Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tahun Baru 2011
Selamat tinggal tahun 2010.
Pelbagai pengalaman dan kenangan pahit manis
yang terkumpul di sana.
Kerinduan semalam hanya kenangan. Sedetik yang berlalu semakin jauh meninggalkan kita. Tak mungkin kembali.
Namun sesungguhnya, ia menjadi 'emas' untuk menyinari tahun baru 2011 nanti. Pasti ia mampu memantapkan lagi diri kita untuk terus berjuang bergelut dengan ujian dan cabaran yang mendatang.
Setahun lagi usia bertambah.
Januari bulan kelahiranku jua. Aku melihat warna warni kehidupan sebenar melalui pelbagai perkara dan pengalaman pahit manis yang telah ditempuhi sepanjang hidup ini.Apalagi dengan segala onak dan duri sepanjang dilalui tahun 2010 ini. Apapun aku bersyukur, ia makin mematangan diri untuk aku mencungkil lebih banyak potensi diri lebih dari apa yang aku ketahui sebelum ini. Aku menikmati segala kepahitan dan peritnya ujian khususnya bersama AT 181.
Setiap ujian yang diterima, pasti ada hadiah dan ganjarannya bagi yang bersabar.
Ia pasti amat berguna yang akan menjadi perisai kekuatan diri. Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia2.
Marilah kita sambut tahun 2011 dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT. Dengan bekalan pengalaman tahun 2010 yang menjadi benteng ketahanan dan kekuatan diri kita. Singkaplah tahun baru 2011 tanpa ragu2. Jangan takut menghadapi cabaran dan kegagalan kerana kejayaan yang paling bermakna adalah kejayaan selepas menempuh kegagalan. Ia menjadi pengajaran terbaik untuk kita semua.

Terima Kasih Semua


Terima kasih Semua
Atas segala sokongan anda
Atas semua kerjasama anda
Atas kesungguhan anda
Atas seluruh komitmen anda
Atas kesetiaan anda
Atas segala pengorbanan anda
Atas jerit perih anda
Atas semua keikhlasan anda
atas keyakinan anda
Atas kepercayaan anda
Kepada Akademi Taipan 181
Kepada saya
Kepada blogspot saya

Universal Studio Singapore


             "Percutian ini untuk anak2". Kata Dzul.
        Kami suami isteri dah puas berjalan seluruh dunia.
Makan angin hampir tiga kali setahun sejak tahun 2004 lagi. Dah lama berjanji nak membawa mereka berjalan ke Singapura.
Hingga ke hujung cuti sekolah 2010, baru berkesempatan. Maklum, terikat dengan komitmen sebagai Pensyarah di Akademi Taipan 181. Program pula banyak.
Setiap minggu pasti penuh.

                Dari mula bersiap, anak2 memang seronok
terutama Irah dan Aisyah. Mungkin kerana Aimi dah pernah berjalan keluar negara. Lagipun dia banyak terlibat dengan program2 lawatan dengan ITM.

Sewaktu nak bertolak. Selepas menghantar Tuah ke asramanya,kami terus bertolak.
Aisyah dengan Irah yang paling gembira. Jika Adib ada lagi seronok. Perancangan kami bermalam di JB sahaja, setiap hari masuk ke Singapura.
Terima kasih kepada DDM Atie dan DSM Rosol yang banyak membantu memberi info dan menenmpah tiket untuk ke Universal Studio.
Perjalanan ke selatan lancar, tetapi kereta agak banyak.
Perancangan awal nak bertolak pagi supaya sampai awal untuk mengambil angin di JB.
Tetapi menunggu urusan Tuah masuk ke asramanya , punyalah lama.
Jam 2.30 petang baru boleh bertolak.
Kami tiba di JB lebih kurang jam 7 petang dan terus menuju keHotel Mutiara Johor Bharu. Cantik hotelnya.
Memang puas hati. Harganya pun boleh tahan. Kami mengambil dua bilik bersebelahan untuk kami berlima bagi empat hari tiga malam.
Lapang dan selesa. Jika ada kawan2 nak menginap di JB, dicadangkan hotel ini. Dengan Singapore juga sangat dekat. Jika jalan tak jem,hanya mengambil masa 25 minit dah sampai ke negara jiran itu.
Bilik kedua, dengan harga yang sama.
Cantik dan selesa. Makan pun sedap. Banyak pilihan.
Seronoknya Aisyah.
Bergurau dengan abah sampai pecah perut ketawa.

Paling kecoh gelagatnya.
Selepas solat dan berehat, kami keluar makan.
Pilihan kedai Islam banyak. Restoran nasi briyani Johor, satay,kedai mamak, gerai makanan biasa, Gerai tepi jalan dan restoranpun ada. Tak susah untuk makan.
Lepas makan, sempat juga pusing2 kawasan sekitar dan mengambil angin di tepi Selat Tebrau. tetapi tak lama, kami nak segera tidur
kerana pagi2 esoknya nak masuk ke Singapore.

Pagi2 hari Selasa lalu, kami dah bersiap sarapan di hotel.
Ketiga beradik ini...Aimi, Irah dan aisyah tak sabar2 nak
ke Universal Studio.
Kemeriahan dan keseronokan di sana telah mereka tinjau sejak di rumah lagi melalui kemudahan internet.

Bagi Aimi yang pernah melancong ke Korea dan ke Disneyland bersama
kami dua tahun lalu, tidaklah excited sangat.
Aimi banyak memberikan gambaran kepada adik2nya.




Universal Studio Singapore menyediakan ruang kegembiraan 
untuk kita sekeluarga dengan pelbagai permainan yang sangat menyeronokkan. Nikmatilah percutian keluarga yang memberikan keriangan yang indah di studio ini.
Kami membuat tempahan tiket lebih awal melalui
DSM Rosol dan DDM Atie. Nasib baik mereka dah ada
pengalaman ke sana.
Untuk tiga orang dewasa dan dua kanak2,
kos tiketnya RM720.
Tak mungkin dinikmati jika kami makan gaji sahaja.


Selepas bermain Revenge of the Mummy.
Seronoknya!! Tetapi Aisyah ketakutan,
mungkin kerana gayat.
Lepas selesai, baru dia nak naik sekali lagi.


Aisyah bergaya di hadapan Universal Studio Store
Pelbagai cenderamata terdapat di sini.
Aku membiarkan saja anak2 membeli apa sahaja yang mereka mahukan. Aku dah puas shopping, kali ini masa untuk mereka membeli yang mereka mahu.
Bergambar lagi selepas bergembira naik Enchanted Airways.
Best sangat.
Kami juga sempat naik Battlestar Galactica Cylon, river boat Madagascar dan merasai keseronokan Shrek 4-D Adventure serta Donkey Live. Ahhh! banyak lagi tetapi memang tak cukup masa.
Irah memilih barang2 kesukaannya di
Universal Studio Store.
Mereka memilih macam2, ada untuk diri sendiri, untuk sepupu, untuk kawan2 dan untuk cikgu pun ada sebagai kenang-kenangan.
Aku penuhi semua yang mereka mahukan.
Hari ini memang untuk mereka.


Permainan Canopy Flyer. Untuk budak2 baguslah.
Cuma Dzul je yang menemankan Aisyah. Aku pula bersama Aimi dan Irah ke Dino Store jurasic Park.
Letih tetapi menyeronokkan. Pengalaman yang meriangkan untuk anak2. "Lain kali nak datang lagi", kata Aisyah
Maps To the Stars
Nor Syahirah..."nak ikut ke Disneyland Hong Kong"...
katanya. "Belum puas seharian di Universal Studio sehari"

Jungle Bites
Jika Adib ada bersama pasti lebih seronok.
Sepatutnya berenam tetapi kali ini hanya berlima sahaja.
Aisyah sedang memilih barang2 kesukaannya.
Hari ini memang untuk anak2, berjalan, shopping dan main2 untuk memenuhi impian anak2.
Aku dan Dzul tak kisahpun, yang penting anak2 gembira dan puas hati.

Dah penat kami berehat dan makan...Berhati2 bila nak makan, tak semuanya halal. KFC dan Mcdonald halal. Yang lain tak halal. Kami membawa bekal  makanan yang dibeli di JB.
Dah hampir 7 petang....masa untuk pulang.
Sebenarnya belum puas bermain, tak cukup masa.
Banyak lagi yang tak sempat main. banyak lagi yang tak sempat tengok, banyak lagi yang belum masuk, banyak lagi yang belum merasa. Tak apalah, ada rezeki datang lagi. Dah ada pengalaman di Universal Studio tu kira OKlah.
"Mama, kita datang lagi ya!" Rayu Aisyah
"Cuti sekolah bulan Mac boleh tak kita datang sekali lagi?" Irah pula merayu2.


Jam 7.30 petang kami keluar dari Universal Studio. Kaki dah penat, badan dah letih, perut dah lapar.
Tetapi anak2 seronok dan gembira.
Tetapi sesat la pulak. Nak balik ke JB.
GPS tak berfungsi....alahai, dua jam berpusing2, kemudian baru bertemu jalan pulang.
Esok pagi2 akan ke Singapore lagi. Kali ini untuk ke Singapore Zoo dan Safari Night.

Satu hari lagi

Motivasi Harian

Kita dapat mencari hikmah dengan tiga cara,
yang paling mulia dengan renungan,
yang paling mudah dengan meniru
dan yang paling pahit adalah dengan pengalaman.

Thursday, December 30, 2010

Motivasi Harian

Bersyukur dan berbahagialah atas apa yang kita perolehi hari ini dan berusahalah serta memohon kepada Tuhan bagi kebaikan hari esok.

Bawa Orang Baru...Bestnya Melancong

Bergambar di Puncak Titlis Switzerland
Bestnya Melancong Percuma.
Tawaran Tiga Kali Setahun Oleh Syarikat.


Malam ni Khamis 30 Dis,
jam 8.30 malam bertempat di USJ 9


*** TTC 3 untuk semua stranger/prospek baru/ orang baru/rakan kongsi  baru. Anda akan bersama DDM Zack(MC), CDM Wan Iskandar (Ice Breaking) dan CDM Aidawati (Marketing Strategy)
Bawalah orang baru kerana anda mahu ke Hong Kong dan orang baru juga boleh ke Hong Kong.

***TTC 2 pula, Slot Pengukuhan bersama CDM Roshila bertajuk
Kenapa Syarikat Menawarkan Trip Melancong Tiga Kali Setahun Percuma?
Apa faedahnya untuk kita?
Adakah sekadar makan angin sahaja?
Apa yang patut anda buat untuk network anda supaya  ramai yang boleh pergi melancong?
Bagaimana sepatutnya anda gunakan tawaran ini untuk mengembangkan network dan business anda?
Semua tips menarik akan dikongsikan dengan anda.
Datanglah belajar, mencari ilmu menuntut ilmu sangat dituntut.
Berjumpa lagi, salam dari Mutiara Hotel JB.
Kejap lagi masuk Singapore lagi.

3 Rahsia Suksess

        
          Seorang orang alim dari Indonesia (hanya buruh binaan) yan lebih dikenali sebagai Ustaz Haji, telah berkongsi tiga rahsia yang menyebabkan kita boleh suksess dalam apa jua bidang yang diceburi. Pesannya sungguh2 kepada kami bahawa tiga rahsia yang banyak diamalkan oleh orang2 yang suksess itu menurutnya ialah:-

1. Jangan sekali2 menderhakai orang tua
2. Jangan meninggalkan solat lima waktu, bahkan sangat dijaga kesempurnaannya solat itu.
3. Suka sekali bersedekah

          Mari sama2 kita amalkan. semoga kita akan suksess di sini dan di sana jua.

Wednesday, December 29, 2010

CDM CONVENTION AT 181


Untuk CDM dan Pasangan Sahaja
(Yg Mendaftar Sahaja)
Tempat Mines Resort
Seri Kembangan
Jam 8 Pagi Hingga 6 Petang
Bayaran RM50.00
Melangkah Ke Tahun Baru 2011
Menuju Ke Mercu Yang Lebih Gemilang

Tuesday, December 28, 2010

Tips2 Mudah Untuk Closing

Salam sejahtera. Salam bahagia. Pada ketika ini aku berada di Mutiara Hotel JB. Jam menunjukkan 5.36 pagi. Belum Subuh lagi. Pagi2 nanti kami akan masuk ke Singapura untuk ke Universal Studio. Anak2 belum bangun lagi.

          Berapa orang prospek yang akan anda temui hari ini?
Di mana anda akan berdemo? Adakah untuk rakan kongsi anda atau untuk anda sendiri. Selain dari membantu rakan kongsi, anda juga mesti berdemo untuk diri sendiri. Saya tahu anda semua excited untuk ke Hong Kong. Jadi banyak2lah berdemo.

          Ingat, yang paling penting sekali ialah closing.
Berapa banyak demo yang anda buat tidak dipedulikan orang.
Di mana anda berdemo juga tidak penting. Paling penting ialah berapa pakej yang anda boleh closing. Berapa orang yang mula berniaga dalam network anda. Berapa ramai pula orang baru yang menyertai group anda. Berapa banyak sales yang kita punch di stokis. Itulah closing.

         Closing bermakna prospek anda bersetuju untuk menyertai perniagaan ini. Ini yang paling penting sekali. Bagaimana hebat sekalipun kita berdemo, betapa rajin sekalipun kita berdemo, betapa banyak sekalipun kita berjumpa orang, tiada yang lebih penting kecuali closing.

        Closing akan menentukan network anda
berkembang ataupun tidak. Ia akan menentukan
business anda naik ataupun statik. ia akan menentukan rakan kongsi anda berkembang atau pun tidak.
Ia akan menentukan berapa pendapatan anda
pada bulan semasa. Jika anda boleh membuat
closing yang banyak, maka banyaklah
pendapatan anda.



                                                                                             
Terdapat dua jenis closing iaitu:-

1. Mengisi borang ahli dengan bayaran RM30.00
2. Bersetuju untuk berniaga dengan mengambil
pakej yang ditawarkan.


Tips2 untuk membuat closing:-


1. Anda mesti berani untuk membuat closing.

2. Yakin dan beranilah untuk closing.

3. Jangan teragak2 ketika membuat closing.


4. Jangan bertangguh atau tunggu lama2.
Closing mesti dibuat 'on the spot',

5. Minta ic dan isikan borang keahlian.

6. Prospek anda mesti menurunkan
tandatangannya sendiri dan bukan anda yang menandatangani bagi pihaknya.
Ini closing yang pertama. Tahniah!

7. Untuk closing yang kedua, anda mesti lebih
berani dan yakin kepada diri sendiri.

8. Jangan memberi ruang untuk prospek berfikir
sendiri. Anda juga mestilah  bersedia untuk
memecahkan persoalannya.
Contohnya, jika prospek berkata "tak pandai
nak cari oranglah". Jawapan anda "Banyaknya
orang, cuba senaraikan sekarang berapa orang
yang ada dalam
senarai hp puan".
Jika prospek anda berkata "saya tak pandai
bercakap". Jawapan anda mestilah "Tak perlu
pandai bercakap,
yang perlu ialah kemahuan. Biar saya yang bercakap.
Puan panggil saya untuk bercakap kepada
prospek puan".

7. Berikan soalan tertutup yang mana
jawapannya mestilah ya. Bukannya soalan
terbuka yang membolehkan prospek memberikan
pelbagai macam jawapan.

8. Jika prospek sudah menampakkan persetujuannya, jangan berlengah lagi. Bertindak segera. Hulurkan
borang dana jika dia tiada tunai.

9. Uruskan segeranya dananya, jangan menunggu
lagi. Minta  dia turunkan  tandatangan di ruangan
borang yang disediakan.

10. Nyatakan bahawa anda akan datang mengambil dokumen yang perlu keesokan harinya.
Walaupun anda mungkin bekerja atau anda terpaksa menghadiri kursus, dokumen mesti diambil keesokan harinya pada masa yang ditetapkannya.
Mintalah bantuan upline anda.

11. Jangan sekali2 membiarkan dokumen terlalu
lama berada di tangannya.

12. Jangan menyuruh prospek anda menguruskan
dananya sendiri.

12. Sebaik selesai urusan dananya, bawalah dia
ke stokis untuk urusan membeli barang atau 'punch'.
Wah tahniah! Anda sudah berjaya membuat
'closing' yang kedua.

13. Langkah seterusnya ialah untuk membimbing
dan menjayakannya selepas dia menyertai
perniagaan ini.

14. Berusahalah membawanya ke kelas/meeting/
slot ilmu dan pengukuhan/seminar yang dianjurkan
oleh AT 181.

15. Berusahalah untuk memperkenalkannya
kepada upline/CDM anda seberapa segera.


16. Pasti dia akan berjaya. Akademi Taipan 181
akan terus membimbing setiap warganya.


 Azan dah kedengaran. Mari kita bersegera
mendirikannya. Bersolatlah jika kita mahukan
kejayaan dan kebahagiaan di dalam hidup.

Salam kejayaan. Insyaallah, kita berjumpa lagi.

Monday, December 27, 2010

Apa Perlu Datang Meeting?

          Setiap Selasa ada business talk atau meeting di TTC 1, USJ 9 pada jam 8.45 mlm. Malam besok pun ada. Datanglah. Datang meeting sangat penting. Dia adalah pemakanan wajib dalam bisness MLM. Ia adalah nyawa dalam MLM. Ia adalah kunci terpenting untuk suksess. Tanpanya tak mungkin kita boleh berjaya. Malahan tiada orang yang berjaya di dalam industri MLM tanpa menghadiri meeting.

          Ada orang kata buat apa datang? Sama je tiap kali datang. Benda tu juga yang diperkatakan. Tak ada beza. Itulah kata2 orang yang menempah kegagalan dalam perniagaan ini.
         Saya dah berbelas tahun dalam industri MLM. Dalam Hai O sahaja dah lebih lapan tahun. Tidak pernah jemu datang meeting. Tak pernah rasa menyampah dengan meeting. Malahan sentiasa merasa excited dan tertunggu2 meeting seterusnya.

Apa perlunya datang meeting?
Untuk melihat orang2 yang berjaya.
Untuk mendapat ilmu berniaga.
Untuk belajar tentang produk.
Untuk belajar cara berdemo.
Untuk belajar cara membina network.
untuk belajar menjadi pemimpin yang hebat.
Untuk membimbing dan dibimbing.
Untuk berkongsi tips kejayaan dengan orang lain.
untuk mengembangkan network bila kita bawa orang baru.
Untuk memperkenalkan rakan kongsi baru kita kepada upline.
Untuk recharge semangat kita.
Macam hp juga, tiap2 hari kena charge batery. Macam mana mahalpun hp kita, jika tak ada bateri, tentu tak boleh gunakan!
Lepas meeting, selalunya ada table talk untuk personal tauch dengan CDM masing2.
Untuk merapatkan silaturrahim walaupun dengan sideline. Bagusnya, sideline pun bersedia untuk berkongsi kejayaan mereka di dalam AT 181.
Nak rapat pun boleh. Nak baik dan mesra pun boleh.
Untuk merasa happy dan enjoy dalam MLM. Join akademi Taipan lagi enjoy. Jika datang meeting, boleh bercerita, boleh berkongsi, boleh menyanyi, boleh berjumpa orang2 yang hebat, boleh dapatkan semangat dan lain2. Itulah rahsia besar saya lama dalam bisness ini. Sentiasa merasa seronok dan gembira. Tiada tekanan. Tiada terikat dengan peraturan di pejabat.
Jika kita dah berjaya, untuk lebih berjaya lagi.

Datang je. Jika anda dah lama tak datang, datanglah malam besok. Taipan sentiasa mengalu2kan warganya. Tak ada rakan kongsipun tak apa.
Datang terus ambil semangat, pulihkan keyakinan dan dapatkan semula aura yang telah lama hilang. lepas datang tiga empat kali berturut2, nanti semangat anda akan pulih kembali. Impian kembali segar, kemahuan kembali memuncak, semangat kembali membara.
Lepas itu barulah kita bertindak. Buat senarai nama, menghubungi prospek anda, buat appoiment dengan upline atau CDM anda, tajamkan skil untuk closing, pergi stokis, urus dana dan sebagainya. Itu semua anda boleh dapat apabila anda datang meeting.

Jik datang meeting, datanglah awal. Duduk di hadapan tentulah berbeza dengan duduk di belakang. Yang bagusnya, datanglah bersama rakan kongsi baru dan lama.

Datanglah dengan penuh semangat. Bawalah hati anda bersama. Jangan merasa malas, terpaksa atau bagai dipaksa untuk datang. Datang meeting pula mestilah kerana kemahuan anda sendiri. Mahu berjaya juga kerana kehendak dan kemahuan anda sendiri. Bukannya kerana orang lain.
Atas lantaipun jadi...personal tauch selepas meeting berakhir.

Meeting di Akademi Taipan 181 sentiasa ramai, sentiasa padat dan penuh. Banyak mendapat ilmu, semangat dan sharing. Inilah yang dikatakan bimbingan percuma yang disediakan oleh akademi ini.
Kadang2 CDM2 pun buat perbincangan
meja bulat selepas meeting.
Semuanya untuk memantapkan Akademi Taipan 181.
Sokongan padu CDM2 kepada rakan kongsi memang luar biasa hebatnya.
Datanglah untuk berjumpa dengan mereka, bertanya kepada mereka, berbincang dengan mereka, mendapatkan tips dan ilmu dengan mereka. Inilah hebatnya sideline di dalam akademi ini.
Walaupun sideline, tiada rahsia untuk berjaya. semuanya akan dikongsikan dengan anda semua.

Datanglah malam besok ya di TTC 1, USJ 9. Opppsss....tetapi maaf kerana kami tiada di KL.
Bercuti ke Singapore bersama anak2.
Tetapi hati saya sentiasa bersama anda semua.

Tuah Masuk Asrama...Ha Ha Ha

"Aisyah, kak Irah, Kak aimi dan abah ke Singapore tau...bercuti.Empat hari je ke sana.
Khamis nanti balik lah.
Tuah tak boleh ikut sebab tak ada pasport.
Tapi Tuah kena masuk asrama ya!. Janganlah sedih, nanti Aisyah beli mainan kat Singapore untuk Tuah ya"
Pesan Aisyah kepada Tuah.
Lucunya melihat gelagat Aisyah dengan Tuah.
"Bestnya dia orang gi holiday ke Singapore. Kat Universal studio tu macam2 boleh main kan! Tapi nak buat macam mana, aku mana boleh ikut" Tak apalah, biarlah aku masuk asrama empat hari ni. Aisyah janji nak beli mainan untuk aku nanti. Baik betul dia orang ni. Aku suka tinggal di sini".
Agaknya itu keluhan Tuah....jika dia boleh berkata2.
          Ha??  Tuah masuk asrama? Buat apa? Kenapa? Asrama apa? Ada ke? Kat mana?

          Kami sekeluarga akan holiday ke Singapore hari ni, bertolak pagi ni...empat hari ke sana. Bawa anak2 ke Universal Studio, safari dan shoping2 di kota Singa tu. Homsatun pun bercuti juga. Mana nak letak Tuah. Takkan nak bawa dia ke Singapore sekali. Dia tak ada pasport.

          Kami bertanya CDM Khazir. Dia kata kena hantar ke asramalah jika nak balik kampung atau berjalan2 jauh. Ooooooo....macam tu. Ha ha ha...tergelak besar Dzul, Aimi, Irah dan Aisyah bila Dzul bagi tau, Tuah kena masuk asrama sepanjang kami bercuti ke Singapore.

          Kat mana asramanya? Ada kat Puchong Jaya. Sehari kena bayar RM20 untuk kos penjagaannya. Siap kena hantar makanan dan ubatnya sekali. Alamak...nasib baik tak payah hantar pempers. Ha ha ha...berdekah2 lagi anak2 ketawa bila menghantar Tuah ke asramanya pagi tadi. "Bye bye Tuah, see you again". Kata Aisyah lagi sambil melambai2 Tuah.
         Salam, insyaallah kita jumpa lagi.

Sunday, December 26, 2010

Melaka Meriah!

Tahniah untuk pemimpin2 Selatan...
80 orang hadir di Dewan Kristal Bangunan Perkeso
Ayer Keroh petang semalam.

Tahniah juga kerana sudah lebih tiga tahun Business Talk di Sungai Udang berjalan dan terus bertahan.
Kali ini melangkah dengan lebih berani bertukar angin ke Ayer Keroh Melaka.

CDM pertama di Melaka pun dah ada.
Tahniah kepada CDM Hamaka Yusof.
Target kita selepas ini akan lahir lebih ramai lagi pemimpin2 hebat berpangkat CDM akan lahir di selatan.

Insyaallah, minggu depan pada setiap Sabtu pada masa yang sama, business talk di Melaka akan terus berlangsung di sini.
Jom CDM2 Selatan...masa untuk bertindak untuk mengembangkan network anda di selatan.
Selamat maju jaya.


CDM Syed Huzair membentangkan ice breaking.
Makin hebat, makin mantap lepas ni Selatan naik melonjak2. Tahniah CDM Syed.
DSM Rahim yang menjadi MC petang semalam...
"Saya sebelum ini bekerja memasang kabel elektrik je. Bersama akedemi ini, kehidupan kami amat berubah. Jika saya boleh, anda juga pasti boleh".
Hampir 80 orang hadir. Dewannya besar dan selesa.
Lengkap dengan kemudian untuk surau, tandas, ruang perbincangan, parking yang luas dan lain2.
Tak pernah jemu menghadiri meeting walaupun bersama anak kecilnya. Tahniah DSM Ani
SSM Farah...datang dari Muar bersama rakan kongsinya.
Insyaallah saya akan terus berusaha dengan bimbingan
Akademi Taipan 181

"Duit banyak semua orang mahu, kereta besar semua orang mahu, bayar hutang semua orang mahu, melancong percuma semua orang mahu, naik CDM semua orang mahu juga...Jika mahu kena buatlah baru dapat".
"Jika mahu semua itu tetapi tak buat, mana mungkin akan dapat?"

DDM Jef, DDM Safuan dan CDM Hj Cha turut bersama hadir petang semalam. Tahniah DDM Jef...berehat sebentar, kali ini muncul dengan semangat baru.
"Saya akan pasti naik CDM tahun 2011 nanti."
Tahniah orang Melaka.
Yang muda, yang berusia, sekolah tinggi., sekolah tak tinggi, yang bekerja atau tidak bekerja, lelaki atau perempuan, semuanya boleh berjaya.
Tahniah...ramai yang datang dari Melaka,  Seremban, KL, Selangor, Kluang, Muar, Kuala Pilah...
Kaunter penerangan dan demo produk Bio Aura juga disediakan.
Lepas business talk, peserta datang melihat kehebatan produk.
Ditunjukkan juga cara pemasangan dan service produk.
Kemunculan produk baru yang hebat BZFood Purifeir dijangka akan menambahkan kehebatan business
bersama AT 181.
Rebutlah peluang, apa lagi dengan tawaran hebat trip melancong percuma ke Hong Kong.
Go Go Go Hong Kong!!!
Bersama CDM Saripah Eisah, CDM Roshila, 
CDM Jalilah, DDM Rosmawati dan DDM Norkamisah.
Terima kasih CDM2 kerana bekerja kuat untuk menggerakkan group masing2 di selatan.
CDM Aidil dan DDM Jef mengendaliakan demo produk Bio Aura dan Bio Zone Food Purifier.
Bagus2...mereka boleh melihat kehebatan produk.
DDM Norita turut hadir membawa rakan kongsinya.
Tahniah Norita.
Tahun 2011 tahun untuk naikkan semula berniaga. Cabaran perit telah berlalu. Sekarang masa untuk kembali besarkan network, besarkan income, naikkan group masing2, naikkan akademi ini.

SM Azura sharing. "Saya akan terus berusaha untuk berjaya bersama Akademi Taipan 181.
CDM Roshila membentangkan syrategy plan untuk
semua orang baru.
Boleh tahan juga, macam2 soalan yang ditanyakan.
Lepas tu terus isi borang dana.

Terima kasih kepada CDM2 yang memberikan sokongan kepada Melaka...CDM Jalilah, CDM Aidil, CDM Saripah Eisah, CDM Hj. Cha, CDM Syed Huzair, CDM Zaifrey, CDM Hamaka, CDM Roshila, CDM Dzul, DDM Norkamisah, DDM Norita, DDM Safuan, DDM Jef Rosli, DDM Rosmawati dan lain2.

Jumpa lagi. Salam Kejayaan