Saturday, August 27, 2011

Selamat Balik Kampung



Selamat balik kampung.
Selamat sampai ke kampung masing2.


Ada yg dah berbuka dgn keluarga di kampung petang semalam.
bestnya kan!

ramai yg dah bertolak pulang semalam.
ada gak yg bertolak hari ini.
Anda pulang ke mana?
Johor?
Melaka?
Negeri Sembilan?
Perak?
Penang?
Kedah?
Perlis?
Pahang?
Trengganu?
Kelantan?
Sabah?
Sarawak?
Putrajaya?
Selangor?

Sentiasa berhati2 dlm perjalanan.
Sentiasa cermat dan sentiasa berwaspada.
Kenderaan terlalu banyak. semua menuju ke destinasi masing2.


Aku masih di KL.
Hari ni di rumah saja.
kemas rumah sebelum balik kampung.
Bersihkan apa yg patut, kemas pakaian dan beg aku serta anak2.

En suami lak, gi hantar Tuah ke hotel penginapannya
untuk 7 hari, Tuah akan berada di hotel itu.
Ha ha ha...gelak besar anak2
waktu gi temahkan abah gi hantar Tuah.
he he he...Tuah tu kucing kesayangan kami.

Lepas hantar Tuah, en suami gi hantar pembantu rumah lak.
Tp senang sikit, hanya sampai ke stesen LRT Bukit Jalil je.
Dia nak balik sendiri berdua dgn kawannya.
Semalam dah belikan baju raya untuk Hom, boleh tahan gak harganya RM230 sepasang .
Aisyah yg pilihkan...katanya pasti kak Hom suka.
Belikan juga kasut dan kuih raya untuk Homsatun beraya.
Aku bagi cuti 10 hari untuknya.
Semoga dia gembira.

Plannya nak berbuka kat luar je petang ni.
Sebab dah malas nak masak.
sebab semua perkakas di dapur dah kemas.
Untuk sahur pun beli lauknya.
Plannya nak balik esok lepas sahur.

Insyaallah kita jumpa lagi.
musim raya ni, blog aku akan hupdet dari masa ke semasa.
walaupun sibuk yg amat selalunya.

Selamat Balik Kampung



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.