Wednesday, February 23, 2011

Malam Tadi...Meriah

Assalamualaikum WRT,
Alhamdulillah seronoknya datang meeting malam tadi kat centre di USJ 9.
Ramainya orang. Orang baru ramai orang lama pun ramai.
CDM pun ramai.
Aku pun dapat bawa tiga orang baru.
Sedang urus dana. Sorang dah masuk.
Syukurlah kepada Allah SWT.
Meetingpun seronok. Selain kerana ramai, mulapun cepat. Jam 9.10 dah mula. Eloklah mula awal, tak adalah orang tertunggu2. Patutnya boleh mula lebih awal.
Kita cuba minggu ni mula jam 9 malam.

Yang bertepuk tangan dan bersorak pun excited. Bergegar juga rasa hati orang baru.
MC yang diberikan kepada DDM Zack pun menghiburkan audiens.
Kata2 aluan CDM Indawatipun hebat, membuka mata anak2 muda dan yang lebih senior. Inilah contoh anak muda hebat. Boleh jadi CDM ketika berusia 24 tahun ketika remaja dan belia lain belum tahu hala tuju.

Yang sharing pun mengujakan. Mereka begitu bersemangat.
Ice breaking tak perlu diulas memang hebat penangan CDM Muhammad Razali. Tunjuk pula produk hebat Bio Zone Food...orang tak mahu jadi mahu apabila melihat produk tersebut.

Inilah petunjuk positif untuk kita.
Berniaga kembali rancak.
Berniaga kembali meriah.


Geli dan menggelikan...rantaian asid lemak yang telah diozonkan oleh
Bio Zone Food Purifier.
Proses bumbling sedang berlaku.
DDM Norkamisah dari Melaka. Saban minggu tak pernah jemu membawa diri dan networknya turun ke Melaka.
Ini bukan anak DDM Nor, tapi anak rakan kongsi. pline yang dukong supaya rakan kongsi boleh fokus kepada pengisian meeting.
Sampai belakang.
Macam ni baru seronok. Minggu depan setiap yang datang kena bawa seorang. Dah berganda jadinya kat meeting.
Jom kita kerja kuat ramai2.

Tahniah kepada yang hadir malam tadi.
Tahniah kepada yang membawa orang baru malam tadi.
Tahniah kepada yang membawa impian untuk berjaya malam tadi.
Tahniah kepada semua CDM DDM yang bertugas malam tadi.
Tahniah kepada yang sharing malam tadi.
Tahniah kepada yang bertepuk tangan dan bersorak malam tadi.
Tahniah kepada yang mengambil gambar malam tadi.
Tahniah kepada yang membawa anak malam tadi. Tiada alasan bagi mereka.


Kejayaan pasti datang bagi mereka yang berusaha dan tidak berputus asa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.