Saturday, February 5, 2011

Pertama Kali Tiba ke Sandakan

CDM2 Yang sentiasa memberikan sokongan kepada AT 181 Sabah

Hari ni pertama kali tiba di Sandakan. Seronok buat business ini.
Hari2 jumpa orang baru.
Hari2 jumpa leader baru.
Hari2 jumpa suasana baru.
Hari2 berjumpa prospek baru.
Hari2 mendapat pengalaman baru.
Hari2 berkunjung ke tempat baru.

Pagi tadi seawal jam 6 pagi kami sudah berada di LCCT KK untuk mengambil flight ke Sandakan.
Melihat ribuan manusia di airport LCCT...
Bertanya aku kepada diri sendiri...
Apakah mereka semua sudah join business ini?
Apakah mereka semua pernah mendengar business ini?
Apakah mereka sudah tahu tentang syarikat ini?
Apakah ada sesiapa orang Taipan yang pernah bercerita kepada mereka.

Apakah mereka tidak suka kepada wang banyak?
Apakah mereka tidak jemu bekerja?
Adakah mereka semua tidak mahu wang?
Apakah mereka tidak mahu jika mendapat peluang melancong percuma?
Apakah mereka semua tidak mahu berkereta besar?
Apakah mereka semua tidak mahu berniaga?
Apakah mereka tidak mahu memiliki rumah yang lebih selesa?

Jangan2 kita yang tidak pernah berkongsi dengan mereka.
Kita yang tidak pernah bercakap dengan mereka.
Kita yang sering membuat alasan kepada kegagalan sendiri.
Kita selalu cakap, orang dah habis.
Kita selalu cakap, semua orang dah masuk syarikat ini.
Pada hal sebenarnya kita yang sengaja mereka2 pelbagai andaian sendiri.

kami tiba di Sandakan jam 7.50 pagi.
Ketibaan kami disambut oleh DSM Susan dan DSM Shahril, pasangan suami isteri yang hebat di Sandakan.

Business talk berjaya mengumpulkan lebih kurang 35 orang.
Ramai juga orang baru.
Sayang sekali gambar2 yang dirakamkan tidak dapat ku upload, ada masalah dengan ruang dengan blog. Penuh.

Alhamdulillah, aku datng bukan bertujuan untuk mengajar
kecuali hanya berkongsi ilmu dan pengalaman sahaja.
Mereka semua mahu berniaga, cuma kekurangan semangat dan momentum sahaja.
apa lagi, memang bagi semangat jelah.

 Bercakap 2 jam berterusan. Bagi bakar rentung yang penting mereka boleh berniaga besar.
Bercakap banyak pun takguna kalau business tak naik.
Lepas itu mereka buat table talk mengikut CDM masing2.
Dengarnya dapat close 7  pakej bio zone food purifier.
Empat orang bawah CDM Siti Rahmah.
Dua orang di bawah DSM Susane.
Satu pakej bawah DSM Azza (CDM Syed Huzair).

Malam ni jam 8.30 malam akau akan terbang kembali ke KL.
Syukurlah kerana masih diberi diberi kesihatan yang baik dan usia yang panjang.
Insyaallah, esok dah ada appoiment dengan dua orang prospek hasil dari sms tentang Bio Ever.

Sambil itu terus sabar menanti khabar Adib di cairo. Dengarnya hari ini dibawa ke Jeddah nak flight. Asalnya dijangka dengan kapal TLDM tetapi pagi tadi dikhabarkan oleh Ustaz Yusof, mereka akan dibawa dengan pesawat TUDM.
Syukurlah.

Insyaallah. Kita jumpa lagi.
salam dari Sandakan Sabah Bumi Di Bawah Bayu.
5 Februari 2011.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.