Saturday, May 5, 2012

Selamat Bertunang

Cantiknya bakal pengantin baru.
Manis sekali.
Berseri2 dengan senyuman yg menawan.

Petang tadi kami menghadiri majlis pertunangan
En Rosmawi dan Cikpuan Hazwana di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
En Rosmawi ni kawan Dzul.
Hampir 30 oarang yg hadir bagi pihak lelaki.

Cincin peminangajn disarungkan ke jari manis Hazwana.
Insyaallah, majlis pernikahan akan dilangsungkan
dalam masa setahun lagi.
Senyum meleret Hazwana dgn anak bakal suaminya.
Pakaian pun sedondon.
Macam dah mesra sangat dgn bakal mak barunya.

Sebahagian daripada hadiah iringan
daripada pihak lelaki dan perempuan.
Tahniah untuk keduanya.
Perkara yg baik patut disegerakan.
Jangan tangguh2. Jangan tunggu lama2.
Jika dah dua2 suka dan endapat restu keluarga, segerakanlah.
Semoga berbahagia hingga ke jinjang pelamin.
Selepas akad nikah, berbahagia hingga ke syurga.
Amin.

selepas majlis selesai, jamuan nasi beriani dihidangkan untuk tetamu.
Kami sampai di rumah jam 5.30 ptg.
   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.