Saturday, May 21, 2011

Alor Star

Salam dari Kepala Batas Penang.
Hari ini Seminar DISC Bersama Mr Allan See.
Petang semalam aku di Alor Star dengan slot pengukuhan.
Bertempat di Kompleks Penghulu, tak ramai yang hadir dlam 25 orang.
Tetapi cukup untuk memecahkan kehangatan dan suasana business
di Alor Star.
Yang datang itu yang mahu.
Yang hadir itu yang mahukan ilmu.
Yang datang itu yang akan bekerja dan berusaha.
Yang datang itu yang mahu mengubah kehidupan.
Yang datang itu yang mahukan kejayaan.

Pengalaman dulu membina perniagaan ini memang begitu.
Bukan senang nak ajak orang berubah.
Bukan mudah nak ajak kawan buat perkara yang mereka
belum pernah buat.
Bukan mudah nak menyeru orang untuk buat business.
Apa lagi orang kita yang dah lama dengan pemikiran makan gaji.

Tetapi selagi ada yang mahu walaupun hanya seorang,
aku akan berkongsi dengan mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.