Friday, December 2, 2011

Pagi Jumaat



Salam bahagia.
Salam syukur.
Salam kejayaan.
Salam pagi Jumaat.
Penghulu segala hari.

Aku masih di rumah, tak keluar pagi ni.
Kebetulan aku siapkan slide untuk seminar di KK esok.
Sedang buat slide laa ni.
Esok pagi2 aku bertolak ke KK dr LCCT dgn Air Asia.
Mak oooi sabar je, tiket bukan main mahal u. Cekik darah tul Air Asia ni.
Mas lagi laa mahal.
RM1016 pergi dan balik untuk seorang.
Aku gi berdua dgn CDM Kartini.

Jap lagi lak, ada tetamu nak sampai. On the way katanya.
Pengantin baru u...anak sedara aku.
Datang ziarah mak sedaranya...akulah tu.
Ya yg  kahwin 11.11.11 tu...Ida dan Naz.
Dah habis semua urusan kenduri kendara...di KL, di Miri dan di Kelantan.
Meriah sakan, di KL meriah, di Miri meriah, di Kelantan pun meriah sakan.

Cuma lepas Jumaat aku ada dua demo. Jika jadi malam pun ada.
Alhamdulillah...syukur pada Allah.
Satu demo di Kota Damansara dan satu lagi di Sg Besi.
Malam pulak di Semenyih jika tak cancel.
Sebenarnya aku temankan je.
Nampak gayanya En Suami aku dah dapat rentak untuk berdemo dgn cara baru.
He he he...bagus jugak ya.
Selalunya aku je yg sibuk bercakap, dia temankan saja.
Ataupun tunggu aku kat dalam kereta.

Tapi sejak dua menjak ni, aku tengok dia pulak yg naik syeikh.
Naik syok dia nak demo.
So aku pulak yg temankan dia.

Dua hari lepas masa berdemo kat Semenyih, aku tunggu dalam kereta je.
Hampir dua jam, apa lak jadi gitu???
Dok menegerumun kelililing dia lima enam orang semua lelaki.
Tak ada ruang aku nak menyelit.
Dia kata tak apalah..."Yang tunggu dalam kereta, biar abang buat".
Oooiii...syukur bagus benar. Lega hati aku.
Jika dia tak faham atau ragu2, dia call cikgu dan mentor CDM Kepten Jai.
Alhamdulillah, close sorang.
En Zul namanya.
Yg lain akan menyusul.
Malam ni la janjinya kat Semenyih.
insyaallah jika tak cancel.
Salam, jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.