDM Latifah, DSM Arni dan SSM Nani.

Perjumpaan malam itu tamat pada 11.45 malam. Setelah bersalam2an dan menjawab beberapa persoalan, aku terus pulang kerana sudah berjanji dengan Aisyah untuk balik malam itu juga kerana akan menemaninya ke Program AMPAC di Bangi.
Benar2 tak larat. Masuk kereta baru terasa penat tak bermaya.
Suaraku makin hilang, tekak semakin perit dan suhu badan semakin panas. Dan aku langsung tidak sedar.
Jam 4 pagi, baru terjaga. Dah sampai ke rumah rupanya.

2 comments:

  1. tkasih CDM atas sokongan yg tdk pernah padam thadap kami yg sngt memerlukn bimbingan - DDM Kak Pah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kak Pah,teruslah berusaha dengan gigih dan penuh sabar. insyaallah jumpa lagi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.