Thursday, October 21, 2010

IPHONE 4

            Cakap Senang, nak buat bukan senang. Nak senang bukan senang tetapi jika tak mahu susah kenalah bersusah2 dahulu. Tak ada senang datang dengan senang. Ingat! senang akan datang jika sanggup bersusah2 dahulu. Tetapi susahnya sekejap je, yang senangnya selama2nya.

        Selasa lalu 19 Oktober, sehabis business talk di TTC 1, sekumpulan yang terdiri daripada CDM Wan Iskandar, CDM Roshila, DDM Zack, DSM Rahim dan beberapa yang lain sedang berbincang tentang Iphone 4. Harganya, bentuknya, modelnya, kecanggihannya, kemudahan menggunakannya. Senang cakap, kesenangannya untuk kesenangan hidup setelah memilikinya. tetapi harganya bukan semua orang mampu memilikinya. Lebih tinggi daripada gaji! Jika tak bersama AT 181 dengan gaji dua tiga ribu, tak merasalah jawabnya.

          Tetapi tengoklah pejuang2 hebat AT 181. Cari wang, tambah wang untuk tambah senang. Tentu tak salahkan. Inilah ganjaran untuk diri sendiri setelah mereka sanggup bersusah payah membina perniagaan ini. Yang bagusnya, bagaimana DDM Zakaria boleh buat 'closing cash' dengan menggunakan kehebatan teknologi canggih Iphone 4. Hebatnya Zack!.



           Tinggalkan waktu rehat, balik kerja belum balik rumah terus datang kelas, keluar berkongsi peluang, membantu downline dan rakan kongsi, ke hulu ke hilir mengembangkan network, orang lain dah tidur mereka masih kat highway dan macam2 pengalaman lagi. Semuanya dilakukan untuk mencari wang supaya hidup lebih selesa dan sempurna.
            
DDM Zack menggunakan kecanggihan Iphone 4 untuk closing
cash hari itu. Bukan main seronok lagi dia. Macam mana? Tanyalah DDM Zack
Waa...dah senang sejak bersama AT 181.
Semuanya Iphone dan Iphone 4
Menggunakan kehebatan kecanggihan teknologi komunikasi
untuk mengembangkan network dan bekerja dengan lebih smart
bersama AT 181.
Kecanggihan teknologi komunikasi hanya akan dinikmati
oleh golongan yang bijak mengambil peluang.
Jika tidak, kita tetap akan ketinggalan.
          Bagi anda yang telah bersama AT 181, gunalah peluang ini untuk memenuhi impian hidup anda. AT 181 memberi peluang yang seluas2nya untuk anda mencungkil potensi diri, menjana perubahan minda untuk menjana perubahan hidup yang lebih bermakna.

         Hubungan silaturrahim yang padu tanpa mengira latar belakang anda memberikan semangat kekeluargaan untuk bekerja sebagai suatu pasukan. Ini juga memberikan suatu fenomena yang sangat baik yang tidak mungkin anda temui di tempat lain. Bersama dan Bersatu kekal menjadi slogan yang tetap dijunjung oleh Akademi Taipan 181.
          

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.