Thursday, November 24, 2011

Sewangi Cinta DSM Azza dan Sue

Swangi Cinta DSM Azza dan Sue.
Selamat Pengantin Baru.
Bagai pinang dibelah dua.
Bagai cincin dgn permata.
Bagai bunga dgn kumbangnya.

Masih belum terlewat untuk memuatkan entri dlm blog ini.
Cantik berseri2 bagai bulan purnama.
Bertemakan warna purple, cantik bersanding di atas pelamin.
Aku dan suami serta beberapa pasangan CDM turut hadir majlis perkahwinan ini.
Turut serta CDM Jai dan CDM Haryati.
CDM Roshila dan CDM Zefry.
CDM Aida dan EG.
CDM Hasmidar.
DDM Rozita dan suami.

Tahniah...hidup baru bermula.
Selamat melayari alam bahagia.
Semoga rezeki terus berlipat ganda dan mencurah2 turunnya selepas hidup bersama.
Matlamat lebih jelas, tentunya untuk mendapatkan keluarga yg bahagia dan sempurna.
jika dahulu keseorangan, kini telah berdua.
tanggungjawab juga telah bertambah, rezeki tentunya mencurah
jika kita sanggup berusaha.
hidup lebih tenang dan bahagia setelah berumahtangga.
Tak ada masalah lagi.

Azza dan sue sama2 menjadi warga Taipan,
lebih mudah untuk bergerak ke mana2.
Kedua2nya mempunyai matlamat yg sama untuk berjaya dan mengubah hidup.
Nah hadiah untuk anda berdua...
percutian bulan madu ke Vietnam menanti anda jika sanggup berusaha.
terlalu mudah untuk mendapat dua tiket percuma ke sana.
Buat saja.
Suasana meniaga sedang hangat sekarang, apa ditunggu lagi?
GO GO GO Vietnam.

Kita pulak yg beriya2 memotong kek perkahwinan.
TQ Azza atas jemputan.
Tahniah atas perkahwinan ini.
Selamat Pengantin Baru.
Selamat berbahagia.
Selamat berusaha selepas berumahtangga.

Layarilah hidup berumahtangga dgn penuh keharmonian dan kasih sayang.
Hiduplah dengan penuh cinta dan layatilah is dgn rindu merindui sepanjang masa.
Matanglah dalam bertindak, carilah ilmu untuk menjadi pasangan terbaik untuk suami/isteri kita.
telah Allah SWT ciptakan kita yg terbaik utknya dan dia juga yg terbaik untuk kita.
Bajailah ia dgn siraman cinta, rindu, kasih sayang, hormat menghormati, saling memahami,
bertanggungjawab, bertolak ansur dan penuh sabar.
Perkahwinan kita pasti akan kekal berseri sampai bila2.
Ombak dan badai pasti akan datang melanda.
Di sanalah kita akan diuji dgn kebijakssnaan dan kematangan untuk mengemudi bahtera yg dibina.
Hikmahnya pasti rumahtangga yg sejahtera hingga ke syurga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.