Wednesday, August 10, 2011

Positif


Memiliki pemikiran dan personaliti yg positif menjadi suatu perkara
yg amat penting dlm mencapai matlamat
dan impian hidup.

Ia menjadi kuasa terbesar.
Ia memberi impak paling hebat ke arah kejayaan dan kemenangan.
Ia mampu menepis segala unsur negatif yg berada di persekitaran kita.
Ia mampu menarik yg negatif kepada positif.
Ia bisa menyhkan unsur negatif yg menjadi perosak utama
ke arah jalan mencipta kejayaan.

Kejayaan, kemenangan dan kehebatan adalah suatu energy.
Oleh kerana ia adalah energy, maka ia akan berpihak kepada kuasa energy yg hebat.
Tentunya org yg positif, org yg kuat, rajin, gigih, tekun, bersemangat kental, kuat mentalnya,
berdaya tahan, sabar, konsisten, komitmen,
sanggup berkerja kuat, fokus, sanggup berkorban,bercita2 tinggi,
mempunyai impian yg besar, sanggup bersusah payah, mempunyai matlamatyg jelas,
banyak bertindak, kurang bercakap, sentiasa yakin kepada diri sendiri,
percaya kepada kebaikan, jujur, telus, berani, optimis, pro aktif dan lain2 lagi.


Tak mungkin kejayaan, kemenangan dan kehebatan itu
akan berpihak kepada orang yg negatif, malas, lemah, lembik, tak bersemangat, penakut,
banyak alasan, cepat berputus asa, tak ada impian, tak fokus,
pemarah, sentiasa mengeluh, suka bertangguh, banyak menyalahkan orang lain,
tak mahu dibimbing, merasa diri serba tahu, merasa diri hebat
dan lain2.

jadi mari, kita berusaha untuk menjadi orang yg positif.
Kerana positif adalah kuasa kejayaan.
Positif adalah kuasa kehebatan.
Positif adalah kuasa kemenangan






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.