Friday, July 27, 2012

Tak Sempat

Assalamualaikum
Ada yg dah sms, nape tak ada entry baru.
Rindu dgn tulisan2 aku kat blog ni.

Maaf sangat2, bukan malas tapi tak sempat sejak dua menjak ni.
Bulan puasa masa agak terbatas sedikit.
Demo lak penuh dua atau tiga sehari.
Petang dah balik nak masak.
kami tak ke bazar Ramadan langsung sejak 2011.
Bulan ni pun berazam tak mahu ke sana lagi.

Jam 6.45 mesti siap masak dan menghidang.
sebab lepas tu majlis bertadarus dgn suami dan anak2 sampailah kedengaran azan
dan waktu berbuka.

Selepas berbuka ala kadar, kami solat maghrib dulu.
Lepas tu baru makan nasi dan hidangan lain.

Selepas makan, kami sekeluarga bersiap ke masjid
untuk terawih.
Jam 10 malam balik ke rumah, itupun buat 8 rakaan je.
Jika tak ada appointment, kami terus tidur.

Dalam jam 4 pagi,kami suami isteri, Aimi dan Irah
bangun untuk bertahajjud berjemaah.
Mengaji dan bersolat sunat.
Ada waktu buat sendiri2.
Galakan Irah dan Aisyah banyak mengheret kami menjadi lebih baik.
Mereka dididik sebegitu rupa di IISKD.engutamakan kerahmatan dan kemuliaan
Ramadan berbanding yg lain.
Lepas tu sama2 mengaji lagi sementara menantikan waktu utk bersahur.

Jam 5 pagi baru turun bersahur.
Lepas bersahur, tak tidur, bersiap pula untuk solat Subuh berjemaah.

Lepas tu jam 6.30 pagi dah keluar untuk ke
Kota Damansara.
Sepanjang Ramadan ni, jam 7 pagi Irah dan Aisyah
dah  mula menghafaz dan bertadaruss
Al Quran secara berjemaah di IISKD sehingga jam 8 pagi.
kami ikut serta.

Selalunya jam 9.30 pagi baru sampai ke rumah.
Berehat sekejap, jika sempat buat Duha.
Lepas tu dah mula penuh dgn appointment.
Sepanjang Ramadan kali ni,
alhamdulillah, sibuknya lebih drpd bulan Ramadan yg lepas.


Business pun semakin kencang.
Semua rakan kongsi dah semakin mendapat rentaknya.
Demo di sana sini dgn PB.
Syukurlah.

Untuk anda,
Selamat Berpuasa.
Maafkan saya yang banyak dosa.
Terlanjur kata, tersasul bicara.
Atau tersilap perbuatan.
Siapakah aku untuk mendabik dada mendakwa serba sempurna.
Ohh Ya Allah, ampunilah hambaMu ini.
Moga Ramadan kali ini bukan yg terakhir untukku.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.