Friday, August 5, 2011

Berbuka Di Mana?

Salam.
Jam dah 11 malam.
baru nak mengadap pc aku.
Tiap2 hari mesti hupdate...bloggerlah katakan.
ceh ceh ceh...bukan main kau ya faridah.
mentang2 lah kau boleh menulis.
Mentang2lah kau ada blog.
Oppps soree, aku berkongsi je.
blog ni dah ada pembaca tetap.

"Tiap2 hari mesti bukak, macam dah kena angau saya kak, kalau tak bukak blog CDM Faridah"
Itu komen Izah.

"Tiap2 hari saya tertunggu entry baru akak. Kdg2 tu sehari tiga atau empat
kali saya bukak blog akak".
Kata Azi pula.

"Tak adalah special sangat blog CDM Faridah, tapi tak boleh pulak jika tak buka.
Mesti buka setiap hari, walau macam mana sibuk sekali pun mesti tengok gak".
Itu pulak komen dari Sufian.

Aku pun tak kenal dia org ni, semua jadi kawanmelalui fb je, lepas tu dah jadi followers lak.
Time kacih ya, kerana sudi buka blog ni dan sudi pulak jadi followers.
Aku pun follow blog kau orang seme.
Tukar2 idea.


Berbalik pada tajuk, berbuka kat mana petang tadi??
Kat hotel? kat restoran, kat highway? dalam kereta atau dimana?
Ada gak yg berbuka di tempat kerja...macam polis, misi, yg jaga tol...moga kerja2 anda terus diberkati.
Askar2 lak mungkin lebih perit, mungkin mereka berbuka di dalam hutan, di laut?
Terima kasih pada mereka semua kan. Jika tak ada dio orang ni susah gak kita semua ya.


Aku dan keluarga berbuka di rumah je.
Apa menu hari ni?
Kurma mana boleh tinggal?
Ini wajib bagi kami sekeluarga.
Apa? Yusoff Tayyub punya kurma?
Kau orang makan kurma apa?
Onde-onde
Ini org Kelantan panggil.
ada gak yg sebut buah mulong.
Org Melaka panggil ini buah dia....hih hih hih.
Ini kuih kesukaan Irah dan Aisyah.
Tiap2 hari buat pun tak apa.
Memang mereka suka.
Memang sedap jika aku buat, mesti guna daun pandan banyak2.
Pewarna tak main yuuu.
tambah kapur barus sikit.
kalau guna manisan dari Kelantan lagi sedap.
lain rasanya jika guna gula Melaka.
Soree org Melaka sebab aku tak guna gula mereka untuk onde2 aku sebaliknya
aku guna manisan kelantan.
Bawa khas dari negeri aku.



Kami tak minum ais atau sirap atau teh ais.
Hanya air bio aura sahaja.

Selepas menjamah kuih muih sikit sorang, kami terus berjemaah Maghrib.
Imamnya aku bawa terus dari Bumi Ambiyaaaa....heh heh heh,
siapa lagi kalau bukan anak bujang ku yg sorang tu, Ustaz Mohd Adib.
Selepas solat, baru makan.

udang masak kari.
"Sedapnya mama masak". Kata Adib
Macam biasa, aku mula masak jam 6 ptg selepas balik dari Shah Alam.
aku baling2 je bahan2nya dalam periuk.
Nak cepat.
Aku tak suka masak lambat2.
bahannya dah disiapkan Hom, pembantu rumahku yg paling bagus.
jd aku balik, kira campur2 je apa yg patut.
setengah jam, semua siap terhidang.

Auwww...terlebih lama sikit dlm kuali, jadi mat hitam lak ikan ni.
Tapi bukanlah hangit.
Masih sedap lagi.

Irah pernah kata,
"Mama, jika tak ada ikan nak masak, ambik je ikan dlm kolam depan rumahkita
tu buat masak steam atau kari ikan.tentu sedap mama".
Tak sampai hati lak aku nak makan binatang tu.

Sayur campur goreng.
Aku suka tambah dgn telur, bersalut jadinya. lagi sedap.
Ingat...hanya garam buloh tau.
Hanya itu garam yg menyelamat, garam kat kedai tu pembunuh senyap.
Jika nak order garam buloh utk masak, call aku tau.
hebat sangat garam ni.
Promo nampak??
Eh mestilah, aku ni kan bisnesswomen!!!
Eh wah...
business partner la, motivator la, mentor la. business consultant la...betul ke kau ni Faridah??
Atau kau ni ditimpa perasaan sorang2.
Entahlah...ya kot. Mungkin benar aku ni perasan?
ha ha ha...sodarlah diri tu sikit.


kan aku dah kat, aku suka lauk yg simple2 je tapi mesti sedap.
telur dadar, nak tahu macam mana nak tambah aroma utk sedapnya??
Kau bawa telur, meh aku tunjukkan. sebenarnya cara nak pecahkan telurpun ada tipsnya supaya lebih sedap.
Ada yg  dilagakan sesama telur, ada yg pecahkan pakai sudu, ada yg pakai pisau,
ada yg pecahkan pakai dinding dan macam2 cara lagi.
Aku ada tipsnya...mesti lebih sedap dik oooiii.
Tak percaya??


tembikai.
org putih sebut water mellon.
Org Kelantan sebut buah timung.
apa2 je lah. Kalau paki baja EZGrow buahnya pasti lebih besar, lebih lebat dan lebih manis.
jika ada pengusaha kebun tembikai, boleh lah call aku untuk beli baja hebat tuh.
mesti hasilnya berbeza.

Selepas makan dan berehat seketika,kami bersedia untuk solat Isyak dan terawih bersama2.
sejadah tersedia untuk solat terawih berjemaah di rumah.
Kami solat di ruang solat di tingkat bawah.
tempat ni juga untuk anak2 mengaji Al Quran.
Jika ada solat hajat atau meeting keluarga, juga diadakan di ruang ini.
Lapang dn selesa untuk kami sekeluarga.


Aisyah yg snap gambar ni. Dia solat Isyak je, terawih dah tak larat.
Asyik ponteng je terawihnya, macam2 alasan. Letihla, penat la, ngantuk la, sakit perut la.
Adib mengimamkan solat berjemaah.
Alhamdulillah, perjalanan pengajiannya di Mesir masih panjang.
Aku hanya berdoa dan sentiasa memberi dorongan untuknya.
Tidak mudah sebenarnya.
Sepenuhnya bahasa arab.
Subjeknya atau disebut madah diambil sampai 18 subjek.
begitu banyak mak ooiii.
aku risau gak, bila ada beberapa madah yg tersangkut, tak lulus lee.
Kena mengulang.


Selepas selesai solat terawih dan witir.
Terlalu cepat masa beredar, anak2ku dah remaja semuanya.
rasa masih baru lagi mereka aku dokong, dodoi dan timang ketika bayinya.
Si Adib dah lebih tinggi dari Mr Dzul, atau encik suami.
Dah boleh mengimamkan solat untuk keluarga.
Eh eh eh...rasa semakin jauh aku meninggalkan zaman muda rupanya apabila anak2ku semakin dewasa.

Selalu senyum, jika Adib call aku pun aku boleh bayangkan senyumannya.
Dulu putih gak kulitnya, sejak ke cairo ni aku tengok makin pekat warnanya.
Warnanya dah lain.
dah kelabu sikit...jangan mare ya Dib.
Apapun masih menawan senyuman Adib tu.
Habis belajar dulu tau...jangan jual senyuman tu merata2 tau.

Umurnya dah masuk 17 tahun, dah 3 tahun berada di Cairo.
PMR tak ambik, SPM pun tak ambik.
Perginya ke cairo ketika berusia 14 tahun.
Hafiz Al Quran adalah cita2nya.

Aku habis lebih RM1000 sebulan untuk perbelanjaan Adib di sana.
Syukurlah kerana aku ada duit hasil bisness ni.
Kalau jadi cikgu, mana mampu aku nak hantar pengajiannya ke sana dgn belanja sendiri.

Syukur kepada Allah SWT.
Aku harap Adib terus belajar dgn tekun dan gigih.

Salam untuk pembaca sekelian.
Selamat malam, nanti mimpi yg indah2.
Jangan lupa bunyikan alarm untuk bangun sahur nanti.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.