Friday, December 9, 2011

Mana Satu Kita Hari Ini?

Wajah2 kita hari ini.
Tak perlu berkata2.
Ia sudah cukup menggambarkan segalanya.

Warna warni kehidupan.
Suka duka perjalanan hidup.
Pahit manis bahagia dan sengsaranya kehidupan kita rasai semua.
Ia menjadi fenomena biasa, dari mula kita lahir sehingga kita
menutup mata.

Siapa pun kita, pasti akan melaluinya.
Sama ada kita Org miskin, org kaya, org senang, org susah, org biasa,
golongan bangsawan mahupun anak raja.
Org biasa mahupun org ternama, pekerja bawahan mahupun CEO
berpandapatan berjuta.
Sama ada lelaki mahupun wanita, yg berkahwin yg bujang, teruna dan anak dara,
yg dewasa mahupun kanak2.
Berpelajaran tinggi mahupun yg tak bersekolah, di kampung mahu di desa,
di kota metripolitan atau di kota terpencil.
Pasti tidak akan terlepas daripadanya.

Tetapi jangan bersedih.
Kita berhak untuk menikmati kebahagian hati yg sejati.
Bagaimana?

Hidup ini dilandasi dua perkara agar kita kekal di atas landasannya.

SABAR DAN SYUKUR.


SABAR ketika...

senang
susah
kaya
miskin
sakit
perit
miskin
papa kedana
duit banyak
tak ada duit
bahagia
menderita
kecewa
jatuh
tersungkur
geram
penat
marah
bosan
penuh masalah
semua orang benci
dan lain2 yg tidak menyenangkan kita.


Syukur ketika....
hebat
berjaya
cemerlang
terbilang
kaya
banyak duit
ternama
popular
gah
rezeki melimpah ruah
sihat
gembira
bahagia
senang
mendapat anugerah
mendapat penghargaan
diiktiraf
mampu memiliki apa saja
menjadi pemimpin
ramai pengikut
semua orang suka
dan lain2 ujian yg menyenangkan kita.

Kenapa mesti Sabar dan Syukur?
Kerana semua yg ada pada kita
hari ini bukan milik kita.
Ia hanya pinjaman semata2.
Ia adalah hak mutlak dan milik abadi Allah SWT.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.