Tuesday, February 15, 2011

Specialist Pets Medical Centre

Alahailah Tuah....sekali lagi sakit.  Manja sangat agaknya.
Kali ini sakit lagi. Telinganya dijangkiti hama dan kutu....bernanah jadinya. Asyik menggaru je. Ada waktu Dzul dan anak2 tolong garukan tempat gatalnya. Hiii geli menengok lagak anak2 melayan Tuah.
Sampai dia tak lalu makan disebabkan sakitnya. Bulunya mulai luruh.

Apa lagi..cemas la Aisyah melihatnya.
"Abah, kita bawa ke hospital bah. Bawa jumpa doktor. Kesian kat Tuah bah, nanti botak badan Tuah jika dibiarkan bulunya luruh semua".

Cepat je Dzul bertindak jika kerana Tuah.
Tuah dibawa ke klinik Pets yang biasa dia bawa Tuah. Seperti yang dijangka...
Tuah ditahan di wad. Masuk hospital.
Adib ketawa terbahak2, dia pun ikut sekali mengiringi Tuah masuk ke wad. Tuah mesti dibius tetapi dia tak puasa. Perutnya penuh makanan.
Tuah mesti dibiarkan berehat di wad sehingga perutnya kosong barulah boleh dibius.
Dia akan dijaga dengan sempurna.

"Jangan bimbang ya dik. Hari Khamis nanti boleh ambik Tuah. Dia boleh keluarlah hari Khamis nanti. Jika rindu, esok lepas jam 11 pagi
bolehlah melawat Tuah."

"Ha ha ha...."Adib ketawa lagi.
"Lucunya Tuah kena masuk wad. Macam bela adik baru kan".

"Ya lah, memang dia adik kita bang. Kita pun mana ada adik lagi".
"Abah cakap, Tuah anak angkat abah. Hah! kira macam adik lah tu".

Irah mendukong Tuah macam mendukong adik sebelum Tuah dibawa ke klinik tengah hari tadi.
"Masuk wad dulu ya. Biar doktor rawat Tuah. Dah baik nanti, Kak Irah gi ambil Tuah balik ke rumah ya. Tuah tak sihat tau. Nanti sihat Kak Irah dan abah bawa Tuah pergi ke taman main dan jalan2 ya."

Maka berehatlah Tuah di Pets Medical Centre di Bukit Bandar Puchong. Dua malam Tuah akan masuk wad.

Insyaallah, hari Khamis nanti boleh keluar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.