Salam hormat.
Salam perjuangan.
Salam kemenangan.
Hidup ini perjuangan.
Hidup ini memang untuk menang.
Jika bukan untuk menang, maka untuk apakah hidup ini.
Alhamdulillah, aku terpilih untuk memilih kemenangan dalam perjuangan ini.
Maka aku juga harus terus meneruskan perjuangan untuk terus memastikan kemenangan ku.
Aku tidak mahu hebatnya hanya sementara.
Aku tidak mahu berjaya hanya sekali.
Aku tidak mahu berjaya hanya seketika.
Jika demikian, maka teruskan perjuangan
demi mencipta kejayaan yg seterusnya.
Aku teruskan perjuangan demi mengulangi kejayaan yg kedua, ketiga dan seterusnya.
Aku teruskan perjuangan kerana mahu kekal di landasan kemenangan.
Mengalah tidak sama sekali, tewas jauh sekali
malah jangan sebut berundur kepada
CDM FARIDAH MOHD ALI.
Malahan aku nekad untuk melebarkan sayap kejayaan ku dalam pelbagai bidang.
MLM, hartanah, pakar motivasi, consultant dan sebagainya.
Kenapa tidak?
Hari ni aku bersiap untuk ke medan juang.
Sedang bersedia untuk meneruskan gerak gempur seterusnya.
He he he...serius je bunyinya?
Ke mana CDM?
Aku nak ke Seremban.
Membantu rakan kongsi di sana.
Ada program WAB di Dewan Seminar Seminar Pusat Dakwah Paroi Seremban.
Siapa yg nak buat aku bantu.
demi sebuah perjuangan yg lebih besar maknanya selepas ini.
Jumpa anda di sana.
selamat maju jaya.
ANDA TIDAK AKAN TEWAS KECUALI
APABILA ANDA MENYERAH.
ANDA TIDAK AKAN KALAH KECUALI
APABILA ANDA MENGALAH. |
|
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.