Monday, January 9, 2012

46 tahun

Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.

8 Januari 1966
8 Januari 2012
46 tahun meniti hidup.

Syukur atas segala rahmat, anugerah dan nikmat2 yg tak terhitung banyaknya.
Syukur atas segala ujian, dugaan, cabaran, kepayahan, keperitan,
kesempitan, kepahitan, kesusahan dan segala
macam rencam yg dilalui selama ini.
Syukur atas segala keimanan, kesedaran,
kebahagiaan, kesenangan, kelapangan, kesihatan, usia
yg diberkati, ilmu yg mampu aku manfaatkan dan segala nikmat yg terlalu banyak.
Segala yg ku terima dan ku lalui selama 46 tahun ini,
sesungguhnya penuh dgn hikmah yg maha besar.
Itulah anugerah yg terbesar olehNya untukku.
Syukur Ya Rabbi.
Kerana merasai kepahitan,
maka  aku memahami akan nikmat kemanisannya.
Kerana merasai ujian, aku belajar menjadi kuat untuk menempuhnya.
Kerana menempuh pelbagai cabaran, aku menjadi lebih kental
untuk menghadapi apa juapun.
Kerana melalui segala keperitan, aku belajar menjadi lebih kuat jiwanya.
Kerana pernah merasai kesakitan, aku belajar menikmati
ertinya sihat.

Kerana merasai kesusahan, aku belajar menghargai erti sebuah kesenangan.
Kerana melalui kegagalan, aku merasai nikmatnya erti sebuah kemenangan.
Kerana melakukan kesilapan,
aku belajar menjadi yg lebih baik kemudiannya.
Kerana kealpaan, aku belajar untuk lebih mengingatiNya.

Kerana melalui yg hitam, aku merasai nikmatnya putih kehidupan.
Kerana pernah merasai kesempitan,
aku merasai nikmatnya limpahan rezeki yg berganda.
Kerana melalui kesibukan, aku belajar menghargai kelapangan waktu.
Kerana merasai kejahilan,
aku berusaha mencari sesuatu dan menghargai nikmatnya berilmu.
Kerana pernah menerima keburukan,
aku belajar untuk menghargai kebaikan.
Kerana pernah terkesan dgn sikap yg negatif,
aku belajar untuk menjadi positif.

Kerana pernah berkereta kecil,
aku berusha mengejar keseronokan berkereta besar.
Kerana sering merasai ketidak cukupan wang,
aku berusaha keras untuk mencukupkan wang.
Kerana pernah mendiami rumah sempit, aku berusaha
merealisasikan nikmatnya mempunyai rumah yg selesa dn sempurna.

Kerana pernah bekerja dgn org, aku berusaha merasai
indahnya bekerja sendiri.
Kerana pernah bekerja dgn majikan,
aku merasa betapa nikmatnya bekerja utk diri sendiri.
Kerana pernah gajiku dibayar majikan,
aku berusaha untuk membayar gaji kepada diriku sendiri.
Kerana pernah untung nasibku ditentukan bos,
aku berusaha untuk menjadi bos kepada diriku sendiri.
Kerana pernah mendapat sedikit,
aku belajar menikmati ketika mendapat yg banyak.

Kerana pernah kehilangan sahabat,
aku kemudiannya belajar menghargai persahabatn.
Kerana pernah dikecewa, maka aku belajar tidak mengecewakan.
Kerana pernah dimakihamun,
aku belajar menjadi lebih sabar dan menghargai org sekeliling.
Kerana pernah terduduk, aku belajar utk gagah dan berdiri.

Kerana pernah kerugian, maka aku belajar tentang keuntungan.
Kerana pernah kehilangan, aku belajar tentang bercermat dan berhati2.
Kerana pernah tidak dihargai, aku belajar lebih menghargai.
Kerana pernah disakiti, aku belajar agar aku tidak menyakiti.
Kerana pernah ditertawakan, aku belajar tidak mentertawakan org.

Ohhh Ya Allah...tidak mampu aku perhitungkan satu persatu.
Semuanya penuh hikmah.
Segalanya indah penuh makna.
Tidak Engkau ciptakan segalanya sia2 belaka.
kecuali semuanya sgt berguna utk kehidupan kita.


Terima kasih kepada yg berada di atasku...Engkaulah Ya Allah.
Jadikanlah aku org yg bersyukur dan sabar.
Bimbinglah aku berterusan.
Jgn kau biarkan aku hidup tanpa bimbinganMu.
Limpahilah aku dgn segala anugerahMu, jgn kau tarik nikmat pemberianMu itu.
Berilah hidayahMu, jgn kau biarkan aku hidup tanpa hidayahMu.
Berilah kekuatan untukku, jangan Kau biarkan aku longlai dlm kelemahan ini.
Ampunilah segala dosaku yg tak terhitung,
jgn Kau biarkan aku terus lena dgn dosa2 yg sedemikian banyak.
Sudahkanlah kehidupanku nanti dgn kesudahan yg baik,
jangan kau matikan aku dlm kehinaan.

Terima kasih untuk semua yg berada di hadapan ku.
Terima kasih untuk semua yg berada di sisiku.
Terima kasih kepada semua yg berada di belakangku.
Terima kasih kepada semua yg berada di sekelilingku.

Salam kasih sayang.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.