Tuesday, May 31, 2011

Malas Nak Fikir Lagi

Sapa nak buat
Buatlah
Sapa tak nak buat
Pergilah
Sapa nak ikut
Ikutlah
Sapa tak nak ikut
Lantaklah
Sapa nak berniaga
Berniagalah
Sapa tak berniaga
Terpulanglah
Sapa nak buat strategi baru
Buatlah
Sapa nak buat group baru pun
Ikutlah
Sapa nak buat strategi baru pun
Buatlah
Sapa nak buat comitee baru pun
Buatlah
Sapa nak kutuk leader yang lama pun
Tak kisahlah
Sapa nak jadi hero baru pun
Lantak kau oranglah

MALAS NAK FIKIR LAGI

Lu Fikirlah Sendiri!!

Salam
Itulah resam dunia
Itulah resam kehidupan
Tak habis2 orang kata

Masa nak mula buat dulu
Jiran2 kata
Yang bukan jiran pun kata
Kawan2 sekerja kata
Kawan2 tak sekerja kata
Orang jauh kata
Orang dekat pun kata
Adik beradik kata
Yang bukan adik beradik pun kata

Apabila berjaya sedikit
Orang kata juga
Tak lama tu
sekejap je senangnya
Alah...tak ke mananya
Sekejap je lingkup la

Apabila kita di puncak jaya
Orang kata juga
Downline yang gagal kata kat kita
Tak puas hati dengan kita
Downline yang berjaya pun mengata juga
Ada saja yang tidak kena
Walaupun mereka pun dah kaya
Malah lebih hebat daripada kita
Babi beruk munafik disebut semua
Apa saja yang tak puas hati dikata segala

Apabila business turun naik
Tak seperti yang dijangka
Mereka kata juga
Mereka tak puas hati juga
Upline yang paling teruk kena
Yang tak berdosa pun turut dikata
Ditambah ajinomoto dan serbuk lada
Macam drama hindustan, wayang kulit dan teater
Ada hero penyelamat kononnya
Mereka lupa mereka juga upline pada semua
Satu jari tuding pada orang
Empat jari tuding pada muka sendiri yang kena
Pada hal semua pulang kepada empunya cerita

Diri sendiri yang tak buat kerja
Diri sendiri yang tak cukup usaha
Diri sendiri yang duduk saja
Diri sendiri yang bergelodak jiwa
Diri sendiri yang malas memerah tenaga
Diri sendiri yang negatif
Diri sendiri yang tak bergerak
Diri sendiri yang asyik merungut saja
Diri sendiri yang melatah tak tentu hala


Hakikatnya
Diri sendiri harus setuju mengiakan bahawa
Appoiment yang tak ada
Asyik menunggu downline yang buatkan untuk kita
Hanya menunggu stranger telefon kot2 nak masuk dengan kita
Malas nak berjumpa prospek untuk ditaja
Tak mahu service rakan niaga
Meeting pun dah jarang2 ada
Jika datang pun dah tak ada hati rasanya
Jika hadirpun asyik negatif sepanjang bicara
Macam2 mengeluh rungutannya
Yang semuanya direka cipta menyedap si pendengarnya

Apa aku peduli?
Lu fikirlah sendiri...
Tak berusaha mana nak ada PV?
Tak bergerak mana nak ada BV?
Tak berdemo mana nak close?
Tak berjumpa prospek mana nak ada pakej?
Habis macam mana nak dapat bonusnya?
Lu fikirlah sendiri...

Apa aku peduli??
Lu fikirlah sendiri
Buat apa strategipun kena berdemo.
Buat apa kaedah pun nak kena berjumpa prospek
Buat apa seminar pun nak kena rekrut orang.

Apa aku peduli??
Lu fikir lah sendiri
Semua dah besar panjang
Konon ada sijil, degree, master dan phd
Belajar sekolah tinggi2
Belajar di universiti dalam atau luar negeri
Itupun tak boleh fikir ke?

LU FIKIRLAH SENDIR...

Apabila Allah Menduga Kita


Apabila Allah menduga kita
Dengan kesusahan
Apabila Allah menduga kita
Dengan kemiskinan
Apabila Allah menduga kita
Dengan kepapaan
Apabila Allah menduga kita
Dengan kesempitan
Apabila Allah menduga kita
Dengan kesakitan
Apabila Allah menduga kita
Dengan kejatuhan
Apabila Allah menduga kita
Dengan kepayahan
Apabila Allah menduga kita
Dengan keperitan

Kita marah
Kita melatah
Kita kecewa
Kita bersedih
Kita dukacita
Kita hampa
Kita mengeluh
Kita merungut
Kita berputus asa
Kita makin derhaka
Kita makin pentingkan diri sendiri
Kita memutuskan kasih sayang
Kita tidak bersilaturrahim
Kita semakin jauh dengan iman

Sedangkan
Ketika kita senang
Kita juga tidak semakin dekat denganNya
Ketika kita kaya
Kita juga tidak semakin hampir denganNya
Ketika kita mewah
Kita juga tidak bersyukur kepadaNya
Ketika kita banyak wang
Kita boros berbelanja
Kita shopping apa sahaja
Kita juga tidak menunaikan kewajiban kepadaNya
Ketika  kita di puncak
Kita juga tidak tawadduk kepadaNya
Ketika kita hebat
Kita tidak menunaikan rukun Islam kelima
Kita tidak  juga menunaikan zakat suruhanNya
Ketika kita berniaga besar
Kita berbelanja semahu2nya
Ketika kita bonus besar
Kita juga tidak pernah beringat untuk zaman susah kita

Hikmahnya terlalu besar
Untuk kita reda dan sabar
Untuk kita menilai diri kita kembali
Untuk kita melihat kealpaan dan kecuaian kita sendiri
Untuk kita perbetulkan diri kita sendiri
Untuk kita melihat siapa kita dahulu
Untuk kita bersyukur sebanyak2nya

Semoga kita tidak terus lalai
Semoga kita kembali kepada diri kita
Untuk kita kembali bersama dan bersatu
Untuk kita tambahkan usaha
Untuk kita tambahkan kerja
Untuk kita sama2 bergerak
Untuk kita sama2 mencari jalan
Untuk kita sama2 duduk berbincang
Untuk kita sama2 berikhtiar
Untuk kita berhenti mendabik dada
Untuk kita berhenti menyalahkan orang lain.
Untuk kita berhenti saling menghentam di kalangan kita sendiri.
Untuk kita berhenti menyalahkan qada dan qadar Allah semata2.

Bimbinglah Aku Ya Allah

Mudah bercakap dari melaksana.
Mudah berkata daripada mengotakannya.
Cakap semudah ABC.
Melaksanakan belum tentu.

Paling mudah ialah menuding jari kepada orang lain.
Paling senang ialah menyalahkan orang lain.
Paling banyak dilakukan ialah menuduh orang lain salah.
Paling sinonim dengan orang kita ialah membuka keaiban orang lain.
Paling suka dilakukan ialah menjatuhkan air muka orang lain.
Paling digemari dilakukan ialah menjatuhkan maruah
dan mendedahkan nama buruk orang lain.

Diri sendiri tak ada salah.
Diri sendiri semuanya betul.
Diri sendiri semuanya benar.
Diri sendiri semuanya elok.
Diri sendiri semuanya hebat.
Diri sendiri semuanya bagus.
Diri sendiri semuanya ok.

Yang salah upline.
Yang tak betul CDM lain.
Yang tak benar CDM Comeetee.
Yang jahat mentor.
Yang berdosa si Polan.
Yang kaya si A.
Yang senang si B
Yang duduk saja si C.
Yang makan duit bini si D.
Yang banyak makan si E.
Yang hanya tau cakap si F.
Yang hanya pandai tunjuk si G.
Yang banyak bagi arahan si H.
Yang ikut bini si I....
Yang dapat nama si J.....
Yang dapat glamour si K
Yang popular si L
Yang kuli batak si M

Begitulah sikap kita.
Manis di depan menikam di belakang.
Di depan tunduk hormat.
Di depan semua baik.
Di depan semua angguk
Di depan semua bagus.
Di depan semua ok.
Dalam meeting semua setuju.
Dalam perjumpaan semuanya elok.

Siapakah yang berani mendabik dada menyatakan
dirinya serba sempurna?
Siapakah yang berani mendabik dada menyatakan
dirinya yang terhebat.
Siapakah yang berani dada menyatakan
dirinya tidak pernah salah.

Syaitan bersorak gembira.
Iblis bertepuk tangan melihat kebodohan kita.
Musuh2 bersorak meraikan kehancuran kita.
Penjahat2 senyum lebar melihat kealpaan diri kita.
Si Musang berbulu ayam bersorai melihat kelalaian kita.

Ya Allah
Aku mohon perlindungan dari perasaan riak dan takabbur.
Aku mohon perlindungan dari angkuh dan sombong.
Aku mohon perlindungan dari perasaan bangga dan lupa diri.


Ya Allah.
Bimbinglah aku dari bisikan syaitan yang sentiasa
mahu merosakkan diriku sendiri.
Bimbinglah aku dari hasutan yang memusnahkan segala
amal baikku selama ini.
Bimbinglah aku dari hasutan yang mahu memecahbelahkan kami.
Lindungilah aku dari bisikan yang mahu menghancurkan diriku ini.
Lindungilah aku dan rakan2ku dari bisikan yang mahu
menghancurkan silaturrahim ini.
Lindungilah aku dan sahabat2ku dari perpecahan dan
buruk sangka di kalangan kami.

Nikmatmu terlalu besar tetapi terlalu sedikit syukurku.
Kurniaanmu terlalu banyak tetapi terlalu banyak pula keluhanku.
AnugerahMu tak terkira tetapi terlalu sedikit amalanku.
PemberianMu tak terhitung, tetapi terlalu banyak resahku.
Semakin banyak yang Engkau berikan, semakin banyak pula dosa2ku.
Semakin banyak yang Engkau kurniakan,
semakin banyak pula kejahatanku.
Semakin besar yang Engkau berikan, semakin
banyak pula kekufuranku atas nikmat2Mu.

Jadilah aku orang yang sentiasa melihat keburukan diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa muhasabah diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa menilai diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa merasa malu dengan diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang bersyukur atas segala nikmat2Mu.
Jadilah aku orang yang sentiasa hampir dan dekat denganMu.
Jadilah aku orang yang merasa manis apabila beribadah kepadaMu.

Ampunkanlah dosa2 ku yang tidak terkira banyaknya.
Ampunkanlah segala kelalaianku.
Bukalan ruang dan lorong keampunan untukku.
Naungilah aku dengan rahmat kasih sayang dalam kebahagiaan.
Tinggikan ilmuku dalam kemuliaan.
Tingkatkan darjatku dalam keimanan.
Murahkanlah rezekiku dalam keberkatan.
Amin Ya Rabbal Alamin

Seminar DISC

GO GO GO Taipan!
Semangat
Seminar DISC Penang
21 Mei 2011

Monday, May 30, 2011

Boleh Baca

Menarik melihat poster2 dan gambar2 serta bahan bacaan yang ditampalkan di ruang meeting di branch Hai O di Melaka Raya.
Penuh dengan info dan maklumat.
Sementara meeting bermula dan menunggu yang lain sampai,
mereka boleh baca dan lihat.
Tak lah jemu menunggu.
Kisah kejayaan CDM Zulkiflie Md. Sohor
Boleh Tak Boleh, mesti Boleh.
Wah teruja rasanya.
Ini orang lama dalam syarikat.
Juara MLM di Malaysia.
Pelbagai sijil, anugerah dan pengiktirafan diframekan cantik disusun atas meja.
Poster2 memenuhi papan di dinding.
banyak mendapat maklumat tentang kehebatan syarikat.
Majalah Futuristik yang lama dan baru pun ada.
Maklumat tentang pelbagai produk2 hebat syarikat.
Pelbagai info tentang JTX
Testimonial produk Hai O
Kisah2 kejayaan, cerita motivasi CDM2 lama dan pelbagai aktiviti
pengedar di sana sini.
Semua kisah kejayaan ini boleh menjadi inspirasi untuk mereka yang hadir.
CDM baru dan lama, semuanya ada.
Maklumat tentang perbezaan skim piramid dan jualan langsung.
Jelas ciri2nya.

Poster

Bekerja keraslah kerana hidup akan
terasa nikmat setelah bekerja keras.
Poster ini aku ambil kat branch Hai O di Melaka Raya.

Persediaan Ke Hong Kong

Trip ke Hong Kong bagi Kumpulan D akan bertolak dari KLIA
pada18 Jun hingga 22 Jun 2011.
Alhamdulillah, kali ini hajat anak2 tercapai.
Kami bawa bersama Irah dan Aisyah ke Disneyland Hong Kong.
Disember lalu bawa mereka ke Universal Studio Singapore.
Kali ni ke Hong Kong pula.
Inilah hasil susah payah.
Inilah hasil berjuang dan berkorban dalam perniagaan networking ini.
Pengorbanan anak2 yang sering ditinggalkan pun ada ganjarannya.

Aisyah asyik menghitung hari. Seronoknya nak holiday ke luar negara.
Apa lagi Sofia dan Dania (anak2 CDM Haryati dan CDM Kept Jai) ikut bersama. Wah...lagi seronoklah mereka.

Sabtu lalu, aku bawa2 Irah dan Aisyah shopping ke Mid Valley.
Untuk persediaan ke Hong Kong. Lagi senang, tak kelam kabut nanti.
Kami membeli baju dan seluar untuk dua beradik tu.
Empat helai seorang.
Ikut warna...agar sesi pengambaran lebih ceria dan
meninggalkan kenangan lebih indah.
Aisyah 9 tahun...waktu aku mulakan business ini dulu usianya baru 4 bulan.
Sering saja ditinggalkan pada Dzul (ketika itu kami tiada pembantu rumah) apabila
aku ke Sabah, Sarawak, Johor,
Trengganu, Kelantan, Penang, Kedah, Perlis dan lain2.
Berseminar sana sini. Berbengkel sana sini.
Sekarang usianya dah 9 tahun. Dah 9 tahun juga aku bersama Hai O.
Aisyah amat memahami.
Hidupnya adalah Hai O.
Hidup kakak dan abangnya adalah Hai O.
Hidup kami sekeluarga adalah Hai O.
Dia membesar dengan jiwa dan darah Hai O.
Go Go Go Taipan dah sebati dengan dirinya.
Dia sangat berbangga dilahirkan dalam keluarga Hai O.
Dia sangat berbangga mempunyai mama dan abah seorang pejuang Hai O.
Dia juga berimpian mahu menjadi sehebat mama dan abahnya.

Biru, merah, hijau dan purple
untuk empat hari.
Hari pertama...biru turkuaz
Hari kedua...merah
Hari ketiga...hijau
Hari keempat...purple
Untuk Aisyah empat helai.
Untuk Irah pun empat helai.
Seluar, beg sandang dan topi juga dibeli yang baru.
Termasuk kasut. Berhabisan jugalah untuk dua beradik ini di Mid Valley
semalam lebih RM1600. Tak ada masalah jika ada duit.
Itulah nikmatnya berniaga.
Nak shopping tak perlu tunggu cukup bulan.
Tak perlu menunggu gaji. Poket penuh.
Beli aje jika mahu.
Pilih aje jika suka.
Pergi saja jika nak.

Makin tak sabar mereka menunggu tarikh ke Hong Kong.
Inilah ganjaran untuk anak2 yang sering ditinggalkan sebelum ini.
Selesai shopping, kami singgah makan.
Dzul sentiasa sporting dengan anak2.
Abah dan anak2 macam kawan. Sekali pun tak pernah dimarahinya.
Anak2 memang lebih rapat dengannya.
Lebih manja dengannya.
Anak2 dan pakat dengan aku nak celebrate abah sempena
'Father's Day' Jun nanti.
Surprisenya kat Hong Kong.
Dah ada hadiahnya...
"abah kena tunggu kat Hong Kong tau"...kata Aisyah dan Irah.

Bulan Julai nanti, ada pula tawaran insentif melancong ke Spain atau
mengerjakan umrah semuanya percuma.
Berminat? Boleh hubungi saya 016 2212181.

Kreatif


Salam bahagia.
jam menunjukkan jam 1.10 pagi.
Jam 11 malam, kami baru tiba dari Melaka.
Ada sesi discusion dengan leader  DDM norkamisah dan networknya.

Sebelum itu aku singgah di rumah sewa Aimi di Lendu Melaka, menghantar peti sejuk dan Bio aura.
Semalam dah register untuk semester ke lima.
Resultnya sentiasa cemerlang. Syukurlah.Terbaru dapat 3.72 point.
Dah dapat anugerah dekan kerana empat semester berturut2,
semuanya cemerlang.
Tinggal menyewa untuk semester ini dan semester depan.
Dah tamatlah diplomanya jika tak ada aral. Lepas tu nak sambung degree pulak. Katanya nak sambung belajar degree nanti di Singapore.
Semoga berjaya. Itulah doa ibu.

Jam 4 petang baru kami tiba di branch Melaka Raya.
Tak ada meeting kali ni. Kami buat sessi dialog je.
CDM Syed Huzair dan isteri pun ada.
CDM Hamaka pun ada.
Terima kasih kerana terus hadir.
Kerana bimbingan andalah rakan kongsi berjaya.
Kerana semangat andalah, rakan kongsi terus bersemangat.
Kerana sikap positif andalah, rakan kongsi terus positif.
Kerana keyakinan andalah, rakan kongsi terus bertahan.
Kerana pengorbanan andalah, rakan kongsi terus setia.
DDM Norkamisah...terharu aku melihat semangat kentalnya.
Kagum sekali aku dengan semangat juangnya.
Bersama suami tercinta DSM Rahim.
Tak pernah mengalah.
Tak pernah mengeluh.
Tak pernah negatif.
Keyakinannya cukup tinggi.
Kemahuannya cukup besar.
Komitmennya jangan dipertikaikan lagi.
Mewarisi semangat kental Tun Teja.
Seluruh bumi bertuah Melaka diredahnya demi melebarkan sayap niaganya.
Masuk kampung keluar kampung, masuk pejabat keluar pejabat, masuk rumah keluar rumah,berjumpa stranger, prospek dan segala makhluk untuk melebarkan ruang kejayaannya kepada rakyat Melaka agar bangkit mewarisi kecemerlangan empayar perniagaan Melayu Melaka sebagaimana hebat
catatannya dalam Sejarah Melayu.

Inilah hasil sentuhan dan bimbingan upline2nya yang hebat,
CDM Jalilah, CDM Aidil, CDM Syed Huzair dan CDM Hj Char.
Dia hebat kerana upline2 yang hebat.
Banyak soalan yang diutarakan.
Banyak pertanyaan yang dikemukakan.
Banyak kemusykilan yang diluahkan.
Mengapa....
Bagaimana...
Alhamdulillah, pengalaman CDM Syed Huzair, CDM Hamaka,
CDM Dzul dan aku sendiri kongsikan bagi menjawab segala persoalan.
Terlerai...rasa ringan dada. itulah mahalnya pengalaman.
Setiap persoalan pasti ada jawapan.
Semuanya dari pengalaman yang dititipkan sepanjang liku2
melewati perniagaan ini.
Mereka masih setia.
Mereka masih bertahan.
Hai O tidak gawat.
Masih kukuh dan mantap.
Tetapi kenapa ramai yang hilang?
Kenapa ramai yang berpaling arah.
Mencari yang lain?
Kebanyakannya kerana tiada ketahanan diri, mahu cepat kaya dan tidak kreatif.
Tak boleh pakej, seolah2 tak boleh berniaga.
Tak lepas dana, prospek pun hilang entah ke mana.
Black list, maka hitam jugalah masa depan.
Sebenarnya tidak demikian. Salah sama sekali.
Kita kena pelbagaikan strategi. Kena kreatif.
Tetap ikut marketing plan Hai O.
Sepatutnya jika tak mahu pakej besar, boleh buat pakej kecil ikut kemampuan.
Tak boleh pakej kecil, boleh tunjukkan produk dulu.
Boleh jadi user dulu.
Dengan produklah, orang akan kembali positif.
Dengan produklah, orang akan kekal dalam berniaga.
Produk dalam Hai O semuanya bertaraf "FIVE STAR'.
Dengan produk2 sehebat itu, tidak ada masalah kita nak dapatkan jualan.
Tinggal lagi, mahukah kita menjual.
Apa masalah jika kita kena menjual?
Itulah perniagaan namanya.
Ada produk, ada modal, ada penjual dan ada pembeli.
DSM Rahim, SSM Nazrin dan Helmy.
Bersama2 mencari solusi untuk mengembangkan group.
Mencari idea untuk terus bertahan dalam perniagaan ini.
Mereka sentiasa positif. Keyakinan kepada AT 181 masih cukup kuat.
Kepimpinan DDM Nor dan DSM Rahim menjadi tunggak kekuatan mereka.
Mereka beruntung mendapat leader hebat seperti itu.
Patah semangat dan putus`asa tiada dalam kamus hidup pasangan ini.
Bagaikan sebuah magnet, tarikannya cukup kuat untuk menarik jalan2 kejayaan.
Bagaikan kepala kereta api, semua gerabak mesti dipenuhi untuk dibawa
menuju ke destinasi.
Dah masuk 9 tahun bersama syarikat ini.
Aku kongsikan pengalaman ku dalam sesia dialog petang tadi.
Dengan hanya mengguna produk, kemudian menjual produk
premium beautiful satu persatu.
Setiap hari berdemo produk.
Setiap hari berkongsi dengan orang lain tentang kehebatan
produk ajaib baju dalam PB.
Ke hulu ke hilir bawa beg yang mengandungi baju dalam PB.
Seluruh pelusuk tanah air, setiap negeri dan sempadan, setiap kampung dan bandar aku jelajahi  untuk menjual produk.
Bekerja keras, tak pernah give up, tak ada network pun.
Tetapi dengan produklah, aku boleh mendapat pendapatan belasan ribu sebulan
malahan puluhan ribu sebulan.
Dengan menjual produklah, aku resign jawatan pendidik yang
telah aku sandang selama 15 tahun.
Dengan menjual produklah, aku mampu melancong ke Shanghai, Beijing,
Perth, Umrah, Kun Ming, Istanbul, Medan dan lain2.
Dengan produk PB lah, aku mampu memilik kereta Toyota Camry pada
bulan ke lima selepas join perniagaan ini.
Dengan menjuallah, aku settlekan personal loan bernilai lebih
RM60 000 pada tahun 2004.
Dengan menjuallah, aku mampu membeli rumah yang ku diami sekarang  dengan harga RM550 ribu pada tahun 2004 dulu.
Dengan menjuallah, aku naik CDM pada bulan Januari 2005.
Marketing plan syarikat tak pernah berubah.
Profit shring yang diberikan oleh syarikat juga tidak pernah bertukar.
Tinggal lagi adakah kita mahu atau pun tidak.

Harapan berbunga indah.
Kebuntuan mereka sedikit terlerai.
Jalan dan lorong2 untuk menjana pendapatan berterusan sentiasa ada.
Impian untuk berjaya tidak pernah padam
Harapan untuk kaya sentiasa terbentang di AT 181.
Yang gelap pasti akan terang.
Yang kelam nampak berganti sinarnya.
Yang susah pasti akan berlalu pergi.
Yang pasti kita mesti sentiasa positif.
Berubah dan bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Jangan hanya mengharap yang mudah untuk berjaya.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Lihatlah dengan mata hati.
Ia tidak mati begitu sahaja.
Mata hati itulah cahaya jiwa.
Menjadi dorongan untuk tidak berputus asa dengan rahmat dan janji
Allah bahawa usaha yang  gigih itu tentulah manis hasilnya.
Allah suka kepada hambanya yang sentiasa bersungguh2, istiqamah
dan tidak beputus asa. Setelah diusahakan dengan daya usaha tawakkal, maka kita berdoalah kepada Allah yang maha melihat dan menilai hambaNya.
Tidak seringgit diberikan kepada kita kecuali semuanya dengan izinNya
yang maha berkuasa.
Berdoalah agar setiap usaha kita diberkatiNya.
Berdoalah agar kita dimurahkan rezeki olehNya.
Amin.

Sunday, May 29, 2011

Baju Dalam Ajaib

Khamis 2 Jun (asalnya Isnin 30 Mei)
Tetapi kelas berturutan setiap hari Sabtu, Ahad dan Selasa.
Terrpaksa tukar hari lain atas permintaan.
Tempat TTC 1, USJ 9
Jam 8.30 malam
Bersama CDM Faridah Mohd Ali

Untuk Wanita Sahaja
Complete tentang Premium Beautiful
* Kelebihan dan kehebatan PB berbanding pakaian dalam yang lain.
* Far Infra Red Ray dalam PB, apa kelebihannya.
* Fabrik Akwatek akwadayne pada PB, apa keistimewaannya
*Jahitan stereoskopic pada PB, untuk apa fungsinya
* Pengiktirafan Pakar Tulang Antarabangsa terhadap PB...buktinya
* Saiz dan penentuan saiz PB
* Cara ukur dan kaedahnya
* Saiz dan harganya
* Tempahan khas untuk wanita XXXL, bagaimana caranya.
* Cara pemakaian yang betul untuk PB
* Kaedah pencucian dan penjagaan hayat PB
* Jaminan dan service PB
* Cara dan strategi closing customer untuk PB

Terbuka untuk semua wanita Warga Taipan 181.
Boleh juga bawa prospek baru wanita.
Sila hubungi saya 016 2212181


Saturday, May 28, 2011

Semua Pandai

Semua ceria
Semua seronok
Semua semangat
Semua bersedia untuk terus berjuang bersama AT 181.

AT 181 dah lengkap.
Semua dah ada.
Ada mentor
Ada ilmu
Ada strategi
Ada produk
Ada rekod jadi
Ada bukti
Ada pemimpin
Ada pengikut
Ada yang muda
Ada yang senior
Ada yang baru
Ada yang lama
Ada yang sekolah tinggi
Ada yang sekolah biasa2 aje
Ada yang duduk di bandar
Ada yang tinggal di seluruh Malaysia
Ada yang buat full time
Ada yang buat part time
Ada yang pandai strategi
Ada yang pandai fikir
Ada yang banyak ilmu
Ada yang banyak pengalaman
Ada yang mahir produk
Ada yang pandai muzik
Ada yang mahir teknikal
Ada yang mahir ice breaking
Ada yang pandai tunjuk strategi
Ada yang pandai cakap
Ada yang pandai buat
Ada yang pandai ikut
Ada yang pandai memimpin
Ada yang pandai kira
Ada yang pandai closing
Ada yang pandai followup
Ada yang tukang sorak
Ada yang jadi penyokong
Ada yang tukang tepuk
Ada yang pandai bawa orang
Ada yang pandai mendengar

Itu semua digabungkan kelebihannya.
Jadilah akademi Taipan 181.
Semuanya ada.
Cukup semuanya.
Dah cantik sangat.
Tinggal lagi nak buat dan bertindak saja.
Anda bagaimana?


Kata Pakar

Sikap Adalah Segala-galanya

Thursday, May 26, 2011

CDM Mariam Yaakob

CDM Mariam Yaakob
Berasal dari Pokok Sena Alor Star Kedah.
Asalnya seorang suri rumahtangga.
Kini seorang usahawan hebat.
Setahun setengah sahaja, dah bergelar CDM.
Pemimpin hebat kepada seluruh networknya.
Banyak cabaran yang diharunginya.
Tidak ada yang mudah untuk berjaya.
Tetapi kemahuannya sangat kuat.
CDM Mariam sanggup menempuh susah senangnya.
Perjalanan menuju puncaknya penuh ranjau dan duri.
Laluan yang berliku mengiringi perjuangannya.
Bagaimanapun keyakinan dan kepercayaan kepada dirinya mengatasi segala2nya.
Beliau berjaya mengatasi ujian demi ujian.
Beliau berjaya menempuh kepayahan demi kepayahan.
Beliau berjaya mengharungi cabaran demi cabaran.
Kesabarannya sangat tinggi.
Sikap reda dan sabarnya mengatasi segala.
Hikmah untuknya sangat besar.
Segalanya diterima dengan penuh sabar.
Usaha dan gigih menjadi pegangan dirinya.
CDM Mariam Yaakob.
Dari orang biasa2.
Dari seorang suri rumahtangga.
Hari ini sudah bergelar usahawan hebat.
Menjadi pemimpin kepada kumpulannya.
Menjadi pemimpin Akademi Taipan 181.
Menjadi mentor kepada warga Taipan 181.
Mengendalikan Business Talknya di Alo Star.
Sudah memandu Honda Accord Baru 181.
Sudah merasa pendapatan lima angka sebulan.
Sudah berjaya melancong ke beberapa destinasi.
Tercapai hajatnya ke Korea, Beijing, Paris, Sydney, Tokyo, Switzerland dan Umrah.
Bersama Mr Heera Singh di CDM Convention
Cameron Highlands  pertengahan Mei lalu.
Tidak pernah jemu mencari ilmu.
Tidak pernah jemu berguru.
Tidak pernah merasa dirinya pandai,
Jauh sekali mendabik dada merasa dirinya serba hebat.
Merendah diri tidak sombong adalah akhlaknya.
Sentiasa disenangi sesiapa sahaja.
Senyuman sentiasa menjadi hiasan dirinya.
Pandai memuji dan mengambil hati, itulah kelebihannya.
Pandai bergaul mencari kawan seramai mahunya.
CDM Mariam bersama upline kesayangannya CDM Hasmidar.
Dua wanita gigih dari utara.
Bersama berusaha menjayakan rakan kongsinya.
Sentiasa sepakat untuk kejayaan bersama.
Apabila upline downline seia dan sekata.
Positif dan yakin kepada diri sendiri menjadi tunjang kekuatan kedua2nya.
Ada masalah boleh berbincang dan bekerjasama.
Segalanya menjadi mudah untuk dilaksana.
Dialah isteri. Dialah ibu.
Dialah pemimpin.
Dialah CDM. Dialah mentor. Dialah usahawan.
Tidak pernah ada alasan.
Semuanya dipikul dengan rasa penuh tanggungjawab.
Tiada satu yang terabai.
Meskipun suaminya En Nazli, tidak pernah menampakkan wajah,
tetapi sokongan di belakang CDM Mariam memberi kekuatan untuk  si isteri
terus bertapak mendaki kejayaan demi kejayaan.
Doa restunya mengiringi perjalanan indah di medan juang
sebagai usahawan terbilan di Taipan.
Dulu cakapnya biasa2, ada waktu bagai ada yang tidak kena.
Sehingga ada kala menjadi bahan ketawa.
Tetapi CDM Mariam sentiasa berusaha memperbaiki dirinya.
Yang tak cukup ditambahkan.
Yang terlebih dibuangkan.
Yang kurang enak ditambah rasa sehingga terasa sedapnya.
Sekarang cakapnya sudah berbeza.
Ternyata sudah terserlah hebatnya.
Cakapnya ada aura bergaya.
Walaupun orangnya bersahaja.
Namun CDM Mariam masih tidak berpuas hati.
Agendanya sentiasa mahu memberi yang terbaik.
Itulah sikap orang yang berjaya.
CDM Mariam mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
Sikapnya disenangi semua.
Walaupun baru kenal, tetapi kemesraan dengannya 
terasa seolah2 sudah lama berjumpa.
Itulah sikap sebagai seorang usahawan hebat.
Bagi CDM Mariam, rakan kongsinya adalah segala2nya.
Kejayaan rakan kongsi adalah keutamaannya.
Rakan kongsi adalah nyawa dan nadi hidupnya.
Bersama DSM Nani dan SM Aida ketika sama2 menjayakan
Seminar NurWanita di Alor Star sedikit masa lalu.
CDM Mariam bersama orang kuatnya DDM Latipah.
DDM Kak Pah dulu seorang Bos di MADA.
Sekarang sedang berusaha untuk mendaki pangkat CDM
dengan kerjasama uplinenya CDM Mariam.
DDM Kak Pah bersama2 CDM Mariam sejak dari awal berusaha
membangun dan menggerakkankan Akademi Taipan di Alor Star.
Business Talk di Alor Star sehingga kini masih lagi berjalan.
Jatuh bangun suka duka ditempuh mereka dengan sabar.
Tidak pernah jemu, tidak pernah mengalah, tidak pernah berhenti
berusaha dan mencuba.
Apa lagi untuk berundur ke belakang.

Bersama rakan kongsi yang turut hadir pada
New Dimension Seminar 1 Mei lalu.
Suka duka pahit manis ditelan dengan hati yang lapang.
Kata nesta orang tidak pernah menjadi batu penghalang yang
melemahkan jiwa raganya.
Itulah resam perjuangan.
Di hujungnya pasti kejayaan yang menanti.
Teruslah gigih berusaha, jangan berputus asa, doa pelengkap kemenangan sebagai usahawan terbilang dan kekuatan diri harus menjadi nadi
yang tak mungkin akan padam di jiwa seorang pejuang hebat seperti anda.
TAHNIAH CDM MARIAM YAAKOB.
Boleh hubungi CDM Mariam di talian 017 5841068
Beliau pasti membimbing anda yang mahu berjaya.

Kata Pakar

Tn Hj Hanim...
Berniagalah bersungguh-sungguh.
Jika mahu kaya, berniagalah bersungguh2.
Jika mahu rezeki melimpah ruah, tiada jalan lain kecuali dengan sikap
bersungguh2 dalam berniaga.
Berniaga bukan main2.
Tidak ada kejayaan yang akan dicapai dengan sikap main2.

Tuesday, May 24, 2011

Selagi Ada Rezeki

Salam untuk semua pengunjung2 blog ini.
Aku amat menghargainya.
Antara 50 hingga 100 orang membaca ruangan blog ini setiap hari.
Terima kasih atas sokongan anda semua.
Jika suka bolehlah menjadi follower untuk blog ini.

Bukan mahu mengajar.
Jauh sekali mahu menunjuk hebat.
Aku hanya mahu berkongsi sahaja dengan sesiapa sahaja.
Suka duka jatuh bangun membina perniagaan ini sejak 9 tahun lalu.
Aku tahu bukan semua orang gembira dengan kejayaan kita.
Malahan lebih ramai yang menunggu untuk bertepuk tangan melihat kita tersungkur.Bagaimana pun kekuatan AT 181 telah memberi kekuatan
untuk diri ini terus berjuang.

Aku sedang berusaha menyiapkan buku yang pertama.
Yang mencoret kisah jatuh bangun dalam empayar perniagaan MLM
yang telah aku ceburi hampir 9 tahun..
Bukan untuk mencari wang sekadar mencatatkan pengalaman2 indah untuk
tatapan anak cucu setelah aku tiada nanti.
Ini juga bukan mudah.
Maklum tiada pengalaman.
Sekali lagi sokongan pembaca blog ini menguatkan semangatku.
Aku harap dapat disiapkan sebelum aku pergi.
Bila nak pergi? Apabila telah habis rezeki ku di dunia ini.
Bersedia sahaja menyahut seruan Ilahi.
Berpindah ke tempat kekal abadi.
Muda atau tua, sesaat pun tidak terlewat apabila sampai saatnya.
Semoga aku terus mampu menjadi manusia yang berbakti dan memberi manfaat
kepada orang lain di dunia ini.
Terima kasih semua.
Salam kejayaan.



Boleh Tahan Juga

Dari Hotel Equotorial
Cameron Highland.
Boleh tahan ya, hero2 Akademi Taipan 181

Bergaya

Wah...bukan main bergaya.
CDM Aida, CDM Haryati, CDM Hasmidar dan CDM Hanim.
CDM Convention Cameron Highlands
13 hingga 15 Mei 2011 yang lalu.

Siapa Ni?

Siapa ni?
Hebatnya dia.
Teruja melihat gayanya.
Amboi...hebat wanita ini.
Serba boleh.
Semua tanggungjawab dipikulnya.
Masih bekerja di Cyberjaya.
Jadi CDM lagi.
Sebagai pemimpin untuk networknya.
Semenjak dua menjak ni dah jadi blooger la pulak.
Untuk bantu networknya berkembang.
Mencari bahan nak ditulis, ambil gambar di sana sini untuk dimuatkan dalam blognya.
Dengan bantuan dan sokongan suami tercinta.
Inilah yang kita mahu.
Lebih advance, lebih aktif, lebih pro aktif, berani ke depan,
bijak mengambil peluang, kreatif dan bijaksana.
Jangan peduli orang kata.
Kita yang mahu berjaya, kitalah yang mengejarnya.
Mencari sudut yang menarik.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Betul2 fokus kepada objektif yang dikehendaki.
Tak jadi, cuba lagi.
Tak rugi mencuba.
Betulkan kesilapan dan kelemahan kita.
Yang penting tidak berputus asa.
Menyalahkan orang lain tidak sekali2.
Kita bertanggungjawab penuh kepada setiap prestasi kita.
Kita bertanggungjawab kepada setiap kejayaan atau kegagalan kita.
Tengok...gayanya dah berbeza seminggu dua ini.
Nampak makin cantik, cun dan ada stylenya tersendiri.
Bina imej dan jenamanya sendiri.
Kita kena berubah.
Kita kena upgrade diri sendiri.
Kena sanggup memulakannya dengan diri sendiri.
Tambah gaya, tukar cara, tambah ilmu di dada.
Keluar dari kejumudan yang tidak membantu kemajuan diri sendiri.
Keluar daripada zon selesa kepada zon yang lebih sempurna.
Barulah ada perkembangan yang lebih memberangsang.
Bila nampak dah berubah, baru pengikut nak ikut kita.
CDM Aida dan buah hatinya EG.
Dulu nampak serius tetapi rupanya tidak banyak membantu.
Dia kena tukar, so dia tukarlah.
Kita kan boleh berubah.
Aku pun kena berubah juga.
Jangan rasa diri kita serba sempurna.
Sekarang CDM Aida lebih ceria dan seronok ke hulu ke hilir dalam perniagaan ini.
Dah CDM pun. Dah merasa pendapatan lima angka sebulan.
Sudah memandu Mercedes Benz baru.
Sudah kerap melancong keluar negara.
Selalu shopping di sana sini.
Barangan berjenama pilihan hatinya.
Apa dia peduli? Duit ada, dia punya sukalah.
Dia boss kepada diri sendiri.
Boleh lihat blogspot CDM Aida.
Mengancam u...
Rakan kongsi pasti bangga dengan leader hebat mereka ini.
Tahniah CDM Aidaaaaaaaaaaaaaaa.

Cantik Molek Pada Malam Anugerah Utara

Comel2 semuanya...
Cantik2 belaka yang hadir.
Senyum sokmo.

Selamat Datang Ke AT 181

Selamat Datang ke AT 181.
Suatu akademi yang diasaskan oleh orang2 yang berjaya.
Suatu akdemi yang diasaskan untuk membina orang2 yang mahukan kejayaan.
Suatu akademi untuk memberi bimbingan dan menunjuk cara jalan menuju kejayaan.

Sucsess Class malam tadi di TTC 1 mulanya tak ramai.
Dalam 15 orang sahaja.
Tetapi semakin ramai selepas bermula.
Hampir 30 orang juga yang hadir.

JTX dan Bio Aura.
FIVE STAR PRODUCT.
Ramai kata dah tahu tentang produk. Sebab tu tak ramai yang datang.
Rupanya terlalu hebat.
Ramai yang teruja
.Ramai lagi yang belum tahu betapa hebatnya kedua2 produk tersebut.
Ramai lagi yang belum tahu nak menggunakannya.
Ramai lagi bagaimana nak promote kepada kawan2 lain.
Ramai lagi yang belum tahu cara nak pasang dan nak service customer selepas mereka menggunakan produk Bio Aura.
Ramai yang hanya menggunakannya tanpa mengetahui
 kehebatan air Bio Aura itu sendiri.
Ramai yang ingat ia sama dengan air2 yang lain.
Hakikat sebenarnya, rugi siapa yang tak hadir malam tadi.
Lebih rugi jika tak membawa network sendiri.


JTX cRew AT 181 yang diusahakan oleh
DSM Saiful.
Tahniah
Anda dah guna ke?
Anda dah beli ke?
Anda mempunyai sebuah pasaraya yang mempunyai produk sendiri
yang begitu baik
untuk hayat enjin kereta anda.
JTX begitu berkesan untuk melindungi enjin kereta anda.
JTX begitu hebat untuk menjimatkan minyak kereta anda.
Tetapi masih ramai yang belum guna.
Masih ramai yang belum tahu.
Masih ramai yang ragu2 dan tidak percaya.
DSM Saiful berkongsi kehebatan JTX 1000.
Seorang pensyarah di salah sebuah kolej automatif
swasta di Petaling Jaya.
Seorang yang luas pengalaman dalam bidang automatif.
Perkongsian hebat berdasarkan pengalaman dan ilmu yang dimilikinya.
Tahniah DSM Saiful.
Tahniah DSM Saiful.
Seorang lagi bintang yang telah diketengahkan oleh AT 181.
CDM Khazir...menunjukkan cara demo Bio Aura.
kelebihan Bio aura, pemasangan Bio aura dan service berterusan untuk Bio Aura.
Ramai yang terkejut dan teruja dengan demo Bio Aura malam tadi.
Bio Aura...tak cukup hanya sebut sahaja, tak cukup hanya tunjuk
gambar sahaja, tak cukup dengan cakap hebat sahaja.
Buktikan dengan demo yang hebat kerana sesungguhnya
Bio Aura memang hebat.
Pelanggan akan lebih teruja.
Rakan kongsi akan lebih positif.
Downline akan lebih yakin dan percaya.
Apabila dah tahu produk Bio Aura begitu hebat, bagaikan baru tersedar tentang
alangkah ruginya mereka
yang melelong Bio Aura ini dengan harga RM500 atau RM600 sahaja.
Tahniah untuk CDM Khazir...hasil tunjuk cara sehebat Bio Aura
satu pakej 20 unit Bio Aura untuk bulan ini.
Sedang diuruskan.
Tahniah CDM Khazir.

Insyallah...banyak yang meminta supaya lebih banyak kelas diadakan untuk produk2 LIMA BINTANG Hai O.
Akan diusahakan.
Berjumpa anda semua di Puncak Menara Jaya.