Monday, August 27, 2012

Ziarah Menziarahi

Tn Hj Abd Rased Omar.
Bapa saudara aku kat taman melawati.
Kami menziarahinya Jumaat lalu.
Satu2nya bapa saudara kat KL.
Adik bongsu aruah ayah.

Tiap2 tahun kami mesti datang.
Beraya sambil bawa anak2 mengenali kaum keluarga.
Datuk saudara dgn mereka.
Irah suka datang sini. Sebab ada banyak kucing.
Yed dan cik su suka kucing.
Irah tumpang sekejap main dgn kucing2 kat rumah pak saudara ni.
Aimi lak suka datang. Katanya ayah Yed sgt peramah.
Cik Su pun peramah orangnya.
Mudah mesra dgn anak2 saudara dan cucu saudara.
Macam2 cerita keluar.
Sambil makan sambil bercerita.
Aisyah suka datang rumah ayah Yed.
Katanya "Ooooo rumah yg bersih tu"
"Jom kita gi beraya".

Pada aku paling penting, anak2 kenal saudara mara mereka.
Menonton dan terperap depan TV, bukan amalan kami setiap kali musim raya.
Malahan kami tak tau apa pun tentang rancangan TV sepanjang musim raya.

Ziarah menziarahi, bersalaman2, bermaaf-maafan, beramah mesra dan kunjung mengunjung
adalah yg paling dituntut sepanjang musim perayaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.