Monday, May 9, 2011

Didik Anak Berniaga

Salam bahagia.
Berjumpa lagi pagi ini.
Malam tadi jam 11.30 malam baru tiba dari Melaka.
Tiba awal lagi, tetapi singgah dulu berjumpa mentor sambil kenakan nasi dagang.

Selepas tiba di rumah, rupanya
Irah dan Aimi belum tidur kerana menunggu aku pulang.
Nak wish hari ibu kata Aimi. Seharian dia bekerja. Jam 5 petang sewaktu dia pulang, aku sudah berada di Melaka.
Bersembang sekejap dengan anak2, baru masuk bilik.
Sempat juga aku update blog, sebelum terlena kepenatan sampai jam 5.20 pagi baru terjaga.
Selepas solat Subuh di masjid Kinrara, aku melayan ikan di kolam.
Dzul pula dok melayan Tuah.

Selepas bersarapan dengan Irah dan Aisyah, Dzul menghantar mereka ke sekolah
di Kota Damansara. Aku dan Aimi dan bersembang di meja makan.
Dengan anak2 kena bagi masa.
Duduk dengan mereka, bertanya masalah mereka, mendengar cerita mereka, mendengar keluhan mereka, mendengar bisikan hati mereka, mencungkil rahsia mereka.
Anak2 ku dah remaja kecuali Aisyah yang masih keanak2an.
Nasib baik aku sibuk ke hulu ke hilir ketika anak2 masih kecil dulu.
Ketika mereka remaja dan meningkat dewasa, aku hampir freedom dari segi kewangan dan masa.
Aku sudah bebas dari rutin kerja pejabat jam 7 pagi hingga 5 petang.
Aku bekerja sendiri. Aku mempunyai banyak masa untuk bersama anak2 walaupun aku juga masih sibuk ke hulu ke hilir untuk AT 181.
Aku mampu menyediakan keperluan anak2 ketika mereka memerlukannya.

Pun begitu, aku ajar anak2 berdikari walaupun aku senang.
Aimi yang sedang bercuti semester, bekerja sebagai pelayan di restoran Nasi Ulam berhampiran Giant Bandar Kinrara. Kulilah tu. Gajinya RM27 sehari. Kerjanya bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Dia nak kumpul wang nak beli iPad2. Aku bagi kesenangan pada anak2 berpada2. Irah nak beli kredit topup, dia kena guna duit sendiri. Aisyah nak beli hadiah untuk aku sempena mother's day, dia juga kena guna duitnya sendiri.

Naik semester depan, Aimi kena tinggal di rumah sewa, bukan di hostel lagi. Agak jauh. Naik bas turun bas lepas ni. Biar dia rasa susah dan senangnya sendiri. Aku offer untuk dapatkan kancil atau Myvi secondhand dengan syarat duit minyak kena cari sendiri.
Dia tak mahu. Katanya biarlah dia belajar susah dulu.
Cita2 Aimi nak buka business petrol stesyen dan kedai cenderamata. Aku sedang mempersiapkan dirinya. Dia mesti bermula dari bawah. Dia pun dah ada link dengan beberapa orang taukeh Shell dan Petronas untuk dapatkan kerja practical di sana. Semua dia yang usahakan sendiri. Sebagai ibu akau menyokongnya.

Anak kedua, Mohd Adib yang sedang belajar di Cairo, bercita2 mahu membuka Pusat Pendidikan AlQuran dan menjadi seorang hakim syarie.
Dan nak buka firma guaman syarie. Baguslah. Aku bagi dorongan, bagi semangat dan berikan keyakinan serta tiupkan semangat Fikir Boleh dalam diri anak2 yang masih muda. Habis belajar mesti berniaga, mesti berniaga. Kita mesti jadi orang kaya yang baik, mesti jadi jutawan yang tawaddhuk, mesti jadi jutawan beriman dan dermawan.
Adib dah mula menyimpan modal dari wang pemberianku. Banyak wang simpananya. Dia kuat makan tetapi kuat juga menyimpan.
Di asramanya, dia selalu jual burger untuk kawan2 seasramanya. dari situ dia menyimpan selain wang poket yang aku berikan.

Syukurlah, dalam fikiran Aimi dan Adib, tiada langsung cita2 nak makan gaji.
Mereka nak berniaga, ikut sunnah Nabi.
Nak jadi Boss. Nak dapatkan rezeki 9 dari yang 10. Mereka mahu jadi kaya. Mereka mahu jadi jutawan. Idola Adib ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Cuba tanya anak2 anda? Perniagaan apa yang anak anda mahu ceburi??

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.