Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432

6 Disember 2010
TTC 1, USJ 9
5.30 Petang
Bacaan Doa Akhir Tahun Sebelum Maghrib
Bacaan Doa Awal Tahun Selepas Solat Maghrib
Majlis Solat Hajat
Majlis Bacaan Yassin
Solat Isyak Berjemaah
Datanglah jika anda berkesempatan.


Bacaan Doa Akhir Tahun
dibaca sebelum Maghrib
Bacaan Doa Awal Tahun
Dibaca Selepas Solat Maghrib


                                          Hijrah
                   Anjakan Paradigma Untuk Diri Sendiri.

          Hijrah membawa kita ke arah satu peralihan dalam diri yang akan membawa kepada kehidupan yang lebih sempurna. Sebagai manusia yang normal, pastilah kita tidak mahu kehidupan kita dan keluarga berada di takuk lama. Tentu kita menginginkan kehidupan yang lebih baik dan bermakna dari semua aspek.

          Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Dan esok pula mestilah lebih baik dari hari ini. Inilah hijrah. Bermula sahaja kehidupan kita di bumi ini, maka kita dituntut untuk sentiasa berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap kepada tahap yang lebih baik.

          Hijrah sewajarnya bermula dengan diri kita sendiri. Kita wajib memastikan diri kita sentiasa mendapat keredaan Allah SWT pada setiap ketika. Apabila kita mampu mengubah dan menghijrahkan diri kita, barulah kita mampu pula membangunkan keseluruhan keluarga dan masyarakat kita. Bagaimana mungkin kita mahu mengubah masyarakat andainya diri kita sendiri masih di dalam kemungkaran dan tidak diredai Allah SWT.

          Janganhanya menunggu tahun baru untuk berazam dan mengubah diri. Lakukanlah setiap masa. Setiap saat mesti berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Setiap hari adalah hari baru yang indah bagi kita yang patut kita lalui dan hargai bagi menyinari hidup yang lebih bermakna. Buangkan sikap malu dan takut untuk berubah. Kita wajib menjadi manusia yang memberi rahmat dan kebaikan kepada orang lain. Bermula dengan orang terdekat di sekeliling kita dan kemudian secara berperingkat2 lebih meluas kepada masyarakat yang kita dampingi saamada di pejabat, di kilang, di bank, di sekolah, atau di dalam lingkungan kita berada..

          Akuilah bahawa sebenarnya kita hidup sebatang kara. semua yang kita punyai hanya sementara. Ibu bapa, suami, isteri, anak2, harta benda dan segalanya adalah milik mutlak Allah jua. Bila2 masa boleh diambilnya kembali. Maka kita harus membuat kebaikan dan kebajikan serta amal ibadah sebanyak yang mungkin. Hanya itu yang kekal menjadi teman setia setelah kita kembali nanti.

          Kita terus dituntut untuk melakukan hijrah ddemi mencari keredaanNya. berhijrahlah untuk menuntut ilmu, mencari kebahagiaan, kejayaan, meneguhkan ekonomi, mencari pekerjaan, berniaga, melihat kebesaran llah SWT, berkahwin, membina keluarga dan sebagainya. Masih belum terlewat.

Mudah2an perjalanan kita pada tahun baru 1432 ini akan diberkati Allah SWT. Salam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.