Showing posts with label Aksesori. Show all posts
Showing posts with label Aksesori. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Coco Chanel

Perfume baru, ini memang kesukaan aku dan Dzul.
untuk raya.
Ori tapi murah.
Bukan beli kat butik, tapi beli dgn ajen.
Selalunya harga untuk sebotol Coco Chanel ni RM400 lebih tapi aku dapat RM150 je.
Untuk Boss tu pun sama, RM150 je.
Jimat, selebihnya boleh buat saving.

Monday, May 14, 2012

Mentorship Programme

Khamis lalu seperti biasa,
Program Mentorship berjalan dengan baik.
CDM Roshila terus hebat.
Tidak pernah menghampakan.

Berkongsi strategi menjana pendapatan lumayan bersama
strategi hebat lagi terbukti bersama Akademi Taipan 181.
Beliau sendiri melakukannya.
Beliau sendiri membuktikannya.
Menjana RM74 000 ketika mula join AT181 pada bulan Sept 2006 yang lalu.

Statement income sebagai bukti diedarkan kepada yg hadir.
Termasuk juga bukti2 income terkini turut diedarkan.
Siapa kata tak boleh buat?
Siapa kata skim cepat kaya?
Siapa yg berusaha, dia yang dapat.
Siapa yg sanggup bekerja, dia pasti mendapat habuannya.
Diskusi, table top, meeting after meeting atau apa saja..taouching tetap hebat
dan memberi impak besar kepada perkembangan network.
CDM Hanim sedang touching kepada rakan kongsinya.
CDM Siti Rozana Rozar bersama rakan kongsi baru.
Mantap untuk closing.
'Kapten War' CDM Jai memberikan service terbaik untuk rakan kongsinya yg hadir.
Hasil sentuhan Kapten War memang tiada tandingannya.
Sedang berusaha siang dan malam.
Business sedang jadi.
Business sedang naik.
Business sedang kembang.
Tahniah 'Kapten War' Taipan.
Bincang2, mencari solusi, mencari kesepakatan, mencari keserasian
untuk kembangkan berniaga.
Realiti Insan..lagu penutup yang mengujakan.
Tahniah semua yg hadir.

Khamis ni Mentorship Programme akan diadakan seperti biasa.
Demi untuk AT181.
Kali ni lagi hebat, kali ni lagi panas, kali ni lebih meletopss.
Datanglah jika mahu kekal berjaya selepas berjaya.
Jika mahu bertahan lama.
Tak payah mencari solusi untuk memeriahkan BOP,
semua dah meriah.
Modul2nya dah cantik. Tinggal lagi nak meriahkan je.
Jika semua pakat2 datang meriahlah.
Pakat2 naik, meriahlah.
Pakat2 buat, meriahlah.
Pakat2 excited meriahlah.

Pembaharuan itu perlu, bermula dengan dalam diri sendiri.

Thursday, October 13, 2011

Roscani

Cantiknya jam tangan Roscani ni kan!
Harganya dlm RM500 hingga RM600 lebih.
Diberi percuma untuk mencapai pangkat SM pada bulan pertama.

Jgn lepaskan peluang ni.
Boleh ganti jam lama.
Boleh buat gilir2 dgn jam lama.
Boleh buat koleksi jamtangan.
Boleh buat minat baru kepada jam tangan.
Boleh bagi hadiah kat sesiapa jika tak mau pakai sendiri.
Boleh bagi kat mak ke, bagi kat tunang ke, bagi hadiah kat isteri ke?
boleh buat hantaran ke atau boleh gak bagi hadiah kat aku.
ngeh ngeh ngeh...banyaklah cantique muka pn seri nak mintak jam tangan org.

Jika anda yg baca blog ni berminat nak dapatkan jam tangan Roscani ni secara
percuma, bolehlah call atau sms aku ya.
Nyatakan nama dan tempat anda.
Aku pasti akan datang.
Kita berkongsi caranya utk mendapat hadiah jam tangan Roscani ni
secara percuma.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181


Posted by Picasa

Sunday, October 9, 2011

Cincin

Cantiknya...tentu mahalkan.
Kakitangan kerajaan dpt bonus setengah bulan gaji.
atau minima RM500.
Tp mampukah nak beli cincin ni?
Sebulan gaji cukup?
Mahal ni dik oooiii...
Ribu2 tak cukup, belasan dan puluhan ribu harganya.
Berapalah pendapatan org yg memilikinya?

Bagi aku, cincin ni wajib pakai. Perhiasan diri yg tak boleh ditinggalkan.
Tak sedap rasa jika tak pakai cincin.
Jika dah keluar rumah, tertinggal lak cincin, aku sanggup pusing semula
utk mengambilnya.
Tak lengkap rasanya jika tidak bercincin.
Kosong je rasanya jari aku.
Tak sedaplah senang cakap bila tak pakai cincin.

Berapa anda ada cincin?
Berapa cincin sekali pakai?
Maklum jari ada sepuluh.
Pilihan yg mana anda suka?
Cincin emas atau cincin berlian.
Yg simple coraknya atau yg lebih glamour bentuknya.
Yg berbunga atau yg tak berbunga.
Yg besar atau yg kecil.
yg mahal atau yg murah.
Yg banyak batu berliannya atau yg hanya ada satu berlian tp besar saiznya.

Aku ada enam bentuk cincin.
Tp selalu aku pakai satu je.
Ada yg murah dan ada gak yg mahal.
Yg murah tu beli masa tak berwang.
Yg mahal tu lak beli sebagai hadiah utk diri sendiri ketika aku berwang.
Aku pakai satu cincin je di jari manis tangan kanan.
Aku suka yg simple, batu besarnya satu sahaja.
Harganya?

Pendek kata...jika ada duit semua boleh pilih mana satu yg berkenan.
Yg susahnya jika tak berwang.

Hidup jika tidak berwang,
pergi ke mana diri terbuang.


Aku mahu banyak wang.
Aku tak mahu hidup tidak berwang.
Nak dapat wang lebih?
Nak dapat wang banyak?
Boleh call aku ya.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181

Friday, August 26, 2011

S Wan Jewels

Selepas berbuka, dua malam sudah aku dan anak2 ke Alamanda.
terus ke Kedai S.Wan Jewels.
Ramainya org.
Tuannya Wan...org Kelantan, masih muda.
Sekarang dah kaya. seorang usahawan berjaya.
Berniaga secara kecil2an waktu mula2 berhijrah ke KL 12 tahun lalu.
Lahir dlm keluarga yg berniaga emas di Kota Bharu.
Rangkaian kedainya di Kelantan memang banyak terutama di Kota Bharu.
Di sinipun ada dua buah kedai.
Bangi dan  Alamanda dan yg terbaru akan dibuka di Cyberjaya.

Aku dah lama menjadi pelanggan S Wan Jewels.
Pekerjanya ramah, tuannyapun baik.
Jika balik kelantan, sering juga aku membeli di kedai ibunya berhadapan
Pasar Buloh Kubu.
Harga emas dua hari lepas.
RM200 segram tetapi dijual dgn harga diskaun RM185 untuk emas 916 bg satu gram
Lebih murah berbanding Habib Jewels, atau Wah Chan, Tomei
yg selalu dijual dgn harga semasa.
Boleh datang kat sini jika nak beli barang kemas.


Rambang mata...semua nak.
itulah org perempuan...baju, barang hiasan diri, kecantikan, melawa,
hiasan rumah, mesti tewas punya.
Akulah tu...nafsu besar.
Sowee bang, bukan nafsu besar...tetapi impian besar.
he he he.
Itulah yg selalu membuat aku bekerja kuat dlm business.
Kalau masih makan gaji, makan hatilah melihat ni semua.
meleleh je air liur.
Rambang mata...semua cantik.
Semua nak.
Buatannya halus, patern terkini, kualiti standardnya tinggi.
Harga upah pun berpatutan.
Heh heh heh....cantiknya.
Banyak patern baru.
sebelum ke Hong Kong hari tu, dah beli satu.
Tapi nak lagi bila tengok macam2 patern baru yg menggoda iman.
Sebenarnya aku datang nak beli rantai tangan untuk
Irah dan Aisyah.
Bukan untuk aku.....tapi taulah, aku kata nafsu besr punya.
Penjual menggoda dan memujuk.
pembeli menimbang dan memilih.
berdasarkan kemampuan dan kemahuan serta citarasa.
Jika nak berjaya dlm business, belajarlah.
cari ilmu...dlm business, pelanggan adalah raja.
mereka adalah segala2nya bagi kita.
mereka mesti diutamakan, service mesti tip top, mulut kena ramah, senyum kena lebih,
mesti pandai memuji, janji mesti ditepati, hati kena baik, jujur adalah segala2nya.
Business MLM pun sama, rakan kongsi adalah rakan niaga kita.
customer mesti dipujuk agar menjadi rakan kongsi
pula lepas menggunakan produk.
oooiiiiiii....jadi mami jarumlah gamaknya.
besarnya...tak cun dgn tangan aku yg kecik ni.
kalau tangan jenis bulat berisi, tentu cantik pakai yg ni.
yg ni beratnya hampir 60 gram.
harganya dah reiki2 lebih RM16 000.
Mak oooi...boleh bayar 3 bulan WST 181.

"yg ni memang sesuai dgn kak faridah, cun sangat, patern baru ni.
Org lain belum ada yg pakai patern ni.
Panas2 ni kak, ambiklah".
Kata Ayu...pandainya menggodek hati berahi aku.

Kemudian datanglak Wan taukehnya...
"assalamualaikum boss, lama tak nampak,
wah!! kena tu memang cantik sgt untuk raya ni".
Kita boleh bagi kurang sikit utk special customer".
"Jika nak beli, baik beli sekarang, lepas raya harga dijgka naik lagi".
Kata Wan...tuan punya S Wan Jewels.
Orgnya sgt baik dan peramah.

"yg ni baru jugak, murah sikit".
"berapa? Cuba kira".
"Tak mahal, hanya RM 9 685 je"
Cantik, semua cantik, semua suka...detik hati aku.
tengok yg lain lak.

Pilih dulu untuk anak2 pompuan kami.
dapat sorang satu, Irah tak ikut masih beriktikaf di masjid Kota Damansara.
So Aisyah lak yg lebih2 memilih utk kakaknya.
Pandai gak seleranya, nak yg besar dan cantik.

termakan gak pujukan Ayu...pandang en suami dia senyum je.
Katanya "ambiklah kalau suka".
wow sukanya hati, rezeki jgn ditolak.
inilah yg aku pilih, dua utas gelang tangan sebab rantai tangan dah banyak.
taklah mahal sangat, dlm RM7000 lebih.
Mampu milik kerana buat business ni.

la la la la la....dapat gelang baru, sukalah hati.
"TQ mama, TQ abah".
kata Aisyah.

Tuesday, August 23, 2011

Jam Dan Cincin


Jam dan cincin.
Antara aksesori kegemaran wanita.
Buat penghias diri.
Juga menjadi imej dan hiasan peibadi yg paling disukai.
Wanita hari ini memiliki citarasa yg tinggi dlm memilih aksesori dan
perhiasan diri. Pelbagai pilihan, mengikut kemampuan dan kemahuan.
antara jam dan cincin, padanan yg tepat pasti menambahkan seri keayuan lantas
mempamerkan keanggunan si empunya diri.
Wanita anggun bergaya, bijak bestari.
Buat ilham diri ku sendiri.

Beberapa rakaman jam dan cincin milik beberapa orang jelitawan
Studio Kecantikan WAB.
Ada jenama Bonia, Choopard, Rolex, Guess, Cerutti 1881, Tag Heaur,
Roscani dan lain2.
Cincin lak, jenama Diamony, Habib Jewels, Wah Chan, Breil Duplicity,
Tiffany dan lain2.
Bersenang2 hati tatarias elegan trend terkini.
Waaa....layan jelah ya.
Sementara menanti azan berkumandang.