Friday, December 23, 2011

Ribu Riban

Anak2 kita, Harapan Kita

Dah nak habis bulan Disember 2011.
Tak lama lagi menjelma Januari 2012.
Musim sessi persekolahan baru 2012 akan bermula.

Bagaimana persiapan kita?
Dah siap kelengkapan anak2?
Yuran sekolah, buku sekolah, peralatan menulis, pelbagai buku aktiviti sekolah,
uniform sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, transport ke sekolah
dan macam2 lagi.
Maunya cecah ribu juga untuk sorang anak.
Jika dua orang anak?
Jika tiga orang anak?
Jika lima orang anak?

Sekolah tadika pun dah cecah ribuan ringgit.
Sekolah rendah macam mana?
Sekolah menengah lak lagi tinggi kosnya.
Yg masuk kolej dan universiti jangan ceritalah.
Dalam negara atau luar negeri...huh berpeluh hingga ke kaki.

Anak2 Kita, Harapan Kita

Semuanya perlukan duit.
Semuanya perlukan wang.
Semuanya perlukan belanja.
Semuanya perlukan ongkos
Jika kita mahu berikan yg terbaik untuk mereka.

Cukupkan duit gaji kita?
Cukupkah kewangan kita?
Cukupkah simpanan kita?
Cukupkan tabungan kita?

Atau masih mengharapkan bantuan kerajaan?
Buku teks?
Yuran percuma?
Kasut subsidi?
Tiusyen free?
Beg diberi?
Makanan ditanggung lagi?

Mana ada lagi?
semuanya kita yg kena bayar.
Jika mahukan yg terbaik untuk anak2 kita.
Nor Amalin Aisyah...anak bongsu kami setakat ini...he he he.
mana tau dapat rezeki lagi.

Naik darjah 4 tahun 2012 nanti.
Kakaknya Nor Syahirah, naik tingkatan 2 OLevel di sekolah yg sama.
Pagi tadi kami ke Integrated Islamic School Kota Damansara,
(IISKD) di Palm Spring.
Settlekan segala keperluan sekolah mereka berdua.
Bukan sikit beb...huh jika bukan kerana Hai O....
Ribu2 jumlahnya.

Itu belum kira tiusyennya, mengajinya, menthal aritmeticnya.
tetapi demi harapan kita, kita berkorban segala untuk mereka
Demi memberikan yg terbaik untuk anak2 kita.
Demi memberikan yg terbaik untuk harapan kita.

Semoga berjaya anak2ku.
Engkaulah harapan ayah dan ibu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.