Monday, February 7, 2011

Bila Nak Tiba?

Adib selamat tiba di Jeddah dengan pesawat Mas. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Malam tadi aku menghubungi no Ustaz Abu yang diberikan oleh Ustaz Yusoff.
Mereka sedang berada di asrama Tabung Haji Hujjatul di Jeddah.
Tapi tak dapat bercakap dengan Adib sendiri. Orang padat, terlalu ramai dan dia tidak dapat mencari Adib. Ustaz Abu meminta aku menghubunginya sekali lagi dalam masa 30 minit tetapi 30 minit kemudian, berkali2 cuba tak dapat dihubungi lah pulak. Tak apalah, yang penting mereka sudah selamat.

Ustaz Abu sempat memaklumkan bahawa hari Rabu atau Khamis baru mereka akan sampai ke KLIA. Sekarang sedang menunggu giliran penerbangan pulang ke Malaysia. Lamanya aku rasa. Sehari demi sehari aku menanti Adib tiba.

Jadual aku pula agak padat minggu ni. Hari ini sampai Rabu penuh.
Khamis 10 Feb, aku dah berjanji nak pulang ke Kelantan untuk slot pengukuhan di Berek 12, Kota Bharu.
Hari Jumaat 11 Februari sebelah pagi ada Seminar Nur Wanita di Tanah Merah.
Petang tu aku bersama Dzul akan terus ke Penang untuk menghadiri
NDS di Safira Club pada 12 Februari.

Sapa pulak nak sambut Adib di KLIA jika dia benar2 tiba pada hari Khamis?...
Minta balik dengan teksi?
Minta cik Nor dan Arif tunggu?
Atau minta Adib balik dengan LRT?
Orang lain semua bekerja?
Aku mohon Adib tiba sebelum hari Khamis. Bolehlah aku menunggunya di KLIA.
Dah tak sabar nak berjumpa dengannya.
Agaknya bilalah Adib akan tiba??


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.