Thursday, May 31, 2012

Pergi Tak Kembali Allahyarham DDM Kunaini Bohri

ALLAHYARHAM DDM KUNAINI BOHRI

1 Jun 2011 setahun yang lalu.
Esok 1 Jun 2012.
Genap setahun kini.
Pergi tak kembali.

Terlalu pantas masa beredar.
Bagaikan semalam, rupanya genap setahun sudah berlalu.
Kenangan menggamit rinduku kepada aruah.
Bagai adik sendiri, meski tiada hubungan darah tetapi silaturrahim
kekeluargaan Taipan
tidak mengenal batas sempadan.
Aku pasti, semua orang merasai perasaan
yang sama dengan rasa hatiku.
Aruah disayangi semua orang yang mengenalinya.

Dia pergi meninggalkan kita semua.
Tiba2 saja, meninggal di dalam tidurnya.
Tak ada sakit, tak ada tanda, tak ada petunjuk.
Menghembuskan nafasnya ketika berada
di rumah keluarga DSM Wada di Kuching.

Tinggal kenangan.
Ketika mengambil anugerah DDM dan tabung kereta di MIECC pada 26 Feb 2011.
Aku bangga dengan usaha, pengorbanan dan komitmennya.
Dia layak mendapatnya.

Allahyarham DDM Kunaini seorang anak yang baik, guru yang baik,
sahabat yang baik, pejuang Taipan yang bukan calang2.
Sanggup bersusah payah demi impian dan cita2nya.
Dia melaksanakan amanahnya dengan sempurna,
Boleh baca entry aku bertarikh 1, 2 dan 3 Jun 2011.


Trip melancong ke Switzerland.
Terlalu cepat Allahyarham pergi.
Ketika usia masih terlalu muda.
Masih bujang.
Ketika sedang berusaha memenuhi impian keluarga
dan impian dirinya sendiri.
Tetapi Allah maha menyayanginya.
Ketika diperlukan, Allah mengambilnya kembali
ke sisiNya Rabbul Jalil.
Meski diratapi,meski ditangisi, dia tetap pergi.

Allahyarham DDM Kunaini.
Pergi tak kembali.
Patah tak berganti.
Kehilangan yg ditangisi.
Pemergian yang diratapi.
Kehilangan besar untuk anak2 didiknya, untuk keluarganya
dan untuk Taipan khususnya
Taipan Kenyalang.

Al Fatihah untuk Allahyarham.
Kita doakan yang terbaik untuk rohnya di sisiNya.
Moga dia tenang di sana.
Doa berpanjangan untuk Allahyarham DDM Kunaini Bohri.
Jika di dunia, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang baik2,
pasti tempat yang baik2 juga akhirnya dia kembali.
AL FATIHAH


Nak Beli Rumah?

Salam sahabat2.
Nak beli rumah?
Nak jual rumah?

Aku ada buat hartanah juga.
Flat, appartment, kondo, teres sederhana, teres mewah,
banglow?
Tanahpun ada.
Kawasan Bangi, Shah Alam, Hartamas, Bukit Kiara,
Pandan Indah, KL, Ampang, Bandar Kinrara,
Klang?
Beli beli beli...buat aset.

Tak rugi beli.
Harga rumah dijangka akan terus naik melambung
bulan Jun ini.

Call aku ya...016 2212181

Ketua Pengarang

Terjumpa majalah sekolah lama.
1985..27 tahunyang lalu.
Aku jadi Ketua Pengarang/redaksi majalah PADUKA.
(Herot pulak gambarnya, tak apa, aku masih tak herot, gambar je yg herot.)

Sek Men Dato' Mahmud Paduka Raja Tanah Merah Kel.
Sama sekolah dengan CDM Kamaruddin dan beberapa CDM lain.

Pengalaman...semuanya indah dan bernilai.
Setiap satunya ada halangan dan ujian.
Tidak sia2, susah senang semuanya penuh makna.
Untuk mendepani hidup penuh gelombang.
Demi mewarnai hitam putih hijau biru kelabu merah kuning oren
kehidupan ini.
Syukur padaMu Ya Allah.
Atas segala anugerah dan pemberianMu.

Wednesday, May 30, 2012

Simpanan


Berapa besar pendapata kita tak penting
tetapi berapa banyak wang yang kita simpan?

Kekayaaan kita bukan kerana kita mempunyai pendapatan yang tinggi
tetapi bersandarkan jumlah yang kita simpan daripada
pendapatan yang kita perolehi.

Berapa banyak yang kita simpan??
Pendapatan tetap daripada pekerjaan kita, guna untuk perbelanjaan seisi rumah.
Pendapatan business Hai O,
simpanan 70%
guna 30%

Jika kita buat sepenuh masa
30% mesti simpan
70% untuk kegunaan seisi rumah.

WWW 1

WOW WOW WOW 1
RM520 000.

Semua Ada Dalam Fail

Rencana dalam Majalah Mingguan Wanita
6 tahun lalu.
Ada salinannya di LHDN.


Dah dua hari berturut2 aku ke LHDN Jalan Duta.
menguruskan pasal cukai.
Berjumpa En Mohd Zamri, untuk memohon bayaran berkala
secara ansuran cukai pendapatan aku.
Semalam bayarlah jugak RM15 000.
LHDN minta aku jelaskan RM35 000, huh sayangnya duit simpanan.
Tapi aku bayar dulu sebanyak tu.
Bulan depan bayar lagi RM20 000.
Aku minta lagi ansuran 4 bulan, bermakna RM5000 sebulan.
Baik aku bayar zakat.
Selesai gak urusan wajib aku dengan Allah SWT.

Tak bayar pun tak selesai jugak.
Tak boleh lari, memang kena bayar jugak.
Dalam fail yang ditunjukkan pada aku, memang aku terkejuuuuutttt.

Anda nak tahu???
Semua salinan pendapatan,
urusan jual beli rumah, beli tanah, jual tanah, beli kedai,
semua gambar kereta aku...
Wira, Kelisa, Motor Keris Dzul dulu,
Toyota Camry, E240 BJJ 181, WST 181 ada dalam fail mereka.
gambar2 rumah aku beli, gambar2 aku gi melancong,
segala salinan geran tanah/rumah pun ada.
Sampai gambar keratan rencana yg aku masuk majalah
dan suratkhabar pun ada
dalam failnya.
Mak oooiii mereka ada pengintip rupanya.
Takut aku nak declare masuk paper/majalah lepas ni.
Mereka kejar sampai ke lubang cacing.
Siapakah mereka?
Mereka diupah rupanya untuk menjejaki
orang2 kaya, orang business, orang MLM
supaya tak boleh lari drpd LHDN.


Anda...warga Taipan.
Berniaga besar2, buat income besar2, beli aset banyak2,buat simpanan penuh2.
Tetapi beringatlah...
Simpan segala resit2 perbelanjaan, bayar minyak, makan minum,
bayar seminar,
beli laptop, beli handphone, beli buku dan bahan2 bacaan,
bayar yuran Taipan, belanja rakan niaga, resit bank, resit flight, resit tol,
service kereta, kos repair kereta, tambang teksi, tambang LRT,
makan minum, belanja downline, bayaran menghadiri kursus, bengkel,

bayar dewan, beli hadiah kat rakan kongsi, beli bunga hari anugerah
dan bla bla bla.
Semua perbelanjaan kena ada resit.
Dan simpan.
Sampai bila?
Lima tahun selepas urusan selesai, baru resit2 boleh dihapuskan.


Semua kena buat failing.
Dan isilah borang J dengan LHDN.
Buat taksiran cukai.
Kita tak boleh lari.
Dan jangan lari, nanti lagi parah.


Nasib baik aku buat semuanya.
Apa lagi sejak tubuh company.
Semua diuruskan oleh Mrs Choo, akauntan bertauliah di Klang.
Aku simpan semuanya.
Semua rekod aku simpan.
Setiap tahun aku update, aku audit dan kemaskini.
Semua resit dan perbelanjaan aku failkan dengan kemas.
Jadi bila kena cukai, nak buat rayuan atas taksiran yg tak musabah, aku boleh tunjukkan bukti.
Kredit untuk encik suami aku, dia lebih smart kerjanya bab2 failing ni.
Semua kemas tersusun.
Syukurlah.


Sifat-sifat Mulia Dalam MLM


Sifat2 milia pemimpin MLM

Jujur
Ikhlas
Telus
Tulus
Ihsan
Prihatin
Peramah
Sabar
Berilmu
Lemah lembut
Bercakap benar
Bijak berkomunikasi
Istiqamah
Tekun
Rajin
Gigih
Kuat
Tahan
Tabah
Komited
Pengorbanan
Berusaha
Bersungguh-sungguh
Amanah
Benar
Positif
Menepati janji
Menepati masa
Sentiasa awal
Sentiasa mendahului
Yakin
Percaya
Boleh dipercayai
Bangga dengan kejayaan orang lain
Bukan gila glamour
Bukan gila pujian
Menghargai
Bersyukur
Baik
Berani
Mengalah
Berjiwa besar
Berhati mulia
Pemurah
Banyak memberi
Menghormati
Mesra
Mudah didekati
Bertanggungjawab
Ringan tulang
Suka senyum
Sensitif
Cermat
Smart
Berimej
Berketerampilan
Sihat
Cergas dan cerdas
Berdikari
Berkongsi
Faham memahami
Banyak mendengar
Bertolak ansur
Berakhlak mulia
Menjaga solat
Suka bersedekah
Memelihara silaturrahim
Tidak berkira
Bercita2 tinggi
Berwawasan
Matang
Bijaksana
Bijaksini
Cerdik
Merendah diri
Menjaga adab
Sopan santun
Kemas
Pembersih
Profesional
Proaktif
Progresif
Boleh ditegur
Boleh dibimbing
Bersedia untuk memperbetulkan diri
Bersedia mengaku kesilapan sendiri
Sentiasa berusaha menjadi lebih baik
Cakap mesti serupa bikin
Buat sama dengan cakap


Mari kita cuba sebaik mungkin
untuk mengamalkan sifat2 mulia ini.
Insyaallah, dalam industri MLM, perkara ini sangat
penting untuk diterapkan dan dididik kepada rakan kongsi
kita untuk business yang lebih besar, mantap dan boleh bertahan lama.





Tuesday, May 29, 2012

Anugerah Naib Canselor Untuk Nor Aimi

Tahniah Aimi.

Syukur padaMu Ya Allah.
Nor Aimi, anak sulung kami akan menerima
Anugerah Naib Canselor UiTM
kerana berjaya menamatkan
Diploma Pengurusan Perniagaan
dengan sangat cemerlang...3.87 point.
Anugerah itu akan disampaikan pada
Majlis Konvokensyen UiTM Melaka pada  September nanti.

Hampir setiap semester, Aimi mendapat Anugerah Dekan kerana
keputusan peperiksaaan semesternya yg cemerlang.
3.92 pt. 3.89 pt, 3.75 pt, 3.88 pt dan seumpamanya.
Keputusan MUET nya juga sangat bagus...5.
syukurlah.
Terima kasih kepada semua guru dan pensyarah yang
mengajar dan membimbing Aimi selama ini.


Aimi juga akan menyambung pengajian ijazahnya
di UiTM Shah Alam pada September nanti. Insyaallah.
Aimi sebenarnya bercita2 untuk ke Japan, minat sangat nak belajar di sana
tetapi kebanyakan kursus yg ditawarkan di Japan adalah teknikal, bukan
pengurusan perniagaan.
Apa lagi yg mampu aku ungkapkan.
Sujud syukur padaNya Ya Allah.

Rezeki Allah itu terlalu luas.
Bukan hanya dalam bentuk wang ringgit semata2.
Bukan hanya aset dan banglow atau tanah kebun sahaja.
Anak yg soleh juga adalah rezeki.
Anak yg berjaya juga adalah rezeki.
Pasangan yg baik juga adalah rezeki.
Keluarga yg bahagia juga adalah rezeki.
Jiran yg berbudi juga adalah rezeki.
Silaturrahim yg terjalin juga adalah rezeki.

Barangkali kerana aku juga ke sana sini membimbing orang lain untuk berjaya
bersama akademi ini, tanpa mengira letih dan penat, tanpa minta dibalas,
tanpa minta bayaran, bercakap ada waktunya sehingga 3 atau 4 jam berterusan,
maka Allah menggantikannya pula dengan kejayaan anak sendiri
dalam pelajaran.

Teringat pesanan aruah ayahanda Hj Mohd Ali Omar...
"Berikan sebanyak mungkin kepada orang lain,
dalam apa saja bentuk yg kita mampu,
Allah pasti menggantikannya dengan balasan yg
jauh lebih baik kepada kita
dengan syarat ikhlaslah melaksanakannya.
Jangan merungut jika kebaikan kita tidak dibalas,
kerana ganjaran Allah
itu lebih berharga drpd segala2nya".



Sebagai anak sulung, tentulah aku meletakkan harapan yang tinggi
untuk Aimi memberikan contoh kepada adik2nya yg lain.
Dan dia melunaskan hajat kami dengan baik.
Adik2nya Adib, Irah dan Aisyah akan tentu merasa terpanggil untuk
mencontohi kakaknya.

Aimi bermula dengan prestasi sederhana semasa di sekolah rendahnya.
Aimi hanya mampu berpuas hati dengan 3A 2B dalam UPSRnya.
Ketika PMR juga sederhana, tetapi masih Ok dengan 5A.
SPM juga agak sederhana dengan pencapaian 6A sahaja.
Aliran sains tetapi subjek english, fizik,bio, kimia dan add mathsnya cemerlang.

Tanpa memaksa, minatnya cenderung ke arah keusahawanan.
Maka tanpa disuruh, dia memilih untuk mengambil Diploma Pengurusan Perniagaan.
Selepas semester kedua, kerana kecemerlangannya,
Aimi mendapat tawaran untuk terus melangkah ke pengajian ijazah.
Aku tentu suka, tetapi Aimi berkeras untuk
mengambil kedua2nya iaitu Diploma dan Ijazah.
Diteruskan pengajian diplomanya seperti biasa.


Makan gaji tiada dalam kamus hidupnya selepas tamat pengajian nanti.
Inilah yg kami tanamkan kepada anak2 sejak mereka kecil.

Hampir setiap kali cuti semester, Aimi belajar berniaga.
Bermula dengan bekerja di Restoran Nasi Ulam,
walau dibayar upah yg rendah tetapi
Aimi melakukannya dengan tekun dan sabar.
Malu tiada dalam pemikirannya
ketika bekerja dan berniaga.
Walaupun sekadar mengangkat pinggan, mengambil pesanan,
membuat air, menjaga kaunter dan membersihkan meja sekalipun.

Kemudian cuti semester berikutnya
Aimi mencari pengalaman berniaga dan bekerja
di kedai Serbaguna 7 Eleven.

Aimi juga pernah belajar menguruskan farmasi Guardian
di Giant Bandar Kinrara.
Bermula sebagai part time, sehingga dilantik senagai staff tetap
walaupun hanya tiga bulan.
Dia tahu selok belok perniagaan itu.
Stok, staf, gaji, packaging, harga, susunan, promosi, iklan,
mengekalkan pelanggan dan sebagainya.
Memeranjatkan aku, bila diberitahu
bahawa jualan harian Guardian mencecah sehingga RM80 ribu sehari
pada cuti hujung minggu.
Nampak macam tak ada orang.
Lagi Aimi semangat nak berbusiness.

Pengurusan wangnya cekap,dia sangat cermat dalam menguruskannya.
Demi untuk menyimpan, Aimi sanggup berlapar.
Projek pertamanya selepas tamat pengajian nanti ialah
menguruskan stesyen minyaknya sendiri.
Wow..impian setinggi gunung.
Modal...FAMA dicampur dengan simpanannya sendiri.
he he he.

Aku dan suami?
Akan memberikan sepenuh sokongan.
Memang aku tak mahu anak2 makan gaji.
Mereka mesti berniaga.
Nak berjaya mesti berniaga.
Belajar tinggi2, belajar pandai2, habis diploma, sambung ijazah,
walau master atau PhD sekalipun...anak2ku mesti berniaga.
Mewarisi kerja mulia Nabi Muhammad SAW.
Amin.


Monday, May 28, 2012

Bukankah Kita Patut Bersyukur?

Salam bahagia.

Antara kebahagiaan manusia yg hakiki adalah sentiasa mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan atas segala yang diterimanya setiap hari.

Mari kita lihat beberapa persoalan ini yang akan membantu kita
melihat ke dalam diri, seberapa banyakkah
kita bersyukur kepada Allah SWT.

>> Adakah kita selalu bersyukur kerana masih diberi kesempatan
bangun pada waktu pagi sedangkan ada orang lain
yang tidak dapat menikmatinya lagi.

>> Bukankah kita patut bersyukur kerana sehingga ke hari ini
kita masih mampu bekerja dan mendapat gaji
yang tetap walaupun gaji kita kecil dan tidak mencukupi?

>> Harta yang paling besar dalam kehidupan kita
adalah kesihatan.
Pernahkah kita bersyukur dengan nikmat ini?

>> Bukankah kita patut bersyukur kerana hingga ke hari ini
masih ada orang menyapa kita dan sudi menjadi
teman kita?


>> Bukankah kita patut bersyukur kerana masih ada
orang yang tidak menyukai kita yang membuatkan
kita terus belajar dan berusaha memperbaiki diri
bagi mengasihi orang lain pula?

>> Bukankah kita juga patut bersyukur kerana
orang yang menyebarkan fitnah dan gossip itu menandakan
masih ada orang yang mengambil tahu
urusan peribadi kita?

Dipetik daripada buku
Hidup Ini Pilihan
oleh Parlindungan Marpaung.
Terbitan PTS


Saturday, May 26, 2012

Allahyarham Hj Mohd Ali Omar

ALLAHYARHAM HJ MOHD ALI B. OMAR


1995 hingga 2012
Ayahanda telah kembali ke rahmatullah
pada jam 4.30 pagi, 26 Mei 1995, pada hari Jumaat
ketika berusia 63 tahun.
Di sisi bonda Hjh Nik Kalthum.


Kini sudah 17 tahun ayahanda pergi.
Tetapi semangat dan jiwanya
kekal mengalir dalam diri
anak-anaknya seramai 11 orang,
44 orang cucu-cucunya
dan seorang cicitnya.
Cinta dan kasih sayangnya bersemadi di jiwa zuriatnya.


Al Fatihah untuk roh ayahanda.
Ulangtahun pemergian ayahanda sentiasa menjadi ruang dan detik muhasabah untuk kesatuan dan keutuhan kami adik beradik
dan zuriatnya yang soleh....
'Waladun soleh yad'uu lahu'.
Moga roh ayahanda di sisi Rabbul Jalil.
Amin.

Friday, May 25, 2012

Sekolah Mula Bercuti

Hari ni hari terakhir sesi persekolah.
Esok dah mula cuti.
Aisyah happy macam biasa.
Dia dah plan macam2 nak penuhi cuti sekolah.

Sabtu Ahad ni dia ikut MMP bersama Dr Tengku Asmawi.
Emmm...boleh tahan bayarannya RM300.
Tapi sangat bagus, ketiga2 anakku, Aimi, Adib dan Irah telah ku hantar
program yg sama.

Irah pula mulai esok, akan mengikuti camping KRS di
Hulu Langat Selangor.
Isnin baru habis.

Kemudian minggu depan dari Isnin sampai Jumaat,
aku hantar Aisyah dan Irah ke AMPAC Programme di Bangi.
Belajar bercakap di khalayak, berdebat, berpidato serta berucap
dan komunikasi skils.
Dgn Tuan Badrul Sani...mentor Rancangan Adik2ku di Astro.
Itu semua banyak guna duit.
jika tak buat business, anak2ku tak merasa menyertai pelbagai program
macam ni.
Minggu kedua, baru kami plan nak balik kampung.
lama sangat tak balik, bukan tak rindu
tetapi hampir setiap bulan ma dan mak Dzul datang ke KL.

Apapun tetap merindui kampung halaman sendiri.
Dari Kelantan, kami merancang untuk ke Kulim.
Menziarahi Nurul, anak saudara yg dah yatim
kerana kematian ayahnya (adik lelaki Dzul).
Dah lama tak jumpa Nurul dan ibunya.


Pesanan Mentor Kita

Pesanan Mentor kita CDM Kartini malam tadi...
Saya sangat percaya.
Keyakinan saya naik 300% selepas malam ini
bahawa kita mampu pergi lebih hebat selepas ini.
Buat sungguh2, usaha dengan gigih, gempur habis2an.
Trip London Paris kita bawa group seramai mungkin.
Inilah masa yg tepat untuk kita bergabung menggerakkan rakan kongsi
kita untuk melonjakkan business kita.
Saya baru kembali selepas lama berehat.
Ayuh bersama saya, bersama Taipan kita gempur habis2an untuk
menjayakan rakan kongsi kita.

Saya sentiasa memerhatikan perkembangan Taipan
walaupun saya di rumah ketika dalam pantang.
Terima kasih dan tahniah kepada semua CDM
yg terus bekerja kuat untuk menggerakkan akademi ini.
Tahniah juga kepada anda semua kerana terus percaya
kepada akademi ini untuk merealisasikan impian anda.

Jom..sama2 kita sertai program2 AT.
Program terbaru iaitu team building, saya harap anda semua akan turut serta
demi kejayaan kita bersama.



Teman Baru

Inilah teman baru ku.
Syukur, dah ula baca malam tadi.
Biografi Agung
RASULULLAH SAW.
Terbitan Mustread.
Harga hanya RM65.
Semoga dapat meningkatkan iman dan ketaqwaanku kepada Allah SWT.
Amin

Kuasa Percaya Oleh CDM Wan Iskandar

Bertuah aku dapat hadir malam tadi untuk slot bersama
CDM Wan Iskandar
dalam mentorship Programme di USJ 9.
Memukau dan terpukau.
Tak rugi bagi yg hadir.
Beruntung bagi yg datang.

Sekali dengar, aku terus jatuh cinta.
Memang hebat. Terpendam selama ini di AT181.
Tahniah CDM Wan Iskandar.
Tajuk yg dikongsikan malam tadi oleh
CDM Wan Iskandar.
Believe
Percaya
Wa caya sama lu...
Saya percaya kepada diri saya sendiri.
Saya percaya kepada kebolehan dan potensi diri saya.
Jika kita tidak percaya....apa yang akan berlaku?
Kita akan keliru atau kompius.
Kita juga akan blurr blurr
Kita menjadi takut.
Hilangnkeyakinan diri.
Akhirnya, bila kita buat sesuatu...
Buat sekerat jalan.
Hilang di persimpangan.
Mati tidak berkubur.

Jika kita sangat percaya kepada diri kita...
Orang biasa boleh menjadi hebat
Orang biasa boleh menjadi pemimpin hebat.
Segala impian boleh menjadi kenyataan

Banyak contoh2 orang biasa2 menjadi luar biasa kerana kuasa percaya mereka.
Contohnya Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari
Tony Fernandez.
Lim Goh Tong
Jika kita percaya kepada AT181.
kita akan bersungguh2 buat dan berusaha.
kita akan berusaha meyakinkan prospek kita.
Kita akan bersungguh2 menelefon rakan kongsi kita
dan meyakinkan mereka tentang At181.
Percaya kepada Hai O.
Walaupun ramai yg negatif kepada Hai O, tetapi kita tetap yakin
kerana kita tetap percaya.
Ramai yg benci, menyampah dgn Hai O, tetapi ramai orng masuk Hai O setiap hari.
Walaupun ramai kata Hai O tak boleh buat, tetapi Hai O tetap mendapat jualan berbelas juta setiap bulan.
Inilah kuasa percaya.

Maka kita terus berusaha untuk terus berada di sini.
Tahniah kepada semua yg masih berada di sini.

Sama juga dgn Tony Fernandez, alaupun ramai yg memburukkan Air Asia,
tetapi ia tetap pilihan rakyat.
Sejumlah satu juta tempat penumpang habis dijual dlm tempoh dua hari sahaja.
Air Asia tetap yg terbaik.
Berduyun2 orang naik Air Asia.

Percaya kepada produk.
Kita menjual impian kepada pelanggan kita.
Impian apa?
Impian untuk cantik.
Impian untuk sihat.
impian untuk langsing.
Impian untuk berjaya.
Impian untuk memiliki kehidupan sempurna.
Semuanya kerana kuasa percaya kepada produk.
Kesimpulannya...Percaya kepada diri sendiri.
Percaya kepada AT181.
Percaya kepada Hai O.
NO CBEG.
Percaya kepada mentor2 di dalam AT181.
Percaya kepada upline kita.
Walau siapa pun mereka, mereka adalah pilot kepada laluan kejayaan kita.
AT181 adalah kapalterbangnya yg akan membawa kita terbang setinggi2nya.

Kuasa percaya.
Semuanya bermula dr dalam diri.
Kita mulakan, orang lain akan ikut kita.

Tahniah CDM Wan Iskandar.
Terima kasih.
Fuh..baru je rasa, dah habis satu jam.
Hebat.
Tak cukup.

CDM Wan Iskandar akan membantu AT181
di dalam program Team Building pada 16 hingga 17 Jun nanti.
Akan disusuli dgn FFE.
Segalanya untuk anda.
Tahniah dan terima kasih kepada Semua
Cikgu dan Mentor AT181 yg terus percaya kepada AT181.
Tahniah kepada semua warganya.
Jom terbang setinggi2nya.


Macam-macam

Tahniah untuk diri ku sendiri.
Masih ada di sini bersama AT181
Dah 10 tahun dalam industri ini.
Macam2 rasa.
Macam2 jumpa.
Macam2 ragam.
Macam2 dapat.
Macam2 kena.
Macam2 pergi.
Macam2 sampai.
Macam2 orang.
Macam3 naik.
Macam2 turun.
Macam2 tempat.
Macam2 destinasi.
Macam2 negeri.
Tapi kekal di sini.
Alhamdulillah.

Thursday, May 24, 2012

Minat Shopping?

Minat shopping?
Nak shopping mana?
Jusco?
Sogo?
Lot 10?
KLCC?
Subang Parade?

Atau Guangzhao?
Vietnam?
Holland?
London?
Paris?


Nak tahu caranya?
Call me 016 2212181

DDM Lan dan DSM Suriati

Tahniah
DDM MOHD NORAZLAN DAN DSM SURIATI


Semakin menyerlah hebatnya.
Semakin mempesona auranya.
Semakin menonjol potensinya.
Semakin ke depan bakatnya.
Semakin hangat namanya.
Semakin kuat kerjanya.
Semakin tinggi  pencapaiannya.
Semakin hebat kepimpinannya.
Semakin besar networknya.
Semakin besar incomenya.
Semakin berubah hidupnya.
Tahniah DDM Mohd NorAzlan
Ketika menerima Anugerah Double Diomond Manager
pada 21 April 2012 yg baru lalu.
Mendaki tangga kejayaan satu tingkat ke satu tingkat.
Bermula SM ke SSM, terus naik ke DSM kemudian DDM.
Kini sedang bekerja keras untuk naik sebagai Crown Diamond Manager pula.
Di belakang kejayaan suami pasti ada isterinya sebagai tulang belakang.
Tahniah untuk DSM Suriati, pasangan DDM Lan.
Ketika menerima anugerah Diamond Sales Manager yg terbaru April lalu.
Buat bersama suami isteri tentulah berbeza berbanding buat sorang2.
Menolak benda berat berdua tentulah berbeza hasilnya dgn menolak sorang2.
Berusaha bersama2 pasti berbeza dgn berusaha keseorangan.

DDM Lan sentiasa berganding bahu bersama isterinya DSM Su.
Inilah yg membantu mempercepatkan perkembangan group.
Ke hulu ke hilir mesti bersama2.
Buat meeting group setiap Ahad.
Membiakkan leader dan dublikasi dlm networknya.

Membina dari kosong.
Bermula dari tak tahu apa2.
Bermula dari zero.
Kini menjadi hero di utara.
Terus melangkah dgn yakin.
Telah meletakkan jawatannya sebagai seoarang pemandu di Jabatan Mufti
Pulau Pinang.
Demi menjayakan rakan kongsinya yg lain.
Tahniah sekali lagi DDM Lan.
Sangat percaya bahawa dirinya mampu pergi lebih jauh untuk berjaya
bersama Akademi Taipan.
DDM Lan...kerjanya sebelum ini sebagai seorang pemandu JKR.
Tapi tak dipedulikannya sipa dia sebelum ini.
Yang difikirkannya ialah ke mana dan siapa dia selepas ini.
Apakah perubahan hidupnya 5 atau 10 tahun lagi.

Tanpa mempedulikan kata nesta orang, DDM Lan terus mengorak langkah.
Mengatur strategi demi strategi.
Menyusun gerak kerja demi merealisasikan cita2nya.
Bersama DSM Su, Lan terus berusaha dgn gigih.
Siang malam berusaha, walaupun secara part time sahaja.
Membina dgn jujur.
Berusaha dgn sabar.
Belajar dgn tekun.
Duduk berguru dgn uplinenya CDM Rizal dan CDM Hasmidar.


Sudah lima destinasi melancong yang dia layak.
Hong Kong, Vietnam, Perth, Holland,
Cuma kekangan kerja menyebabkannya tak dapat pergi.
Kali ini DDM Lan tak mau lepas lagi.
Yaa...Guangzhao sudah pasti.
Pasport dan persiapan lain sudah diatur untuk terbang ke Guangzhao.
Bukan berseorangan tetapi bersama2 lima orang rakan kongsinya.
Sebagai seorang 'NOBODY' sebelum ini, apakah impain Lan di dalam hidup.
Hampir tiada langsung.
Hidup rutinnya disusun bos dan jadual kerja semata2.

Tetapi kemahuannya kuat utk berjaya.
melihat kejayaan org lain di dalam AT 181, terdetik hatinya...

"Suatu hari aku juga pasti berjaya.
"Jika orang lain boleh, aku juga pasti boleh".
Dilaungkan sekuatnya hasrat hati..biar pecah dunia ini mendengarnya.


Dari kaca menjadi permata.
Tak tahu bercakap, tak ada kawan, sekolah tak tinggi,
tak pandai, tak ada ilmu, malas, tak percaya, tak yakin dan bla bla bla
dibuang jauh2 dari kamus hidupnya.
Yg ada hanyalah kemahuan untuk berubah dan berjaya.



Bermula dr sorang2.
Bermula dr zero.
Bermula dari kosong.
Lihatlah hasil kerja DDM Lan dan isterinya.

Matlamat seterusnya ialah menjayakan rakan kongsinya.
Menaikkan seberapa ramai rakan kongsinya.
Menjadikan semua rakan kongsinya ke CDM, DDM, DSM.
Akan dijayakan semuanya untuk mendapatakan pendapatan yg bagus,
car fund, melancong dan semuanya.

Apa ditunggu lagi?
Kapal terbang sudah siap sedia untuk membawa kita terbang setinggi2nya.
Naik saja.
Melangkah saja.
Brtindaklah.
Bersama CDM Hasmidar mentor yg banyak mendidik dan membimbingnya.
Tidak dilupa upline CDM directnya CDM Rizal.
Sentiasa bekerja rapat untuk menjayakan rakan niaga yg lain.

Wah...dua hero pujaan di utara.
CDM Fitri dan DDM Lan.
Seia sekata, satu wawasan satu impian untuk menjayakan rakan kongsi bersama2.
Walaupun Lan masih DDM, dan belum CDM, tiada
masalaha baginya untuk turut serta menjadikan sebagai sebahagian
tenaga penggerak Taipan utara.
Tidak lupa CDM Ayu dan CDM Rizal juga.
Tak kurang auranya DSM Suriati.
Walau lembut tetapi bukan calang2.
Meski kecil molek, tetapi bagai kecil2 cili api.
Dalam lembut ada tegasnya.
Dalam syahdu, ada merdunya.
Walau kecil, ada sengatya.
Walau belum sesiapa, jangan di sangkal auranya.
Bahu membahu bersama suami tercinta utk membina
gelombang networknya di Safira.
Tengoklah..DDM Lan dan DSM Suriati terus fokus kepada lubuknya di utara sahaja.
Penang, Kedah dan Perlis sudah cukup untuk membuatkan
mereka tak menang tangan.
Utara saja sudah membuatkan Lan kelelahan.
Tetapi kepuasan tidak terhingga.
Utara adalah lubuk manusia yg mahu berjaya.
Di sanalah lubuk terbaik.
Belum habis orang di utara.
Gempur habis2an.
Bekerjalah bersama network di sana.
Wujudkan kesepaduan dlm team.
Satu suara satu cita2.

Ayuh semua warga Taipan utara.
Gegak gempita kita laungkan
GO GO GO CDM.
GO GO GO LOPA.

Jika  Lan yg biasa2 dan tak punya apa2 boleh berjaya, anda juga pasti boleh.
Ketepikan rasa sangsi, rasa prejudis kepada kebolehan sendiri.
Yakinlah bahawa anda juga boleh menjadi hebat seperti Lan.

Jangan kalah dengan cabaran.
Jangan undur dgn ujian.
Jangan tewas dgn tentangan.
Jangan tersungkur dgn kata nesta orang.

Laungkan sekuatnya...

AKU BOLEH!
AKU HEBAT!
AKU PASTI BERJAYA!



Tuesday, May 22, 2012

Mahu Jadi Orang Kaya

Zan..datang ke rumah aku dua hari lepas.
Berniaga macam2.
Hartanah buat, kontraktor buat, brooch buat, PB pun buat.
Asal jadi wang.

Dah tubuh syarikatpun.
Buat projek sana sini.
Sering ke Jakarta Bandung untuk projeknya.
Tapi bukan senang untuk senang.
Setiap satupun ada cabaran.

Tapi katanya dah nampak jalan.
laluan berliku telah diharunginya.
Dah tahu rentak dan selok beloknya.
Dah nampak juga hasilnya.
Rumah hampir RM1 juta yg dibelinya, itulah hasilnya.
Mahu jadi orang kaya.

Tahniah Zan.
Aku bangga dgn Zan. Kental semangat dan jiwanya.
Untuk berubah demi keluarganya.
Jika bukan diri sendiri yg berusaha, siapa lagi?
Jika kita yg tidak mengubahnya, siapa lagi?


Menziarah DDM Norbaya

CDM Hasmidar sedang mencuba tudung baru.

Salam sejahtera.
Semalam aku ke Shah Alam. Sampai jam 12 tengah hari berada di sana.
Tunggu prospek tapi tak jadi, dia sakit mata rupanya.

Lepas tu tengah hari aku berdemo di Putrajaya.
Precint 16.
Bukan orang baru tapi service down line lama.
Eddy teruja dgn G15 dan LOPA. Apa bendanya semua dok sibuk dgn
G15 dan LOPA dlm FB.
Sampai jam 3 petang dok sembang dgn Eddy dan isterinya.
Wah berbunga dadanya, tersembur impiannya, berubah warna wajahnya.
Tiba2 muncul hasrat untuk terus berjaya.
Tak ambik gambar la pulak, lupa sebab dok syok bercerita tentang
G15 dan LOPA.

Lepas tu ada satu lagi appointment di Senawang dgn Alina KPJ.
Aku dah on the way ke Senawang,  Alina sms aku kata tak jadi.
Dia cuti hari ni, sbb bawa anak cek doktor gigi.
Alahai...tak pa tak pa.
Dah masak dgn asam garam appointment tak jadi last minute.
Itu tanda berniaga besar.

Itu yg aku call CDM Hasmidar, ajak dia gi ziarah DDM Norbaya.
Sebelum tu pusing2 kat Butik tudung dan muslimah sekitar
seksyen 7 Shah Alam.
Macam2 pilihan ada.

Ini butik Alyya Myra.
Banyaknya tudung. Semua cantik2.
Harga berpatutan.
Berapa modalnya ya?
Nampak macam tak ada orang?
Laku ke?
Boleh bertahan ke?
Banyak kosnya?
Sewa kedainya? Pekerjanya? Kainnya? Modalnya?
Ahh dok sibuk fikir business orang buat apa?
Baik fikir pasal business sendiri...he he he
Kami masuk 5 buah butik muslimah.
Masuk Butik Hajra, kemudian ke Butik Ily Moda, Butik Alyya Myra,
Butik fareeda dan Butik Pearl Hayya.
Emmm...semua berkenan.
Ambil, cuba, pakai, letak kat badan kat muka, sesuai ke tidak, manis ke masam,
cun ke tak cun.
'Bayar je jika suka' kata hati.
'beli beli' kata nafsu.
'Alahai bukan luak pun duit"..kata syaitan yg suka org yg membazir.

Jam 5 petang baru sampai ke rumah DDM Norbaya.
Dia tak berapa sihat.
Lututnya tiba2 meletopppsss...pada hari bermaknanya
4 Mei baru lalu...birthday Baya pada hari tu.
Semasa kat surau hentian R&R Tapah dari Alor Star.
Kata doktor pakar, ligamen lututnya terkoyak yg menyebabkan letupan
yg kuat.
Banyak dialami oleh ahli sukan aktif.

Nampak sihat, dah boleh berjalan tapi tak berapa kuat.
Tak boleh lasak, solat pun sambil duduk je.
Insyaallah akan melakukan pembedahan lutut pada hujung bulan mei ni.
Kita doakan semoga Baya cepat baik.

Tapi masih sempat bertanya tentang LOPA dan G15.
Semangat tak merudum walaupun tak sihat.
Kemahuan nak jadi CDM masih membara.
Impian nak ke London/Umrah masih menebal.
Insyaallah semoga Baya dapat kembali berjuang bersama kita di
AT181.
Semua warga At mendokan yg terbaik utk DDM Norbaya.

Sibuknya Di Stokis

Suasana di stokis Ahad lalu selepas BOP.
Ambik barang.
Beli barang.
Hantar borang ahli.
Punch sales.
Maintain.
Service produk.
Hantar borang ke Guangzhao pun ada.
Sibuknya...terpaksa tunggu giliran.
Macam kat bank, kena ambik nombor ke?


Taipan 181.
Hai O Marketing Sdn Bhd
Dah 20 tahun bergelumang di dunia MLM.
Dah mantap. mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.
Dah terlalu arif dalam dunia perniagaan.
Syarikat yg sangat kukuh.
tersenarai di Bursa Saham Malaysia...papan utama.
Kukuhlah tu.
Tak banyak syarikat MLM sekukuh dan seteguh Hai O.

Yg lain banyak macam biskut oreo.
Sekejap ada sekejap tak ada.
Bonus pun sekejap bayar sekejap tak bayar.

Ada juga company yg macam siput babi.
Keliru sama ada dia tu siput atau babi....he he he.
Harap kita tak gitu.

DSM Wawa bersama rakan kongsinya.
Ambil barang kat stokis.
Wah...nampaknya dah semakin kerap turun KL.
Bina rakan kongsi baru, lebarkan sayap.
Lebarkan jaringan untuk projek LOPA dan G15.
Kapten War CDM Jai dan CDM Yati...
Pasangan idola baru di sini.
Selain pasangan CDM yg sedia ada.
merah membara semangat waja.
Sedang mengisi borang ke Guangzhao.
Tahniah pasangan CDM hebat.
Meriah AT jika mereka berdua ada.
Tahniah kerana terus setia kepada AT181.
Tak pandang belakang lagi. Ke depan sahaja.
Amira Onn pun ada. hari ni membawa rakan kongsi baru.
Close PB dan pakej PB.
Tahniah SM Amira, jangan jemu berusaha.
Pasti akan berjaya.
Sikit2pun tak apa, part time pun ok.
Dapat lebihan side income tiga empat ribu sebulan...sapa nak bagi?
metiahlah hidup...boleh buat saving, boleh bagi lebih pada
mak ayah, boleh membeli barang impian,
boleh beli aset.
CDM Haryati, CDM Kuyah dan CDM Shila sedang menunggu turn untuk
berurusan dgn Angie.

TQ Angie dan Kenny.
Tip top stokis untuk AT181.