Monday, November 7, 2011

Berkumpul Di Aidil Adha

Selamat Hari Raya Korban.
Kami adik beradik enam orang yg tinggal  di KL,
raya semalam berkumpul di rumah aku.
Selalunya kami di KL je. Korban buat di Kemboja tahun ini. Alhamdulillah syukur.
Raya kali ni, semua yg ada di sini datang ke rumah.
Abang sulung Nik Azman(Dato') dan keluarga.
Abang kedua Azmi Mohd Ali(Dato') dan keluarga
Adik Hanisah dan keluarga
Adik bongsu Nik Norfaizah dan keluarga.
Adik ipar Saiful Azmi dan mak mertua ku turut bersama.
Sorang lagi adik aku, Hasni dan keluarga balik ke Kelantan.
Riuh rendah, kecohnya bila berjumpa macam ni.
Macam2 menu disdiakan.
Ada nasi daging, roti jala dan mee hoon goreng singapore.
Ada juga fruits koktail, puding buah,  tart buah, tart nenas, kek lapis dan baulu gulung.
Ah semuanya sedap...nyum nyum nyum..

Haaa..beginilah selalunya jika kami berkumpul adik betadik.
meriah...bercerita, bersembang, bertukar2 idea, kisah2 semasa, cerita politik, business, ekonomi,
dan lain2.

Tapi perbincangan tentang majlis resepsi perkahwinan
anak sulung abang kedua...Dr Fatimah Syahidah dan Dr Khairunnazreen pada
11.11.11 ini menjadi topik utama.
riuh rendah sekali.

Majlis akad nikahnya pada 11.11.11.
Cantiknya tarikh.
Resepsi di hotel Royal Chulan pada 12.11.11 dan 13.11.11.
Majlis perkahwinan secara besar2an ini mengisi ruang utama dlm pertemuan raya semalam.
Aku dengarnya beratus ribu habis.
Siap jemput menteri2 di hotel Royale Chulan KL.
siap masuk TV3 dan TV9.
Pengacara jemputan pun bukan calang2...
Maria Tengku Sabri dan Ahmad Fietri.

Di sebelah pengantin lelaki di Miri sarawak pula pada 19.11.11 di rumah keluarga lelaki
dan resepsi di hotel pula pada 20.11.11.

Semua persediaan dah siap.
Tinggal yg remeh temeh je seperti barang hantaran, rehearsal persandingan dan lain2.

Abang sulung...Nik azman yg dah berpengalaman mengendalikan perkahwinan
anak sulungnya Nik Samhan, mencurahkan mcam2 idea dan pengalamannya buat majlis di hotel.
Yalah, bukan senang, semua nak nampak sempurna dan nakkan majlis yg serba lengkap.
Tak ada cacat celanya.
Apa lagi bila melibatkan VVIP, menteri2, Ketua Hakim Negara dan pembesar2 yg lain.
Semuanya protokol.

Risau pulak aku dengar...macam2 hal.
Haa...biarlah mereka uruskan.
Aku doakan yg terbaik je.
Lebih pengantin, agar perkahwinan itu berbahagia dan diberkati Allah SWT.

DR Fatimah Syahidah Azmi.
bakal pengantin.
Bakal suaminya berasal dari Miri...uuuuiii jauhnya Ida bertemu jodoh.
Mereka berkawan ketika sama2 belajar di Ukraine.

Adik bongsu Nik Norfaizah dan anak sulungnya.
rezeki mencurah2 sejak dapat baby.
Macam2 dapat job...photografer
Kioks sana kioks sini...he he he.
Projek sana projek sini.
Baguslah...muda2 ni bekerja kuat untuk kesenangan hari tua.
Apa2pun kena bust busines, kena berniaga.
Baru senang.
dalam fikirannya nak berniaga, tak mungkin makan gaji.
Mesti berniaga.

Handsome Like DAD...amboi Danish Khalish..
Makin comel. Dah berusia dua bulan lebih.
Aisyah dan Ameerah anak CDM Kartini pun ada.
Sibuk minta adik macam Danish.
Mak mertua aku pun ada.
kali ni beraya di KL.
anak2 semua di sini.
Adik ku Hanisah dan keluarga.
Abang sulung dan keluarga.
Abang kedua dan keluarganya.

Jam 4.30 petang baru mereka bergerak pulang.
Meriah sakan, berjumpa adik beradik dan anak2 sedara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.