Wednesday, May 30, 2012

Semua Ada Dalam Fail

Rencana dalam Majalah Mingguan Wanita
6 tahun lalu.
Ada salinannya di LHDN.


Dah dua hari berturut2 aku ke LHDN Jalan Duta.
menguruskan pasal cukai.
Berjumpa En Mohd Zamri, untuk memohon bayaran berkala
secara ansuran cukai pendapatan aku.
Semalam bayarlah jugak RM15 000.
LHDN minta aku jelaskan RM35 000, huh sayangnya duit simpanan.
Tapi aku bayar dulu sebanyak tu.
Bulan depan bayar lagi RM20 000.
Aku minta lagi ansuran 4 bulan, bermakna RM5000 sebulan.
Baik aku bayar zakat.
Selesai gak urusan wajib aku dengan Allah SWT.

Tak bayar pun tak selesai jugak.
Tak boleh lari, memang kena bayar jugak.
Dalam fail yang ditunjukkan pada aku, memang aku terkejuuuuutttt.

Anda nak tahu???
Semua salinan pendapatan,
urusan jual beli rumah, beli tanah, jual tanah, beli kedai,
semua gambar kereta aku...
Wira, Kelisa, Motor Keris Dzul dulu,
Toyota Camry, E240 BJJ 181, WST 181 ada dalam fail mereka.
gambar2 rumah aku beli, gambar2 aku gi melancong,
segala salinan geran tanah/rumah pun ada.
Sampai gambar keratan rencana yg aku masuk majalah
dan suratkhabar pun ada
dalam failnya.
Mak oooiii mereka ada pengintip rupanya.
Takut aku nak declare masuk paper/majalah lepas ni.
Mereka kejar sampai ke lubang cacing.
Siapakah mereka?
Mereka diupah rupanya untuk menjejaki
orang2 kaya, orang business, orang MLM
supaya tak boleh lari drpd LHDN.


Anda...warga Taipan.
Berniaga besar2, buat income besar2, beli aset banyak2,buat simpanan penuh2.
Tetapi beringatlah...
Simpan segala resit2 perbelanjaan, bayar minyak, makan minum,
bayar seminar,
beli laptop, beli handphone, beli buku dan bahan2 bacaan,
bayar yuran Taipan, belanja rakan niaga, resit bank, resit flight, resit tol,
service kereta, kos repair kereta, tambang teksi, tambang LRT,
makan minum, belanja downline, bayaran menghadiri kursus, bengkel,

bayar dewan, beli hadiah kat rakan kongsi, beli bunga hari anugerah
dan bla bla bla.
Semua perbelanjaan kena ada resit.
Dan simpan.
Sampai bila?
Lima tahun selepas urusan selesai, baru resit2 boleh dihapuskan.


Semua kena buat failing.
Dan isilah borang J dengan LHDN.
Buat taksiran cukai.
Kita tak boleh lari.
Dan jangan lari, nanti lagi parah.


Nasib baik aku buat semuanya.
Apa lagi sejak tubuh company.
Semua diuruskan oleh Mrs Choo, akauntan bertauliah di Klang.
Aku simpan semuanya.
Semua rekod aku simpan.
Setiap tahun aku update, aku audit dan kemaskini.
Semua resit dan perbelanjaan aku failkan dengan kemas.
Jadi bila kena cukai, nak buat rayuan atas taksiran yg tak musabah, aku boleh tunjukkan bukti.
Kredit untuk encik suami aku, dia lebih smart kerjanya bab2 failing ni.
Semua kemas tersusun.
Syukurlah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.