Sunday, December 26, 2010

Hello!!

Hello! Assalamualaikum....
Beranilah....

Salam, berjumpa lagi. Aku ingin berkongsi rasa tentang bisness yang kita buat ini. Ia suatu bisness yang sangat simple dan mudah.

          Buat bisness ini sangat senang. Kita tidak perlu pergi membuka kedai kita. Tak perlu juga menunggu kedai dari sepuluh pagi hingga sepuluh malam. Tak perlu juga anda menggajikan pekerja.

          Ramai orang sedang menunggu kita. Ramai yang sedang menanti panggilan kita. Jangan takut untuk berjumpa orang. Bayangkan semua orang sedang menanti kehadiran anda untuk mendengar peluang hebat ini.

         Kita juga mesti merasa seronok untuk berjumpa orang. Kita hanya ingin berkongsi suatu peluang yang sangat hebat. Produk yang hebat. syarikat yang hebat. kumpulan yang hebat. Strategi yang sangat hebat. Bimbingan yang luar biasa hebat. Jadi bergembiralah untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja.

          Senarai nama mestilah sentiasa ada. Bukan sekadar ada, tetapi juga mestilah sentiasa tambah. Bila dah ada senarai nama, mestilah telefon untuk mendapatkan appoiment. Maka mestilah berani juga untuk menelefon. Mesti seronok untuk menekan button hp. Mesti tahu pula bagaimana nak memulakan cakap ketika menelefon prospek kita.

    Di sini dinyatakan beberapa tips2 mudah ketika menelefon prospek/stranger anda:-

* Pilih masa yang sesuai, bukan waktu yang mengganggu. lewat malam, subuh atau maghrib tentulah masa yang tidak sesuai.
* Menghantar SMS dengan menelefon sendiri adalah berbeza hasilnya.
* Yakin dan beranilah ketika jari anda menekan hp anda.
*  Jangan menelefon prospek sekiranya anda sendiri kesuntukan masa atau tergesa2.
* Anda mesti tahu siapa prospek anda
* Senyumlah ketika anda bercakap walaupun hanya melalui telefon. Nadanya pasti berbeza sekiranya anda masam atau dalam keadaan marah.
* Ingat namanya.
* Memberi salam
* Memperkenalkan diri anda sebaik panggilan anda dijawab.
* Jangan terlalu banyak bertanya soalan peribadi
* Menyatakan tujuan panggilan dibuat.
* Mesti fokus kepada untuk mendapatkan appoiment dengannya.
* Cadangkan tempat perjumpaan yang disenanginya.
* Nyatakan bahawa anda hanya perlukan 20 minit sahaja untuk berjumpa dengannya.
* Jika dia bertanya untuk apa, nyatakan tentang AT 181 sama ada dia pernah dengar atau sebaliknya.
* Jangan berkempen bisness anda melalui telefon.
* Jangan menjual produk melalui telefon.
* Jangan bercakap terlalu lama sehingga mengganggu keselesaannya.
* Jangan sekali marah2, berleter atau membebel ketika menelefonnya.
* Mintalah appoiment mengikut masa yang dia suka, bukan anda yang menentukan masa untuknya.
* Minta dia memilih tempat yang disenanginya. Bukan memaksanya datang ke tempat anda.
*Jangan terus mendesaknya untuk bercakap dengan anda jika dia sedang sibuk. Nyatakan anda akan menelefonnya lagi kemudian.
* Jangan menelefonnya setiap hari. Itu mengganggunya.
* Buat panggilan berikutnya selepas dua hari dari panggilan yang pertama jika ia belum dapat membuat appoiment dari panggilan sebelumnya.
* Ucapkan terima kasih dan memberi salam kepadanya selepas mendapat appoiment untuk berjumpa dengannya.
* Penuhilah janji anda.
* Datanglah tepat pada waktunya, dengan imej yang meyakinkan, dengan penuh kepercayaan dan seronok serta excited untuk berjumpa dengannya.
* Bayangkan, dia sedang ternanti2 kehadiran anda.
* Bayangkan betapa gembiranya dia kerana anda memperkenalkan bisnes hebat ini untuknya.
* Bayangkan anda dapat membuat 'closing' dengannya dan jawapannya adalah 'YES'.

"Hello! Saya Ustaz Yusni dari Bangi. Ingat tak yang kita jumpa kat airport KLIA petang semalam?"
Hello! Ju...

2 comments:

  1. Tips mudah untuk bertemu stranger..
    thanks CDM Faridah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah JTX...hebatnya kerana dapat berkongsi ilmu dengan semua warga AT 181. Terus bertindak,telefonlah prospek anda dan buatlah appoiment segera.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.