Monday, December 5, 2011

Terlepas...he he he


Bersama CDM Kartini di LCCT...selepas pecah berderai ketawa kah kah kah...


Salam bahagia.
Salam perjuangan.
Salam kejayaan.

Kelakar pun ada, lucu pun ada, geram pun ada, kesal pun ada.
Apa tu CDM? Suspen je...semua pun ada.

3 Disember seawal jam 6.45 pagi...
memang tarikh dan waktu penerbangan aku bersama CDM Kartini
ke KK dgn flight Air Asia.
Tiketnya mak ooooiiii...sikit punyalah tinggi harganya.
CDM punya tiket harganya RM1045 untuk dua hala.
Aku punya tiket RM1016 juga untuk pergi dan balik.


Tapi nak dijadikan cerita dan kenangan...
Aku terlewat bangun, walaupun jam berdering sejak 4 pagi, aku tak sedar.
Mungkin kerana tidur lewat selepas berjumpa prospek di Ceras.
jam 11 malam baru tiba di rumah, jam 12 malam baru aku terlena.

Jam 5.20 baru aku tersedar...apa lagi macam tercabut rasa ekor.
Bergegas dalam keadan kelam kabut sekali.
En Suami bawa S sampai 210 km/j.
Tapi sayang seribu kali sayang, yg tinggal hanya buah kepayang.
Dah tak boleh check in...tutup sudah.
Aku segera berlari ke kaunter 68 untuk kecemasan...juga tak boleh diselamatkan.
CDM Kartini sudah sampai lebih awal.
Dia sudah selamat berada di ruang pelepasan.
Aku maklumkan pada CDM Kartini...ucap selamat jalan utknya dan aku akan menyusul
jika ada rezeki.


Demi sebuah harapan yg menggunung tinggi utk Taipan Sabah,
tak sampai hati aku untuk berpatah pulang walaupun flight sudah terlepas.
Alahai...selepas berkira2, timbang2....aku ambik tiket baru ke KK jam 8 pagi.
Masih ada 4 seat kosong. Maklum cuti sekolah, hujung minggu lak tu.
harganya? Hu hu hu...tak apalah duit boleh cari.
Yg penting hasrat org Sabah tidak aku kecewakan yg menanti kehadiran ku untuk
bersama mereka dlm program seminar hari itu.
Aku datang kerana harapan org2 Sabah.
Kesal juga kerana kecuaian sendiri, tapi tak apalah.
Aku mendapat pengajaran daripadanya.

Emmmmm....Aku ingat CDM Kartini dah terbang dgn flight ke KK jam 6.45 pagi
sebagaimana yg dijadualkan.
Waktu aku berehat di surau selepas solat Subuh...maklum kepenatan berlari mengejar
utk check inn tadi.
masuk lak sms...CDM Kartini kata belum terbang, flight ke KK
belum lagi dipanggil masuk.

Aku bergegas ke gate P9 tempat CDM kartini berada, manalah tahu
aku boleh terbang dgn flight yg asal.
Rupa2nya penerbangan ke KK jam 6.45 pagi sudah berlepas.
Katanya 5 kali nama Kartini Mat Yaakob dipanggil....
dia boleh tak dengar pada hal dia duduk depan gate P9 tempat pelepasan.
Dia makan roti sambil membaca paper terbaru, tak sedar orang beratur
masuk ke gate dan namanya dipanggil berkali2.
Terlepas gak ke KK walaupun dia dah sampai di LCCT sebelum jam 5 pagi lagi.


Ha ha ha ha...pecah perut kami berderaian ketawa sampai keluar air mata.
Bila ditanya di kaunter utk tiket seterusnya...semua dah penuh.
Jam 8 pg penuh, jam 9 pg penuh, yg ada jam 10.45 pagi.
Kesian la pulak nak tunggu lama...dia pun bukan sihat sangat.
Maalum sdg berbadan dua.

Akhirnya CDM Kartini pulang ke rumah, dan aku terbang sendirian ke KK.
Tak cukup regu...hilanglah serinya seminar kat KK hari itu.
Tak apalah...inilah warna warni lehidupan.
Inilah rencamnya kehidupan.
Bagaikan pelangi...tetap indah untuk dipandang.
Semuanya bermakna utk dikenang.
Buat teman sepanjang jalan perjuangan.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.