Friday, August 5, 2011

SMS saja? Call Lebih Baik...

Salam pagi Jumaat.
Salam Ramadan.
Dah hari ke 5 hari ni.
cepatnya masa beredar.
Yg jauh ditinggalkan bukan bulan atau matahari, tetapi setiap detik yg berlalu.
Ruginya jika masa tidak dimanfaatkan.
Eiii wah eii wah..cik puan yg mulia, macam lah kau tak pernah membazirkan masa?
Pandai lak nak nasihatkan org pagi2 ni.
Ya aku sentiasa ingatkan diriku sendiri.
Itulah bagusnya jadi leader.
jangan cakap saja, diri sendiri kena buat dulu.

Syukran, anak2 dah ke sekolah.
Mr suami yg hantarkan...jadi drebar budak2 sekolah sekarang ni.
Adib dah terlena selepas mengaji sama2 dgn aku tadi subuh tadi.
Adib nampaknya masing fening fening lalat.
Dia bertukar waktu siang dgn malam.
Maklum, waktu di Cairo dlm jam 2 pagi waktu ni.

Business macam mana hari ni?
Nak ke mana?
Jumpa siapa? Berapa org nak jumpa?
Jumpa kat mana?
Dah buat appointment ke?

Dah SMS ke?
Atau dah call?
Bila SMS? Bila call?
Minggu lepas?
Kena call sekali lagi, buat conformation lagi sekali.
Mana tahu prospek ada hal lain. Jadi tak adalah pergi dan balik kosong.
Jika dah confirm boleh jumpa, adalah hasilnya pertemuan itu.

Antara SMS dan call, mana yg bagus?
Dua2 bagus. Tapi hasilnya berbeza antara SMS dgn panggilan yg dibuat sendiri.
Ini Encik suami aku....Mr Dzul.
SMS selalunya kurang dilayan. apa lagi jika prospek baru.
Kita pun tak berapa layan org SMS kat kita.
Dok gitu??
Tambah2 yg tak pernah jumpa, tak pernah kenal.
Call sendiri lebih baik.
Lebih mesra dan kita boleh membuat andaian pertama tentang prospek yg nak ditemui.
Positif ke, minat ke, baik ke, sibuk ke?
Walaupun sekadar dgn hp je.

SMS selalunya org menyampah. Terutama yg tak kenal siapa kita dan tujuan kita.
Aku pernah dapat respond...
SMS balasnya ditulis..."Giler kau ni, aku tak layan apa yg kau hantar, menyemakkan hp aku je,
jika kau sms lagi, aku report polis baru kau tau".

Amboiii mak nenek aku, terkezut gak dibuatnya.
lepas tu aku belajar.
lebih baik call sebelum dia tahu maksud kita.

Dua hari kedian, aku call sendiri org yg sama menggunakan no hp yg lain...berdebar2 gak hati aku...
Tau tak respondnya?
Positif habis, baik dam lembutnya bercakap.
siap welcome aku lagi minta datang dan share apa yg aku nak cerita kat dia.
Masuklah pulak.
kan aku dah kata, antara SMS dan call itu berbeza hasilnya.


Abang Jai...jangan SMS je kena call.
Jika rakan kongsi yg lama berdiam diri atau koma, jika hantar SMS buat dek je.
Tak layan nyerr.
Cuba abang Jai  call sendiri, nak je mereka jumpa dgn kita.
Apa lagi jika ajak minum2, makan kerang bakar ke, makan rojak ke lepas terawih ni.


Cantiknya handbag kak Anum kita ni. COACH nampak.
Dwline pun kena pakai COACH gak. Jayakan mereka.
Sebagai business partner, upline lak tu,
harapan rakan kongsi pada kita teramatlah tinggi menggunung.
lebih tinggi dr gunung tahan, tapi rendah sikit dari gunung kinabalu.
cau cin cuuu...

service paling utama.
mereka tak mungkin bergerak sendiri jika kita tak gerakkan mereka.
Jangan harap rakan kongsi kita nak buat jika kita tak bagi service yg tip top.
So jgn SMS je, kena call.
mereka mahu dianggap sbgi dwline yg paling special di hati anda.
Tentulah berbeza layanan antara SMS dgn call.
So kena call lebih kerap.

Aduhai abang Aidil...lama tak nampak?
Busy ke? Taipan dah rindu sangat dgn abang Aidil. hi hi hi.
Dalam dunia hari ni, hp bukan sekadar untuk SMS dan call je tapi pelbagai.
Manfaatkan semaksima yg mungkin utk bisness kita.


SMS adalah antara cara follow up yg paling mudah.
pun demikian kena tahu caranya.
Sama ada follow up strangers, prospek, rakan kongsi, upline dan sebagainya.
Semua kena tahu cara.
Jangan sembarangan je.
Macam mana lak tu CDM ooiii???
Nak tahu kenalah datang mentorship programme yg aku buat tu, lepas raya nanti sambung buat semula.
Bulan Ramadan ni, off jap.

Aku tak perasan sapa ni ya??
Mungkin abang Khazir.
Jika SMS, ayat2 tu jgn sembarangan je.
Main hentam je.
nanti mati dan rosak bisness sendiri.
Berhati2 ya, aku banyak pengalaman bab2 ayat2 SMS ni.
Sama ada boleh naik business, boleh mati business, boleh naik sales, boleh merudum sales,
boleh bersemangat atau terus merudum semangat mereka.
Ohh gitu ke? Macam mana lak tu kak?
Sekali lagi, kena hadir kelas.
semua nanti akan dikongsikan dlm mentorship programme.
nampak mudah tetapi jika tak ada skills, lain diharap lain yg dapat.


Abang Din kita tut...bila nak gi jumpa FATIN???
Pengikut2 dah rindu kat FATIN.
Jomlah...kta tom tom bak RMnya..
SMS lah kat bapa FATIN... POK LOH tu, malam ni pun boleh.
Kira bersahur di rumah FATIN.
Ketua rombongan...KUTWO yg dah lama teringatkan  FATIN.
SMS kat KUTWO sekali. Hanim, Syed, Shamsul, Shila, Aida mesti nak ikut gak.
Tom tom bak tau...hi hi hi
Aku pengikut biasa je, tak adalah tegar sangat.
Laaa...nak SMS tapi tau tau kat sapa?
Takut nak SMS?
Nak call lagi la takut.
Takut org marah la, takut org menyampah la, takut org tak layan la,
takut org benci la, takut org reject la....macam2 takut.
Tapi setiap yg takut tak mungkin akan berjaya.
Kejayaan milik org yg berani.
Sham, tanyalah Zana, dia hebat bila call atau SMS prospek ni.

Tiru upline kita ni, Kak Tini.
Dah 11 tahun dlm business ni. Dia dah masak dgn cara nak SMS atau call prospek.
Hari2 dia buat kerja tu.
Hari2 dia lakukan hal yg sama.
Skills Kak Tini sangat tinggi adik2.
Cubalah call Kak Tini dan tanya dia.
Jgn SMS tau, dia tak layan sangat.
Maklum, dwline beribu riban seluruh nusantara ada.
Ada no hp Kak Tini? Yang  mana satu ya. aku tengok dah guna 4 nombornya.



Tak boleh nak imagin, macam mana nak buat business jika tak ada hp.
Jika tak ada internet.
Jika malas nak SMS.
Jika tak mahu call.
Kena buat.
kena lakukan.
Kena belajar kaedah dan caranya.
Walau pun nampak senang, tapi tetap ada caranya.


Setiap SMS atau panggilan yg dibuat kepada strangers dan prospek, tentulah kita mengharapkan
untuk mendapat hasilnya.
Apa hasilnya?
Tentulah boleh berjumpa mereka untuk kita berkongsi peluang yg kita ada.
So setiap sen dan hinggit yg kita bayar drpd SMS dan panggilan itu, harapnya supaya memberi pulangan
kepada kita.
Inilah modal dlm business ini.
Belajarlah cara2 dan kaedah untuk SMS dan membuat panggilan supaya
kita berjaya membuat appointment drpd SMS dan panggilan itu.
itu antara langkah2 yg patut kita lakukan untuk mengembangkan network dan business kita.

Jika nak tanya, bolehlah call aku.
Selalunya, jika soalan panjang lebar dan perlukan jawapan yg panjang lebar,
jika SMS saja pun aku tak berapa layan.
Call lah.
Hasilnya tentu berbeza kan kan kan!!!


CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.