Saturday, June 16, 2012

1 Ganti 4!!! Rezeki

Baru sampai rumah.
Aku ke KL, kali ni bukan jumpa prospek tapi urusan lain.
Ke SOGO beli barang keperluan diri.

Jap lagi nak tidur dah.
Pagi esok awal2 pagi dah nak bertolak ke Sg Buloh
untuk team building.
Tak sabar nak jumpa peserta2 team building.
Orang utara ada datang, orang Melaka datang,
orang Sabah pun datang.
Selebihnya KL dan selangor.
Kali pertama diadakan oleh Taipan.
Harap dapat memberikan input yang berguna untuk business.

Tapi sebelum tidur, nak share juga
tentang business dan demo hari ni.

Malam tadi aku call Cikgu Azwa, salah seorang guru di antara sekolah2
di sini.
Kiranya prospeklaa.
Cuti sekolah baru ni aku dah call dia.
Tapi rupanya dia kat Korea.
berjalan makan angin sempena cuti sekolah.
Pergi belanja sendiri katanya tapi memang minat melancong.

Janjinya hari ni nak jumpa kat kenari Cafe
di perkarangan masjid Kinrara.
Jam 10 pagi sepatutnya.
jam 9.30 aku sms dia.
Tak jawab, tapi sebab dah janji aku gi juga.
Sampai sana, tak nampak pun kelibat Cikgu azwa.

Sementara menunggu,aku makan dulu nasi dagang dan
pulut ikan masin.
Sedap, boleh tahan.
memang kami sering bersarapan di sana.

Tetapi sampai sudah kami bersarapan, cikgu Azwa tak muncul2.
Jam dah 10.50 pagi.
Aku cuba call no hpnya.
Sah, hpnya ditutup.
Cuba lagi beberapa kali...emmmmm.
he he he...inilah jalan2 dan lorong2 kejayaan yg telah dan akan ditempuhi
anak didikku dalam Taipan.
Jangan heran jika berjanji prospek tak datang.
Aku tunggu lagi sampai jam 11.20 pagi.
Dzul sibuk baca paper.
Sampai sudah Cikgu Azwa tak datang dan hpnya di offkan.
Aku masih positif, bersangka baik
dan mengharapkan dia datang.
Mungkin dia tak sihat.
Mungkin HPnya hilang.
Mungkin HPnya bateri koooong.
Mungkin dia terlupa.
Mungkin dia sibuk.
Jika bukan hari ini, mungkin besok aku berpeluang berjumpa dia.

tetapi nak jadi cerita,
semasa menunggu kemunculan Cikgu Azwa datang,
datanglah 4 orang anggota polis muda belia makan di restoran itu.
Wah...jiwa segar terus muncul.
resah menunggu cikgu Azwa mulai kendur.

"Bang, prospek bagus bang".
Kata aku kat Dzul, dia masih baca paper.
Ya, teringatkan polis2 muda di bawah CDM Kapten War yang hebat
di taipan sekarang.

Sampai mereka habis bersarapan, aku kata mesti berusha nak
Ambik contact polis2 ni.
Cam ne nak buat ya!!!

Aku kata...
"Bang, tegurlah dia orang tu".
Dzul kata kat aku, Yang la tegur, kata nak gi LOPA".

OK, aku sahut cabaran Dzul.
Allah bagi idea.
Aku panggilpelayan restoran tu, aku suruh dia kira meja
yg polis2 tu makan, aku nak bayar.

Sebentar kemudian, aku dengar polis tu panggil kakak pelayan tu
minta kirakan.
Dia datang dan kirakan, mereka masing2 keluarkan duit tapi
aku dengar kakak tu sebut..
"Rezeki datang pagi ni, ada orang nak bayarkan semuanya"
"Siapa yang bayarkan?"
"Tu kakak sebelah tu". Katanya berpaling kepada kami.

Ruang terbuka, kami berpandangan, senyum dan mereka mula menegur.
"Eh nak belanja kami, bagusnya terima kasih banyak2'
"
Kak tinggal mana kak"
Maka bermulalah usaha sembang2, bertanya apa yg patut
dan yang sedapnya
dapat ambik no HP dia orang.
Dengan murah hati pula mereka memberikannya tanpa soal.
"Cantik"...kata aku dalam hati.
 Kami beriringan ke kereta.
Kebetulan pulak WST181 kami parking di sebelah kereta peronda Polis
mereka.
"Abang berniaga ke"?
Faizul bertanya pada Dzul.
"Ada la sikit2, nanti kita sembang ya"..kata Dzul.
Kena kena, sangkut sangkut....kata aku dalam hati.

Pasti kami akan follow up.
Jika aku follow up, mereka jadi rakan niaga aku.
jika Dzul yang follow up, mereka jadi rakan kongsi Dzul.
Apapun tetap bawah aku...ngeh ngeh ngeh.

Plannya..Isnin minggu depan nak ajak lagi bersarapan
di restoran tu sambil bercerita tentang
G15, LOPA dan AT181.
Wow...hatiku berbunga indah.
Tak apalah, tunggu cikgu Azwa sorang,
Allah ganti 4 orang.
Rezeki tu.
Masuk atau tak masuk, aku doakan masuk.
LOPA LOPA LOPA DUA TIKET.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.