Friday, December 31, 2010

Universal Studio Singapore


             "Percutian ini untuk anak2". Kata Dzul.
        Kami suami isteri dah puas berjalan seluruh dunia.
Makan angin hampir tiga kali setahun sejak tahun 2004 lagi. Dah lama berjanji nak membawa mereka berjalan ke Singapura.
Hingga ke hujung cuti sekolah 2010, baru berkesempatan. Maklum, terikat dengan komitmen sebagai Pensyarah di Akademi Taipan 181. Program pula banyak.
Setiap minggu pasti penuh.

                Dari mula bersiap, anak2 memang seronok
terutama Irah dan Aisyah. Mungkin kerana Aimi dah pernah berjalan keluar negara. Lagipun dia banyak terlibat dengan program2 lawatan dengan ITM.

Sewaktu nak bertolak. Selepas menghantar Tuah ke asramanya,kami terus bertolak.
Aisyah dengan Irah yang paling gembira. Jika Adib ada lagi seronok. Perancangan kami bermalam di JB sahaja, setiap hari masuk ke Singapura.
Terima kasih kepada DDM Atie dan DSM Rosol yang banyak membantu memberi info dan menenmpah tiket untuk ke Universal Studio.
Perjalanan ke selatan lancar, tetapi kereta agak banyak.
Perancangan awal nak bertolak pagi supaya sampai awal untuk mengambil angin di JB.
Tetapi menunggu urusan Tuah masuk ke asramanya , punyalah lama.
Jam 2.30 petang baru boleh bertolak.
Kami tiba di JB lebih kurang jam 7 petang dan terus menuju keHotel Mutiara Johor Bharu. Cantik hotelnya.
Memang puas hati. Harganya pun boleh tahan. Kami mengambil dua bilik bersebelahan untuk kami berlima bagi empat hari tiga malam.
Lapang dan selesa. Jika ada kawan2 nak menginap di JB, dicadangkan hotel ini. Dengan Singapore juga sangat dekat. Jika jalan tak jem,hanya mengambil masa 25 minit dah sampai ke negara jiran itu.
Bilik kedua, dengan harga yang sama.
Cantik dan selesa. Makan pun sedap. Banyak pilihan.
Seronoknya Aisyah.
Bergurau dengan abah sampai pecah perut ketawa.

Paling kecoh gelagatnya.
Selepas solat dan berehat, kami keluar makan.
Pilihan kedai Islam banyak. Restoran nasi briyani Johor, satay,kedai mamak, gerai makanan biasa, Gerai tepi jalan dan restoranpun ada. Tak susah untuk makan.
Lepas makan, sempat juga pusing2 kawasan sekitar dan mengambil angin di tepi Selat Tebrau. tetapi tak lama, kami nak segera tidur
kerana pagi2 esoknya nak masuk ke Singapore.

Pagi2 hari Selasa lalu, kami dah bersiap sarapan di hotel.
Ketiga beradik ini...Aimi, Irah dan aisyah tak sabar2 nak
ke Universal Studio.
Kemeriahan dan keseronokan di sana telah mereka tinjau sejak di rumah lagi melalui kemudahan internet.

Bagi Aimi yang pernah melancong ke Korea dan ke Disneyland bersama
kami dua tahun lalu, tidaklah excited sangat.
Aimi banyak memberikan gambaran kepada adik2nya.




Universal Studio Singapore menyediakan ruang kegembiraan 
untuk kita sekeluarga dengan pelbagai permainan yang sangat menyeronokkan. Nikmatilah percutian keluarga yang memberikan keriangan yang indah di studio ini.
Kami membuat tempahan tiket lebih awal melalui
DSM Rosol dan DDM Atie. Nasib baik mereka dah ada
pengalaman ke sana.
Untuk tiga orang dewasa dan dua kanak2,
kos tiketnya RM720.
Tak mungkin dinikmati jika kami makan gaji sahaja.


Selepas bermain Revenge of the Mummy.
Seronoknya!! Tetapi Aisyah ketakutan,
mungkin kerana gayat.
Lepas selesai, baru dia nak naik sekali lagi.


Aisyah bergaya di hadapan Universal Studio Store
Pelbagai cenderamata terdapat di sini.
Aku membiarkan saja anak2 membeli apa sahaja yang mereka mahukan. Aku dah puas shopping, kali ini masa untuk mereka membeli yang mereka mahu.
Bergambar lagi selepas bergembira naik Enchanted Airways.
Best sangat.
Kami juga sempat naik Battlestar Galactica Cylon, river boat Madagascar dan merasai keseronokan Shrek 4-D Adventure serta Donkey Live. Ahhh! banyak lagi tetapi memang tak cukup masa.
Irah memilih barang2 kesukaannya di
Universal Studio Store.
Mereka memilih macam2, ada untuk diri sendiri, untuk sepupu, untuk kawan2 dan untuk cikgu pun ada sebagai kenang-kenangan.
Aku penuhi semua yang mereka mahukan.
Hari ini memang untuk mereka.


Permainan Canopy Flyer. Untuk budak2 baguslah.
Cuma Dzul je yang menemankan Aisyah. Aku pula bersama Aimi dan Irah ke Dino Store jurasic Park.
Letih tetapi menyeronokkan. Pengalaman yang meriangkan untuk anak2. "Lain kali nak datang lagi", kata Aisyah
Maps To the Stars
Nor Syahirah..."nak ikut ke Disneyland Hong Kong"...
katanya. "Belum puas seharian di Universal Studio sehari"

Jungle Bites
Jika Adib ada bersama pasti lebih seronok.
Sepatutnya berenam tetapi kali ini hanya berlima sahaja.
Aisyah sedang memilih barang2 kesukaannya.
Hari ini memang untuk anak2, berjalan, shopping dan main2 untuk memenuhi impian anak2.
Aku dan Dzul tak kisahpun, yang penting anak2 gembira dan puas hati.

Dah penat kami berehat dan makan...Berhati2 bila nak makan, tak semuanya halal. KFC dan Mcdonald halal. Yang lain tak halal. Kami membawa bekal  makanan yang dibeli di JB.
Dah hampir 7 petang....masa untuk pulang.
Sebenarnya belum puas bermain, tak cukup masa.
Banyak lagi yang tak sempat main. banyak lagi yang tak sempat tengok, banyak lagi yang belum masuk, banyak lagi yang belum merasa. Tak apalah, ada rezeki datang lagi. Dah ada pengalaman di Universal Studio tu kira OKlah.
"Mama, kita datang lagi ya!" Rayu Aisyah
"Cuti sekolah bulan Mac boleh tak kita datang sekali lagi?" Irah pula merayu2.


Jam 7.30 petang kami keluar dari Universal Studio. Kaki dah penat, badan dah letih, perut dah lapar.
Tetapi anak2 seronok dan gembira.
Tetapi sesat la pulak. Nak balik ke JB.
GPS tak berfungsi....alahai, dua jam berpusing2, kemudian baru bertemu jalan pulang.
Esok pagi2 akan ke Singapore lagi. Kali ini untuk ke Singapore Zoo dan Safari Night.

2 comments:

  1. wah bestnya....nanti hanim pun nak bawak anak2 ke universal studio. so kena pulun kumpul duit...baru enjoy shopping....

    ReplyDelete
  2. Ya betul2, bawa duit banyak memang best. Penuhkan impian anak2 kita.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.