Saturday, October 29, 2011

Apabila Allah Menduga Kita


Salam bahagia.
Hari Sabtu 29 Okt 2011.
Alhamdulillah, rezeki pagi ni dapat bersarapan bersama anak2.
Aimi baru balik dr tempat kerjanya Seven E.
Irah dan Aisyah akan ke kelas menthal arithmeticnya.
Miss Wong yg akan datang mengambil mereka.

Kami lak jap lagi akan ke USJ 9.
Program mingguan.
Setiap Sabtu dan Ahad akan diadakan.
Untuk wanita di TTC 1 dan untuk lelaki di TTC 2.

Aku seronok dgn apa yg aku lakukan.
Berniaga Hai O Marketing.
Dah 9 tahun bersama perniagaan ini.
Syukur, rezeki masih lagi melimpah ruah dgn perniagaan ini.
Aku masih terus menjana pendapatan lima angka sebulan.
Masih ramai rakan kongsi yg kekal bersemangat.
Masih ramai rakan kongsi yg mahu dibimbing.
Masih ramai yg sedang mengejar impian mereka.
Masih ramai yg sedang berusaha mencapai cita2 mereka.
Msih ramai yg mahu menggunakan produk2 hebat Hai O.
Ada waktu tak menang tangan.

Malam tadi aku temankan DDM Sarah ke PJ
Alhamdulillah, close penuh.
Mastura yg bekerja dgn
Petronas di KLCC terus
ambik PB, terus isi borang ahli dan bayaran terus diberi RM50.
Mastura juga terus mengisi borang dana.
Tiket WAB pun dia ambik.
Esok nak datang katanya.
Dia juga terus aku datang ke ofisnya untuk demo minggu depan.
Tahniah untuk DDM Sarah.

Anda bagaimana?
Masih yakin dgn Hai O?
Masih yakin dgn AT 181?
Masih yakin bahawa biz masih rancak?
Masih percaya bahawa Hai O masih mampu mengisi harapan
dan memenuhi impian anda?
Masih yakin bahawa produk2 Hai O tetap yg terbaik?

Alhamdulillah, keyakinan ku tetap sama.
Tidak berganjak.
Tidak berubah.
Tetap hebat.

Jatuh dan naik itu lumrah.
Inilah dunia bisnes.
Naik ada sebab jatuh pun ada sebab.
Semuanya menjadi pengajaran berguna untuk diri kita.
Tetapi selagi aku bertindak, aku berusaha dan aku tidak berputus asa,
maka aku tetap akan mengulangi kejayaan yg hebat.

Yg sedang naik beringatlah.
Beringat ketika senang.
Menyimpan ketika ada.
Menjana peluang ketika hebat.
Berhempas pulas memaksimakan kesempatan.

Yg sedang mengalami kemerosotan, yakinlah yg suram akan berlalu.
Syaratnya kita terus berusaha.
Kegelapan hari ini mampu kita sirami dgn limpahan cahaya
yg terang benderang andainya kita terus berusaha dan tidak berputus asa.
Jgn pulak asyik merungut dan mengeluh tanpa berusaha.
Jgn pulak dok menuduh dan menuding jari kepada salah silap org lain.
Jgn pula menyesali apa yg berlaku.
Jgn pula menyesali dan menyalahkan diri sendiri.

Buku 'Apabila Allah Menduga Kita'
membuka dimensi baru untuk aku bersyukur dgn setiap cabaran dan ujian yg dilalui.
Bolehlah dapatkan untuk jadi bahan bacaan.
Tambah ilmu dan kefahaman.









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.