Saturday, October 2, 2010

Hidup Ini Adalah Pilihan

           Sabtu, jam 3.30 pagi kami dah bangun dan bersiap untuk ke Penang untuk sama2 menjayakan Program Aroma Terapi Minda bersama AT 181. Sepatutnya kami bertolak semalam tetapi terlalu banyak urusaan belum selesai. Dengan kesibukan yaang tidak pernah haabis, aku bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik dan umur yang masih bersisa untuk ku berbakti kepada orang2 di sekelilingku. Aku juga bersyukur keraana mempunyai anak2 yang baik, patuh pada abah dan mama, mentaati Allah, menghormati orang tua. Mereka empat beradik begitu memahami komitmen ku kepada AT 181 dan sentiasa menyokong segala pengorbananku.

         Sewaktu kami nak keluar rumah sebentar tadi, mereka turut bangun mengiringi pemergianku meskipun jam menunjukkan empat lebih. "Hati2 ya mama, baik2 memandu ya abah", ucapan yang sering diucapkan Adib setiap kali aku nak berpergian. "Insyaallah" Jawabku.

 
          Inilah pilihan hidup kami. Sesungguhnya kita mempunyai hak yang penuh untuk membuat pilihan.
Dalam apapun aspek hidup kita. Kita yang menentukan apa yang kita mahu. Kita bebas memilih apa yang kita suka. Kita juga bertanggungjawab penuh terhadap setiap pilihan kita.

          Lapan tahun dahulu, aku memilih perniagaan ini sebagai peluang untuk mencari pendapatan sampingan. Lima bulan kemudian, aku juga yang membuat pilihan untuk meletakkan jawatan sebagai guru yang telah ku sandang selama 15 tahun untuk berkecimpung secara sepenuh masa bersana AT 181.
Apabila ini pilihanku, maka aku bertanggungjaawab penuh terhadapnya. Jatuh atau bangun, berjaya atau gagaal, naik atau turunnya aku dalam perniagaan ini, maka akulah yang harus bertanggungjawab. Tentu sekali aku tidak boleh menuding jari kepada sesiapapun atas apa yang berlaku kemudiannya.

          Ternyata, pilihanku tepat. Dan aku bangga dengan pilihanku. Hari ini setelah lapan tahun dalam perniagaan ini, begitu banyak pengalamaan berharga tak ternilai yang ku kutip sepanjang perjuangan ini. Selalu ku berkongsi dengan warga AT 181 bahawa setiap kita berhak penuh untuk menentukan perjalanan dan warna hidup kita....


Baju apa kita nak pakai
Warna apa kita nak pilih
Apakah corak yang kita suka
Apakah hobi kita
Buku apa kita nak baca
Di mana kita nak makan hari ini
Apa resepi nak masak petang ini
Universiti mana kita nak masuk
Apa bidang kita nak pilih
Apa kerja yang nak kita ceburi
Berapa gaji yang kita mahu
Jawatan apa yang kita nak sandang
Isteri yang macam mana yang kita berkenan
Dari negeri mana pun kita boleh pilih
Di mana kita nak bina rumah kita
Bagaimana kita nak hias rumah kita
Bagaimana kita naak corakkan didikan kepada anak2 kita
Kita nak suruh dia jadi bagaimana setelah dia besar nanti
Jika tak mahu bekerja dengan orang, nak kerja sendiripun boleh
Nak berniaga pun boleh

Jika nak buat MLM, macam2 syarikat ada di Malaysia
Hai O salah satunya
AT 181 pun berniaga dengan Hai O juga
Boleh pilih jika mahu boleh masuk jika suka
Jika anda sudah masuk dgn group lain dan nak masuk
sekali lagi dengan AT 181 sekali lagi pun boleh
Nak buat part time atau full time kita yg pilih
Nak laju atau slow pun kita yang tentukan
Tiada sapa yang paksa
Nak bekerja rajin atau nak buat bermalas2 pun boleh
Nak buat giler2 tak balik rumah pun tak ada sapa yang larang
Nak bonus sikit atau bonus besar
Nak buka berapa kaki
Di mana nak fokus network kita
Bila nak naik CDM
Bila nak dapat bonus car fund atau wawasan pun kita juga yang kena buat
Nak buat kemudian nak rehat pun tak pa
Jika ada yang nak berhenti pun nak buat macam mana jika itu pilihan anda

Tetapi jika peluang untuk berjaya ada
kenapa pula kita nak pilih untuk gagal
Jika ada peluang nak ubah kehidupan nape pulak kita nak berdiam diri
Jika ada peluang untuk menjadi hebat kenapa pula kita nak jadi orang biasa
Jika dengannya kita boleh pergi mlancong percuma mengapa pulak kita menolaknya
Jika kita boleh meniru dalam AT 181, kita tirulah cara mereka yang dah berjaya
Jika kita boleh rapat2 dengan mentor2 dalam AT 181, kenapa kita nak menjauhinya
Jika kita ada peluang untuk menjadi kaya, kenapa kita nak terus miskin.
Ternyata...semuanya berada di dalam tangan kita
Kitalah yang akan menentukannya.

Dah jam 7.15 pagi. Tadi berhenti solat di Simpang Pulai. Dah sampai pun kat Seberang Jaya. Isi perut dulu sebelum berlabuh ke destinasi hari ini, Safira Club. Petang ni terus bertolak pulang ke KL. Esok pula ada seminar Kecantikan, Kerjaya dan Keusahawanan Bersama AT 181. Aku bagi talk lagi. Tak pa aku bersyukur untuk memilih AT 181. Ini pilihanku. Aku bersyukur dapat berkongsi dengan orang lain. Salam dari Seberang Jaya.

2 comments:

  1. assalamualaikum Pn Faridah.. Terima kasih atas perkongsian Pn. di Safira pagi tadi.. Saya salah seorang yang terlibat sama pada pagi tadi dibawa oleh rakan saya hanya utk program terapi minda. tetapi setelah saya dengar setiap slot saya juga nak berjaya macam Pn. Saya belum pun menyertai keluarga hai-o tetapi saya nak bertanya kenapa, Pn kata "Jika anda sudah masuk dgn group lain dan nak masuk sekali lagi dengan AT 181 sekali lagi pun boleh". Apa beza group yg lain dgn AT181. maaf sekadar bertanya.. Tapi apa saja bisnes tentu kena ada modal.. itu yg menyulitkan semua.. tp saya yakin akan berjaya lambat atau cepat Insyaallah sebab saya nak berjaya..

    ReplyDelete
  2. AT 181 sgt berbeza dgn group lain. Tanpa menafikan kehebatan kump lain di dalam Hai O, AT 181 sgt megutamakan bimbingan dn latihan berterusan. Ramai yg sudah join dgn kump lain tetapi ditinggalkan begitu shja tanpa bimbingan, ttpi pn masih bercita2 utk berjaya brsama AT181, tidak terlewat utk bersamakami. Modal bukan hlngan jika mahu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.