Monday, February 7, 2011

Kejujuran

Salam...
Silap aku juga. Jarang sekali membuka email.
Pagi ini aku menunggu email daraipada anak, Mohd Adib yang sedang berada di Jeddah. Sambil menanti, selak2 emeil yang lain.

Agak terperanjat mendapat emeil dari seorang wanita mengadu dan meminta bantuanku apa yang boleh. Aku tidak mengenalinya maklum terlalu ramai.
Katanya dia memang teruja mahu berjaya bersama
AT 181. Sudah pun join perniagaan ini bersama kumpulan hebat ini pada bulan Julai 2010 yang lalu. Juga dah ada rakan kongsi.

Tetapi keyakinan dan kemahuan yang melonjak2 untuk berjaya hampir musnah dan berkecai sama sekali kerana namanya sahaja yang didaftarkan tanpa adanya PV sedangkan wangnya sudah diserah kepada upline, barang pun sudahpun dapat tetapi bonus hanya di'online' oleh upline sahaja.
Dia sudah menyemak dengan pihak HQ.
Apabila diajukan kepada uplinenya, upline kata stokis tersilap,borang hilang, sibuk dengan raya dan lain2.
Katanya lagi beginikah caranya AT 181 mengajar rakan kongsi berniaga??

Bukan tiada kes seperti ini.
Hampir 9 tahun aku berniaga syarikat ini bersama AT 181.
Perkara paling asas untuk berjaya ialah kejujuran dan keikhlasan.
Jangan sekali ada niat nak menipu, nak sembuyikan yang benar, nak kelentong atau nak main dengan duit rakan kongsi kita.

Malahan niat yang mesti disemat setiap kali berjumpa prospek dan downline ialah...masuklah, buatlah, marilah join bersama AT 181...akan aku jayakan sampai mereka berjaya seperti aku, sampai boleh selesaikan segala hutang piutang, boleh melancong percuma dan benar2 berjaya sebagai CDM dan pemimpin yang hebat.

Akademi Taipan 181 tidak mungkin akan bertahan sedemikian lama jika pemimpinnya menipu, atau mengajar menipu, atau menyuruh menipu, atau membuat seminar untuk memjalankan perniagaan ini secara tidak jujur dan tidak telus.
AT 181 hebat kerana kita mahu berniaga dengan cara yang betul.
Syarikat juga tidak pernah menipu.

Sayang sekali. begitu ramai yang cuba mengambil kesempatan daripada kehebatan syarikat dan kehebatan kumpulan untuk melakukan urusniaga secara tidak benar.
Apa yang banyak berlaku ialah penipuan yang dilakukan oleh invidu tak kira apa pangkat mereka sekali pun. Bukan AT 181 yang ajar. Apa lagi bukannya kami yang ajar untuk menipu.

Pelbagai cara mereka lakukan untuk membuat urusniaga secara tidak benar.
*Tak punch duit rakan kongsi. Duit downline buat bayar kereta la, bayar hutanglah dan lain2.
*Tak daftar ahli, duit ahli diambilnya.
*Punch hanya sebahagian sahaja. Contohnya rakankongsi online penuh, tetapi dia punch di stokis sebahagian sahaja.
*Barang diberi tetapi upline ambil barang orang lain yang belum dijual.
*Bonus upline online bukannya company yang online.
*Rakan kongsi down line di daftar kepada direct dia, senang cakap curi downline kepada down line.
*Sembunyikan pasal maintain supaya bonus downline akan pass up kepada dia.
*Tak bercerita telus tentang melancong supaya tiket melancong dia yang dapat.
*Masuk kemudian ditinggalkan
*Buat appoiment tetapi tidak datang sebagaimana yang dijanjikan. Ini juga tidak jujur, tidak menepati janji.
*Dan macam2 lagi.

AT 181 tidak pernah mengajar mana2 ahli dan groupnya untuk menipu.
Kami sangat telus. Jika ada mana2 pemimpin yang melakukan sedemikian, itu perilaku individu.

Saya menyeru semua rakan kongsi dalam AT 181, jangan melakukan ketidakjujuran dalam perniagaan ini.
Kita tidak menipu orang lain kecuali menipu diri kita sendiri.
Kita tidak mengenakan orang lain kecuali diri kita sendiri yang akan kena.
Kita bukan berbohong dengan orang lain kecuali berbohong kepada diri kita sendiri.
Kita tidak menjatuhkan orang lain kecuali kita menjatuhkan diri kita sendiri.
Yang tidak jujur tidak akan bertahan lama,
tidak akan senang, tidak akan bahagia, tidak akan diberkati.


Jika anda menjadi mangsa, tak kira dari perniagaan apa sekalipun atau dari group mana sekalipun, jangan takut. Tampillah ke depan boleh berjumpa kami secara direct. Boleh juga terus membuat laporan kepada HQ berserta dengan bukti penipuan yang dilakukan.
Segala butiran adalah rahsia untuk keselamatan bersama.


2 comments:

  1. saya tumpang sedey dgn nasib wanita itu.. memang benar apapun yg kita lakukan kejujuran adalah segala2nya..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.