Monday, February 21, 2011

Kelate Senyum Sokmo


Salam, hebat semua hendaknya.
Kita memang dilahirkan untuk hebat.
Kita dicipta oleh yang maha berkuasa untuk hebat.
Tiada makhluk lain di dunia ini dicipta sehebat manusia.

Orang Kelate senyum sokmo.
Orang Kelate hebat sokmo.
Apa orang kata pun tak apa.
Kita senyum je.

Pemimpin2 Taipan 181 Kelate ternyata hebat sokmo.
Kita masih berniaga hebat, tapi ramai kata kita dah tak berniaga.
Sebenarnya yang kata tulah tak berniaga.
Dia mahu kita mati macam dia mati berniaga.
Supaya orang lain mati juga, maka dia katalah Taipan kelate 181 mati.

Taipan Kelate tak berhenti bekerja.
Masih rancak berniaga tapi orang cemburu kata, Taipan Kelate dah berkubur.
Pada hal saban minggu pemimpin2 Kelate balik Kelate bantu Taipan kelate 181.

CDM Kartini dan CDM Kamaruddin baru je balik Kelate minggu lepas. Pergi bantu apa yang patut. berjumpa leader2 Taipan Kelate 181.
Macam2 program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di Kelate.
Aku baru je balik Kelate minggu lepas.
Hari Khamis malam buat slot pengukuhan di TTC Berek 12.
Alhamdulillah ramai yang hadir.
Yang dah tak berniaga, tak payahlah sibuk kata orang lain tak berniaga.
Baik tengok business sendiri.

Hari Jumaat pula kami buat Seminar Nur Wanita di Tanah Merah.
Peserta datang ramai hampir 70 orang.
Semua pemimpin Kelate datang memberikan sokongan dan mahu menimba ilmu. Hebat...ramai juga yang close.

Hari Sabtu 29 Januari, aku dan CDM Wan Suriani mengendalikan Seminar Nur Wanita di Gua Musang.
Minat nak berniaga tak pernah pudar. kemahuan untuk berjaya masih membara. apinya sentiasa menyala2.
Orang yang dah mati berniaga, mana mungkin tahu apa yang kami buat jika mereka sendiri pun dah tak berniaga.

Minggu ni pun aku datang lagi ke Kelantan.
Jadual penuh tak berhenti. Permintaan datang dari seluruh negara.
CDM Wan Suriani...
Alhamdulillah seorang pemimpin kental berjiwa mulia.
Walau sebesar manapun cabaran datang, tetap menongkah arus berjuang mempertahankan kekuatan dan daya juangnya demi mencipta kejayaan berterusan kepada semua warga Akademi Taipan 181 di negeri Kelantan Darul Naim.

Tahniah CDM Wan Suriani.
Dengan sokongan hebat suaminya, Din dan pemimpin yang lain. beliau telah diangkat menjadi peneraju utama oleh Taipan kelantan.

Syabas CDM Wan Suriani.
Teruskan perjuangan kita.
Jangan gentar dengan ujian,
jangan tewas dengan cabaran dan jangan undur dek kata nesta orang.

Yang hilang tak perlu ditangisi.
Yang pergi itu adalah pilihan hati mereka sendiri.
Yang gugur itu kerana mulut dan tangan sendiri.

Percayalah.
Setiap keikhlasan kita pasti mendapat ganjarannya.
Semoga niat murni kita mampu menjadi inspirasi kepada yang lain untuk mengubah kehidupan mereka.
CDM Siti Rohani. Networknya yang paling besar di negeri ini.
CDM Wan Suriani dan CDM Rogayah lahir dari didikannya serta sentuhan hebat dari AT 181.
Tidak pernah jemu datang membantu Taipan Kelate 181.
Tidak pernah kecewa walau penuh cabaran dan getir yang terpaksa ditempuhinya.
Itulah adat berjuang.
Tetapi jangan risau, yakinlah usahamu pasti ada ganjarannya.
Meski ada yang gugur di trek perjuangan ini, ia sama sekali tidak mematahkan semangat dan semangat juangnya.
CDM Rogayah...
kepimpinannya semakin bersinar.
kemampuannya semakin menyerlah.
Apa lagi yang nampak hebat sebelum ini sebenarnya bukanlah sehebat mana rupanya.
Maka CDM Rogayah mempunyai tanggungjawab besar untuk berganding bahu bersama CDM Wan Suriani dan pemimpin yang lain untuk menggemblingkan tenaga menggerakkan Taipan kelate menuju ke mercu yang lebih tinggi.
Tahniah dan syabas CDM Rogayah.
DSM Wan Norliza atau dikenali sebagi Kak Za.
Walaupun masih berpangkat DSM, tetapi beliau rapat bekerja bersama CDM Wan Suriani dan CDM Rogayah untuk merancang pelbagai aktiviti dan program di Kelate.

Selasa yang baru lalu, Taipan Kelate menganjurkan majlis Solat Hajat dan MaulidurRasul di TTC Berek 12.

Jumaat 11 Februari yang lalu, Kak Za bersama teamnya yang menggerakkan Program Seminar Nur Wanita di Tanah Merah. Wah...Tahniah Kak Za.
CDM Amran, DSM Azman dan DSM Amran.
Tenaga penggerak yang kekal setia membantu Taipan Kelate untuk terus mencipta kejayaan baru. Mereka memang tidak banyak bercakap tetapi mereka banyak bertindak.

Ramai juga DSM yang tiada dalam gambar tetapikekal berjuang bersama AT 181 kelate seperti DSM Rozini, DSM Kak Yah, DSM Kak Ha, DSM Kak An, DSM Rosmawati, DSM Ti, DSM Saleha, DSM Khatijah dan lain2.
Tahniah untuk anda semua.
Tahniah untuk team ini.
DSM Ustaz Basri
Baru sahaja berpindah ke kelantan dari Johor.
Semangatnya sangat kuat tak pernah luntur walau seribu halangan yang datang tetapi tetap berjuang. Taipan Kelate semakin kuat dengan kepulangannya ke negeri Tanah sekebun Bunga ini.
Tahniah DSM Basri.
Kilau sinar anda semakin bercahaya di sini.
DDM Khalid Mohd Ali.
Calon terdekat untuk menjadi seorang CDM di Taipan Kelate.
Kemahuannya cukup kuat.
Seorang pemimpin lelaki yang serba boleh.
Boleh memimpin, hebat bercakap, boleh menjadi imam,
boleh mengetuai majlis, boleh membaca doa, boleh berpidato,
boleh memasak, boleh menguruskan jamuan, boleh menjadi mc majlis
dan sebagainya.
Penampilannya bersahaja tetapi diharap, Abe Lid akan menjadi antara tulang belakang kepada kekuatan Taipan Kelate tidak lama lagi.
Semua sedang menantikan kejayaannya sebagai CDM di Kelate.
Tahniah Abe Lid dan Kak Za.
CDM Nor Zarina....
Tinggal di Selangor dulu menetap di Kelate.
Juga sentiasa balik ke kelate setiap minggu untuk memberikan sokongan kepada Kelate. sama2 menjayakan Seminar Nur Wanita minggu lalu. Ke hulu ke hilir bersama DSM Kak Yah untuk membantu rakan kongsinya di kelate.

Inilah saja pemimpin2 Taipan kelate yang kekal setia berniaga.
Yang tiada itulah yang mati.
Tetapi hakikatnya yang mati itulah yang sebarkan cerita kata Taipan kelate dah mati.

Orang mati berniaga akan berkata..."Taipan Kelate mati dah. Semua tak berniaga"
Pada hal yang berkata itulah yang tak berniaga.
Yang berkata itulah yang mati berniaga.

Tak apalah. Kata CDM Wan Suriani
"Kelate senyum sokmo".

Bagi anda semua, Jom sokong Taipan Kelate. Aku akan bantu Kelate habis2an. Aku akan berusaha untuk membantu apa yang termampu. Kelate akan menjadi lebih hebat daripada dulu.

SELAMAT BERJUANG KEPADA
AKADEMI TAIPAN 181 KELATE

2 comments:

  1. MMG BETUL2 HEBAT DAN TERUJA..ALHAMDULILLAH SYUKUR

    ReplyDelete
  2. Terima kasih hajimie atas sokongan anda berterusan.saya sangat menghargainya. semoga setiap yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yg berganda daripada Allah SWT.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.