Monday, December 19, 2011

Internet


Salam
En suami gi demo lagi, aku dok rumah.
Eh eh he...terbalik yuk.
Dulu aku yg banyak demo, dia dok rumah
atau sekadar tunggu dalam kereta.
Sekarang dia yg berdemo, bercerita, convince prospek,
uruskan dokumen, uruskan dana.
Malahan katanya, tak apalah aku tak yah ikut sebab semua
prospek lelaki.
Ada tiga orang nak dengar.
Bagus bagus bagus.
Harap sempat masuk sale bulan ni.

Aku buat kerja lain.
Tengok2 apa yg patut buat untuk aku kongsikan dgn anda
warga blog sekelian.

Buka tenet, FB...wah ini yg nak aku kongsikan.
Malam tadi aku demo di Seri Kembangan.
Bagaimana dapat contact?
Melalui FB dan blog.
Kami memang kenal lama, anak murid aku dulu2nya cite.
Tapi dah 10 tahun terputus hubungan.
Anak murid aku tu pun dah kerja dan berkeluarga.

Mak dan anak nak pakai PB.
Mereka mahu mencuba PB dan mengetahui ttg peluang business
kerana melihat dan membaca blog ku.
Alhamdulillah, mereka sekeluarga tiga orang sgt teruja.
Terus nak buat, dan hari ni uruskan dokumen petang tadi.
Malam besok nak hadir BOP.
Insyaallah.

Hari ni ada lagi yg minta aku contact mereka.
Seorang staf MBB KL.
Dia nak pakai PB, bagaimana dia dapat no hp aku?
Melalui FB dan blog.

Pagi esok lak, aku ke Seremban.
Alin,  nak tukar filter A,B dan C. Kebetulan aku ada stok.
Macam mana dia boleh contact aku?
Melalui FB dan blog.
Aku call Alina, dah pakai PB ke?Boleh aku tunjukkan sekali esok
masa hantar filter ke rumahnya?
Rupanya memang berminat juga.

"Boleh la kak, bawa sekali saya tengok dulu cam ne.
Tp memang teringin sangat nak pakai."
Kata Alin masa aku call dia tengah hari tadi.

Rakan kongsi sekelian.
Blog dan FB boleh menjadi medium yg hebat untuk
menyebarluaskan networking kita.
Ia menjadi medan baru utk mencari prospek dan mengembangkan
sayap business kita.
Penggunaannya semakin meluas.
Dgn teknologi terkini,
internet hanya di hujung jari sahaja. Kosnya pun tak mahal sgt.
Rugi jika kita tak ambil peluang.

Kita tak buat, org lain buat.
Kita tak guna, org lain guna.
Kita dok diam, org tak berhenti berusaha.
Kita tak guna kesempatan, orang lain buat income melalui internet.
Pelbagaikan kaedah dan cara kita berniaga.
Pelbagaikan cara untuk mendapatkan prospek.

Jadi yg tak ada blog lagi, bolehlah buat blog sendiri.
Yang dah ada blog tu, hupdet la blog masing2.
Jgnlah cerita basi je yg org nampak.
Aktifkan, kongsikan, buat entry baru tentang business kita,
perubahan hidup kita, ligatnya kita membina business.
Yg dah ada FB, kena lebih rajin aktifkan akaun.
Jgn bersawang tak hupdet langsung.

Yg tak tahu, kena belajar.
Bukan susah pun.
Anak2 kecil pun tahu.
Usia emapat lima tahun pun dah ada blog.
Nenek2 dan makcik2 kat kampung pun ada FB dan blog.
Tak kan kita yg cerdik ni bagi alasan tak pandai.
Malu sikit kat nenek2 tu.

Untuk sahabat sekelian,
khususnya rakan kongsi ku di AT181,
walau di mana jua anda berada.

Segeralah bertindak.
Bina blog anda segera.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.