Tuesday, November 1, 2011

Agreement

Shafiq, Salehhuddin and Kamal, Peguambela dan Peguamcara
yg terletak di bangunan KLCC.
kami sampai di pejabat ini jam 2 petang tadi bersama ejen
hartanah yg kami lantik
Cik Lisa.
En Kamal...lawyer yg kami lantik untuk agreement ini.

Alhamdulillah.
Rezeki datang berganda.
Hari ni siap satu lagi new agreement antara penyewa hartanah kami di
Bandar Kinrara. Rumah corner lot itu akan dijadikan tadika oleh pengusaha
tadika berbangsa Cina Mr Goh.
Bayaran sewanya RM3700 sebulan, kami bayar kat bank hanya RM3200
sahaja. Ada balance RM500 sebulan sebagai pendapatan pasif.

Sementara rumah lot tepi kami di Selayang Baru yg nak disewa,
telah ditukar kepada jual beli.
Loan dah pun lulus.

Sementara Khamis ni pula kami berjumpa dgn lawyer Pn Sumathi di
Rawang Selangor
untuk urusan jual beli rumah di Perumahan Emerald di Rawang Selangor.
Rumah tu tak untung banyak.
Mungkin kerana faktor lokasi.
Tetapi masih dapat puluhan ribu.


Banyak lagi projek hartanah yg sedang kami uruskan.
Insyaallah.
Rezeki jangan dilepaskan.
Inilah jaminan masa depan.
Selain daripada pendapatan utama dari Hai O.
Syukurlah.

Anda nak belajar bagaimana nak buat duit dgn hartanah?
Fokus dulu kepada Hai O dan kemudian belilah aset banyak2
seperti yg kami buat.
Tanah, kebun, rumah teres dan kondominium serta apartment.
Harganya meningkat dengan cepat.
Beli dan kemudian jual dan kemudian beli lagi untuk dijual.
tetapi buat apa pun nak kena sabar.
Bukannya buat hari ini, esok terus kaya.
Sama juga dgn business Hai O.

Target aku seterusnya ialah untuk memiliki empat buah kondo
pada satu level yg sama
untuk empat org anak2 kami.
Insyaallah jika ada rezeki.
Impian mesti besar, kerja mesti kuat selagi ada kudrat jangan berehat.
Dah tua nanti, berehatlah dengan hasil yg dikerjakan ketika muda.







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.