Friday, August 17, 2012

RM30 sekali ke sana.

Ahhh...niat hati tak mau ke bazar Ramadan.
Berjaya, tahun lepas pun aku tak gi sana.
Masak sendiri lagi bagus.
Lebih bersih dan berselera.
Jimat belanja.

Tapi dek kerana permintaan anak bujang yg sedang bercuti, hajat itu aku leburkan.
Rabu lepas Adib sebut nak makan itu ini.
Mana sempat nak masak...bazar Ramadan lah jawabnya.

Martabaklah, air cendol la, akok la, roti john la.
ayam percik la, kerabu la.
Maka tewas lah kali ni.
Tapi kira OK lah juga.
Untuk sebulan, hanya sehari ke bazar Ramadan.
kan dah kata, jika nak jimat duit tak yah gi sana.
Sekali pergi, hah RM30 hangus.
he he he.
Adib punya selera, ibu turutkan juga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.