Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tahun Baru 2011
Selamat tinggal tahun 2010.
Pelbagai pengalaman dan kenangan pahit manis
yang terkumpul di sana.
Kerinduan semalam hanya kenangan. Sedetik yang berlalu semakin jauh meninggalkan kita. Tak mungkin kembali.
Namun sesungguhnya, ia menjadi 'emas' untuk menyinari tahun baru 2011 nanti. Pasti ia mampu memantapkan lagi diri kita untuk terus berjuang bergelut dengan ujian dan cabaran yang mendatang.
Setahun lagi usia bertambah.
Januari bulan kelahiranku jua. Aku melihat warna warni kehidupan sebenar melalui pelbagai perkara dan pengalaman pahit manis yang telah ditempuhi sepanjang hidup ini.Apalagi dengan segala onak dan duri sepanjang dilalui tahun 2010 ini. Apapun aku bersyukur, ia makin mematangan diri untuk aku mencungkil lebih banyak potensi diri lebih dari apa yang aku ketahui sebelum ini. Aku menikmati segala kepahitan dan peritnya ujian khususnya bersama AT 181.
Setiap ujian yang diterima, pasti ada hadiah dan ganjarannya bagi yang bersabar.
Ia pasti amat berguna yang akan menjadi perisai kekuatan diri. Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia2.
Marilah kita sambut tahun 2011 dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT. Dengan bekalan pengalaman tahun 2010 yang menjadi benteng ketahanan dan kekuatan diri kita. Singkaplah tahun baru 2011 tanpa ragu2. Jangan takut menghadapi cabaran dan kegagalan kerana kejayaan yang paling bermakna adalah kejayaan selepas menempuh kegagalan. Ia menjadi pengajaran terbaik untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.