Monday, December 12, 2011

Bowling

Seronoknya anak2 ni bermain dgn sepupu mereka.
Petang semalam, jam 3.30 ptg aku, adik ku Hanisah dan anak2 kami ke IOI Puchong.
Mereka nak main bowling.
Aku pun kebetulan di rumah je petang semalam.

Nina, Sarah dan Irah dah biasa dgn bowling.
Aisyah belum pernah.
Kiranya ini kali pertama bagi Aisyah.
Mereka ni semuanya mata rabun...itu yg asyik masuk longkang je.
He he he...tapi jika hari2 berlatih, boleh dapat skil yg tinggi.
Irah beberapa kali dpt strike.
Kira dah Ok lah tu, tapi jgn mudah berpuas hati.
Buat hari2, berlatih hari2 untuk mendapatkan skils yg lebih hebat.

Sama ada sekadar mengisi masa, minat, hobi atau boleh juga menjadi
pemain bertaraf profesional.
Mana tahu boleh jadi macam Shalin Zulkifli.
Ahh beratnya...mula2 asyik masuk longkang je.
Pegang bolanya pun tak tahu lagi. Ya lah, baru nak cuba, banyak yg belum pandai.
Tapi dua tiga kali buat, dah mula mengena sasarannya.

Habis satu games, Aisyah dan yg lain minta sambung lagi.
nak main lagi, minat dah datang, rasa dah mula seronok.
Hari ni nak ke sana lagi...merayu2 dgn aku.
Tapi aku ada demo, sapa lak yg nak bawa ke IOI sana.

Buat apa pun, kena bermula. Bila dah rasa seronok, mulalah jatuh cinta.
Terus asah lagi bakat dan potensi yg sedia ada, lama2 terus menjadi bintang.
Berniaga pun macam tu, kena bermula. Minat akan datang kemudian
selepas kita bermula dan mencuba.
lama2 hati jadi suka, lantas jatuh cinta kemudian bertukar kerjaya
macam aku.
Kemudian hidup bertukar menjadi lebih selesa dan sempurna.


Boleh tahan mainnya adik aku ni.
Dia yg juara semalam.
Aku juara kat AT 181 je.
Aku pun dah lama tak main bowling, dulu masa jadi cikgu, tiap2 hari bawa pelajar2
main bowling.
Maalum, aku Pen. Kanan Kokurikulumnya.

Macam2 warna dan berat timbangannya juga berbeza.
Mana satu yg serasi dgn kita?
Buatlah pilihan sendiri.
Bowling ni, nampak je mudah tapi jika tak buat tak dapat juga.
Maknanya, hari2 nak kena buat dan berlatih.
Baru kita pandai dan tahu strategi utk strike bagi setiap balingan.

Bagi anda warga AT 181,
bagus juga jadikan bowling ni sebagai aktiviti utk group kat IOI Mall ni.
Aku plan nak ajak CDM, DDM, DSM, SSM atau SM...bawa anak2 main
bowling kat sini setiap petang Sabtu.
Tak adalah fikir duit je....sekali sekala bagus juga utk rapatkan silaturrahim.

Jom...nak tak??

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.