Tuesday, May 3, 2011

CDM Kartini...Idola Kita Semua

CDM KARTINI MAT YAAKOB
Bersama suami tercinta
CDM KAMARUDDIN MAMAT.
Sudah hampir 11 tahun bersama Hai O.
Beliau membina perniagaan ini dari kosong.
Menempuh pelbagai onak dan duri.
Mengharungi segala keperitan.
Melalui pelbagai pahit manis.
Meniti jatuh bangun perniagaan ini.
Menghadapi hitam putihnya membina perniagaan ini.

Beliau yang kita banggakan.
Beliau yang kita sanjungi.
beliau yang kita junjung tinggi.
Beliau yang sangat kita kasihi dan sayangi.
Beliau yang sangat kita hormati.

Pandangannya jauh ke depan.
Penglihatannya tajam mendalam.
Telahannya sentiasa sama dengan apa yang terjadi.
Sikapnya simple.
Sifatnya sangat tulus.
Positif dan optimis menjadi perhiasan diri.
Merendah diri menjadi karekternya.
Menjaga hati orang menjadi keutamaannya.
Bekerja dengan ikhlas menjadi peribadinya.

Bekerja kuat, buat terus jangan berhenti.
Makan sedap makan kuat mesti setiap hari.
Impian besar sentiasa menjadi strategi
Tambah ilmu mempunyai mentor untuk diikuti.

CDM KARTINI
Idola kita semua.
Ikutlah cara beliau.
Tirulah sikap beliau.
Rapatlah dengen beliau.
Bergurulah dengan beliau.
Positiflah seperti beliau.
Merendah dirilah seperti beliau.
Belajarlah, bertanyalah kepada beliau.

Tengoklah pendapatan beliau.
Berapa aset dan simpanan beliau.
Kereta apa yang beliau pandu.
Segala2nya tentang beliau.

Hanya beliau idola kita semua.
Tunjang kepada Akademi ini.
Tulang belakang kepada Akademi Taipan 181.
Bagai bulan yang menyinari malam.
Bagai mentari yang menyinari siang.
Menjadi tiang seri kepada Akademi ini.

Terima kasih
Setinggi2 penghargaan
CDM KARTINI MAT YAAKOB
Teruslah mencurahkan bakti
Membimbing semua warga Taipan menuju mercu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.