Alahai Si Tuah, demam pulak dia hari ni. Pagi tadi waktu dibawa masuk ke rumah dan diberi minum, Tuah muntah. Habis atas lantai ruang tamu. Apa lagi Hom lah yang membersihkannya. Badan Tuah panas. Dia tak aktif dan tak mahu makan. Seleranya langsung tak ada.
Kalut sekali Aisyah telefon Dzul. Kami pula berada di TTC 1 ada meeting CDM hari ini. Sekejap dia telefon lagi melaporkan keadaan Tuah. Katanya badan Tuah panas, demam dan tak mahu makan. Bermain pun tak mahu. "Abah cepatlah balik, nanti Tuah lagi demam. Kita kena bawa Tuah jumpa doktor. Abah balik cepat". Aisyah mendesak abahnya. "Ya abah ada meeting ni,habis meeting abah balik dan bawa Tuah ke klinik ya!" "Ok abah, jangan lambat tau!".
Tapi tak sampai sepuluh minit kemudian, dia telefon lagi. "Abah, Tuah tak nak makan, air pun dia tak nak minum. Lambat lagi ke meeting nak habis? Alaa, cepatlah bah!" Cemas sekali suaranya. "Ya nanti abah baliklah." "Sejam lagi habislah". Kata Dzul menjelaskannya.
Beberapa kali aisyah telefon abahnya. Tak lama kemudian, Irah pula yang telefon. Alaa terganggu rasanya, kata Dzul. Tak senang duduk, dia pun risau juga bila anak2 mengkhabarkan tentang keadaan anak angkat kesayangannya itu.
Sebaik habis meeting, kami bergegas pulang. Aisyah dan Irah dah sedia menunggu depan gate. Wajah mereka nampak cemas. "Abah cepat bah, kita tak boleh tunggu lama. Kita kena bawa Tuah jumpa doktor sekarang". Kata Aisyah.
"Ya abah kena solat dulu. Lepas ni kita gi klinik ya. Mana Tuah?" Tanya Dzul. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.