Wednesday, February 2, 2011

Perkembangan Krisis Mesir

TUNJUK PERASAAN BESAR2AN SEJAK JANUARI BERTUJUAN MEMAKSA
PRESIDEN HOSNI MUBARAK,
YANG BERKUASA SEJAK 1981,MELETAKKAN JAWATAN.
17 Januari
Seorang lelaki membakar dirinya di luar bangunan Parlimen. Ia adalah kejadian pertama dari lima kejadian membakar diri di negara itu.
25 Januari
Beribu-ribu penunjuk perasaan di seluruh Mesir.
27 Januari
Pasukan keselamatan dikerah mengawal tengah Kaherah. Polis menembak mati seorang lelaki di Sheikh Zuawayed.
28 Januari
Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan menyebabkan 62 orang terbunuh. Hosni Mubarak mengenakan perintah berkurung pada waktu malam dan mengerahkan tentera membantu polis melaksanakannya.
29 Januari
Penunjuk perasaan tidak mempedulikan perintah berkurung, pertempuran dengan pihak keselamatan meragut 32 nyawa.
Kabinet meletak jawatan.
Hosni menamakan Naib Presidennya yang pertama dan Perdana Menteri baru.
30 Januari
Kerajaan menamakan kabinet baru dengan kebanyakan jawatan tidak berubah.
Penganjur menggesa diadakan 'Perarakan sejuta Orang'
semalam di Kaherah dan Iskandariah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.