Seronok dan enjoy.
Gembira dgn apa yg aku buat.
Walaupun tak dapat bayaran, walaupun percuma.
Tetapi aku dapat berkongsi banyak pengalaman kepada org lain.
Pelbagai info dan motivasi dapat aku kongsikan dgn pembaca.
Pelbagai aktiviti group dapat aku maklumkankepada warga Taipan.
En suami juga pembaca setia blog aku.
Tak boleh tak baca katanya...hari2 mesti online.
Anak bujang ku Adib yg belajar kat Cairo pun setiap hari melayari blog aku.
Rindunya dilepaskan dgn menatap pelbagai kisah yg aku catatkan dlm blog aku.
Jika aku tak tulis, dia mula risau, takut aku tak sihat katanya.
Aimi yg ada kat Melaka pun banyak mengetahui apa yg aku buat melalui blog.
Org lain pun boleh tahan, ramai gak peminatnya.
Andainya aku terlalu sibuk sehingga tak sempat membuat entry baru,
ramai yg mula bertanya...
"rindulah tak dapat baca entry baru CDM hari ni"
Tapi aku tidak memaksa, nak baca boleh baca.
Jika suka, boleh buka.
Nak jadi followerspun boleh.
Tak nak tengok pun tak apa.
Jika menyampah, jangan baca.
Aku tak rugi, untung pun tidak.
Jauh sekali.
Nak glamour? Ohhh tidak.
Ahhh tak payahlah, glamour je, duit tak ada buat apa?
Poket kena penuh beb...
Terima kasih atas sokongan anda semua.
salam kejayaan dan kebahagian untuk anda.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.