Thursday, August 4, 2011

Adib Mengimamkan Terawih

Salam Ramadan.
Dah masuk hari ke 4 hari ini.
Syukur kepada Allah SWT.
Terlalu banyak nikmat dan pemberianNYa kepada kita.
Tak terhitung banyaknya.

Petang semalam kami berbuka di rumah dengan anak2.
masak simple tetapi sedap dan menyelerakan.
Berbuka hanya dengan buah kurma, air bio aura dan kuih lompat tikam, kuih tradisional Kelantan.
Lama tak makan lompat tikam.
Aku buat sendiri walaupun demam masih belum kebah2 lagi.

Mulakan dengan kurma dan air kosnong bio aura je.
Sejuk rasa tekak.
Bagus untuk kesihatan.
Inilah lompat tikam.
Bahannya tepung beras, daun pandan, santan dan gula melaka.
buatnya mudah tetapi sedap.
Walaupun nak buat lompat tikam ni mudah tetapi jika tak tahu caranya,
kuihnya pasti tak jadi dan tak sedap.
Apa benda pun, walaupun nampak mudah tetapi tetap kena ada ilmu.
Buat selalu baru jadi.
Eeemmm....sapa nak belajar cara buat lompat tikam, mailah rumah.
Bawa bahan2nya sekali, lepas masak boleh bawa balik.

Eh eh eh...macam nak tukar karier la pulak....
nak jadi tukang masak pulak?
Tak mahu jadi CDM dah ke?
Bukan leee...masak2 ni tugas azali lagi. Dah tahu resepi sedap, berkongsilah dengan sesiapa je.
.dapat gak pahala.
Bulan puasa ni, pahalanya berganda.
bukannya satu je...


Selepas berbuka dgn kurma, lompat tikam dan minum bio aura, kami terus solat Maghrib berjemaah.
Tak terus makan nasi. Supaya tak berkejar2.
sempatlah lompat tikam tu turun dan diproses dulu.
tak adalah penuh dan padat sangat makanan.

Kali ini, anak bujang aku, Ustaz Mohd Adib mengimamkan solat Mahgrib.
sedapnya, teringat aku ketika berjemaah di masjidillharam Mekah.
Bacaan dan dengungnya seakan2 sama dengan bacaan imam di masjid di Mekah dan Madinah.
Sejuk hati aku. Surah yg dibacanya panjang2, bukan ayat2 lazim.
Semoga Adib berjaya mencapai cita2nya untuk menjadi seorang pendakwah bebas dan hakim syarie.
Dia baru je tingkatan 4 di international school di Cairo.
dikenali Maktab Al Bu'uth.
Tetapi examnya yg terbaru ada sangkut pulak beberapa subjek.
Kena mengulang lepas naik cuti nanti.
Selagi tak lulus, tak boleh naik kelas.
Aku tahu belajarnya susah.
Harap Adib terus tekun dan tabah.


Lepas solat, baru kami makan nasi.
Aku tak masak banyak lauk.
Dua jenis tambah dgn sambal atau telur goreng dah cukup.
Ini sup ikan merah.
Aku masak simple2 je....main campak2 je bahan2nya.

Bahan2nya...kepala ikan merah...mak ooi mahalnya aku beli semalam RM32 untuk sekilo lebih.
Ubi kentang, perencap sup ikan adabi, daun sup, bawang merah, bawang putih, cili besar dan sedikit cili padi.
Bahan2 lain garam buloh secukup rasa.
he he he, jangan guna garam lain tau. garam buloh je.
Taburkan pula bawang goreng dan daun sup...
Emmmm...sedapnya.


Ini pula ikan siakap masak steam.
Aku steam dlm microwave je.
Tak sampai 10 minit dah siap.
Ini kesukaan Adib, manakala sup ikan merah kesukaan Dzul.
So dua2 masak ikan.
aku tambah dgn goreng telur dadar dan ikann terubuk masin digoreng pemberian CDM Roshila, dari Kucing.
sedapnya...rasa hilang demam aku sebab sedap.
Ikan terubuk masin memang kesukaan aku.
jika ada rakan kongsi yg dok kat Kucing tu, terbaca entry ni,
bolehlah pos2kan pada aku ikan tu ya!!!

Kami berterawih di rumah malam tadi.
aku masih demam.
Aku sengaja nak minta Adib imamkan solat terawih kami malam tadi.
Sedapnya Adib jadi imam kami.Bacaan surahnya hafaz di mulut, panjang2 ayatnya.
kami buat 8 rakaat je tambah 3 rakaat unuk witir.
Dalam jam 10.10 mlm baru siap.

Pagi ni, selepas solat subuh di masjid Kinrara, sempat mengaji bertadarus bersama Dzul, Adib dan Irah.
Aisyah tidur, jam 6.50 pagi baru bangun mandi nak ke sekolah.
Solat subuh gajah. Jam 7 baru solat.
Matlamat kami nak khatamkan Al Quran Ramadan ni, seperti Ramadan2 yg lalu.
Insyaallah, Adib ada kat rumah ni semangatnya sedikit berbeza.
Dia yg banyak bagi peringatan untuk mama, abah dan adik2nya.
Syukurlah.

Jumpa lagi.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181



.


Selepas berehat seketika

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.