Inilah dia, corner lot.
Baru dapat kunci, tetapi itulah dia, sebelum siap lagi pun dah bertalu2 aku
dapat panggilan...ada yg nak beli, ada yg nak sewa, ada yg nak beli sebelum siap lagi.
Memang macam goreng pisang panas.
Pelbagai ejen hartanah yg cari aku. Laris.
Aku akan jual segera, sebab bayaran bulanannya tinggi.
Semakin lama aku bayar, tanpa dijual, maka semakin kecillah keuntungannya.
Sejak aku tubuhkan Spectra Global Properties Sdn Bhd,
(sebenarnya untuk mengurangkan cukai),
dan aku belajar selok belok bisnes hartanah, baru aku tahu bahawa lokasi
adalah penentu utama untuk mendapat keuntungan.
Malahan lokasi, lokasi dan lokasi masih menduduki faktor paling penting
mengalahkan faktor lain.
Satu lagi ialah feng shui, walaupun org Islam tidak pernah mempedulikannya,
tetapi oleh kerana rumah yg kami beli dan jual ini berharga tinggi,
maka potential buyernya juga adalah yg berbangsa Cina.
Mereka sgt mementingkan feng shui.
Aku pun dah belajar sikit2 ttg feng shui ni.
Bukan percaya sgt tetapi jika nak membuat pelaburan
untuk beli dn jual rumah, aspek itu tak boleh diketepikan.
Hanya org berniaga yg mampu membeli rumah berharga
lebih RM700 ribu ke atas. siapa lagi kalau bukan org Cina.
Corner lot di Bandar Kinrara, macam rumah ni, aku beli dgn harga
RM679 ribu, tetapi harganya dah meningkat hampir RM1 Juta.
Ada yg minta RM930 ribu, ada yg minta RM950 ribu malahan ada yg minta RM1 juta.
Tengoklah, sapa yg letak harga lebih tinggi.
Tapi semua diuruskan oleh Lisa, ejen hartanah yg aku lantik.
Komisyen untuknya 2% daripada harga rumah.
Memang kami dah semakin kenal.
Dia akan urus semua.
Tetapi tak mungkin ini semua berjaya, andainya aku hanya menunggu gaji
sebagai guru 9 tahun lalu.
Apa yg aku dapat hari ini adalah hasil daripada bijak membuat keputusan
dan mengambil peluang yg aku perolehi dlm AT 181.
Syukur pada Allah SWT.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.